Jumaat, 12 Februari 2016

1 Segmen Maharaja Lawak Mega 2016 - Minggu 3

[TONTON VIDEO LIVE STREAMING DAN BACA ULASAN] Minggu ini adalah minggu ke-3 Maharaja Lawak Mega 2016. Tinggal 14 peserta yang akan bertanding setelah kumpulan Awok tersingkir pada minggu lepas. Rata2 persembahan peserta masih di tengah2 lagi, diharap malam ini akan lebih mantap dan menyengat lagi.

Malam ini Misi Lawak atau tema mereka adalah Bollywood. Dijangkakan mesti ramai yang akan buat lawak daripada filem Dilwale, buat parodi lagu Janam Janam dan bawa watak Shah Rukh Khan, Kajol dan sebagainya. Kelebihan buat peserta yang buat persembahan awal2 kerana jika lawak yang sama dibuat oleh peserta yang lebih kemudian, pasti lawaknya sudah sedikit hambar dan basi.


* Setiap persembahan peserta akan dirating menggunakan Laugh-O-Meter berikut...

  • HUH??? : Tak lawak langsung, jangankan nak gelak, sakit hati lagi adalah.
  • HEH : Nak gelak boleh, tak nak gelak pun boleh.
  • HEHE: Bolehlah sikit2 gelak kesian.
  • HAHA: Persembahan yg agak menghiburkan, boleh tahan.
  • LOL: Lawak la jugak, rugi tak tengok.
  • LMAO: Memang sangat lawak sampai ketawa terbahak2.
  • ROTFLMAO: Paling lawak tahap gaban sampai pecah perut dan berguling2 atas lantai.

Tonton persembahan setiap peserta Maharaja Lawak Mega 2016 - Minggu 3 di bawah.

TEMA: Bollywood

1. CHAM (Laugh-O-Meter: HEHE | Rating Juri: HaHaHa)



2. BORA (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating Juri: HaHaHaHa)



3. JORAS (Laugh-O-Meter: LOL | Rating Juri: HaHaHaHa)



4. RAYZA (Laugh-O-Meter: HAHA | Rating Juri: HaHaHa)



5. LOL (Laugh-O-Meter: LOL | Rating Juri: HaHaHaHa)



6. BOS (Laugh-O-Meter: LOL | Rating Juri: HaHa)



7. XOLA (Laugh-O-Meter: LOL | Rating Juri: HaHaHa)



8. KAVIN (Laugh-O-Meter: HAHA | Rating Juri: HaHa)



9. SHAKE (Laugh-O-Meter: LOL | Rating Juri: HaHa)



10. SAYWHO (Laugh-O-Meter: LOL | Rating Juri: HaHaHa)



11. CHILOK (Laugh-O-Meter: HEHE | Rating Juri: HaHa)



12. BOCEY (Laugh-O-Meter: HAHA | Rating Juri: HaHaHaHa)



13. ENJEN (Laugh-O-Meter: HEHE | Rating Juri: HaHaHa)



14. PUTEH (Laugh-O-Meter: HAHA | Rating Juri: HaHaHaHa)



Peserta yang tersingkir: CHILOK dan KAVIN


Kesimpulan: 

Persembahan minggu ini rata2 biasa sahaja dan makin menurun daripada minggu2 sudah. Mungkin kerana ada tema bukan bebas seperti minggu2 lepas. Dan bila tema Bollywood ni, kita boleh expect akan ada lawak dari filem Bollywood, ada watak hero heroin hindustan, ada lagu hindustan, ada tarian dan sebagainya yang mana agak menarik pada persembahan2 terawal namun makin lama semakin membosankan di persembahan2 akhir kerana orang dah jemu benda yang sama diulang2.

Apa2 pun, aku nampak kumpulan Bora satu2nya yang nampak ada jalan cerita yang tersusun dan ada punchline yang bagus. Yang lain ada yang nampak macam lost, jalan cerita kelaut yang cuba dicover dengan nyanyian dan tarian serta kostum pakaian hindustan sahaja, termasuk juga kumpulan2 top seperti Bocey dan Cham yang bagi aku agak hambar.

Minggu ini kali pertama juri bagi markah 2 Ha. Bagi aku sesetengah peserta seperti Bos dan Shake masih ada lawak dan punchlinenya cuma mungkin tidak ada kelab peminat atau tak ramai peminat mereka yang hadir so bila mereka buat lawak takde audien nak gelak sangat lalu memberi kesan kepada pemarkahan juri.

Untuk peserta solo pula iaitu Kavin dan Rayza, bagi aku mereka bukan tak lawak, cuma komedi mereka bukan untuk audien Maharaja Lawak Mega, kerana komedi mereka adalah komedi yang menggunakan kata2 dan cerita2 yang sinis dan sarkastik. Mereka ada platform komedi lain yang audiennya lebih memahami dan dapat hadam jenaka2 mereka. Nak grab audien MLM bukan tak boleh, cuma susah kerana audien MLM kebanyakannya adalah orang melayu yang... tak berapa nak hadam dan kena jiwa dengan jenaka sarkastik. Mereka lebih suka jenaka yang kasar, marah2, jerit2, mengajuk orang lain, bahan orang secara direct dan sebagainya.

Btw untuk menjawab persoalan seorang pengkomen dalam segmen MLM2016 minggu lepas, untuk MLM kali ni buat masa ini aku takkan bagi komen kepada setiap peserta seperti dulu2 sebab aku agak kekurangan masa untuk mengulas satu2 dan juga kerana populariti MLM sendiri agak kurang kerana ketiadaan peserta2 otai. Mungkin aku akan ulas setelah peserta dah tinggal sikit dalam 10 peserta ke bawah nanti.


Ranking aku untuk persembahan Minggu 3:

1. BORA (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating Juri: HaHaHaHa)
2. JORAS (Laugh-O-Meter: LOL | Rating Juri: HaHaHaHa)
3. LOL (Laugh-O-Meter: LOL | Rating Juri: HaHaHaHa)
4. BOS (Laugh-O-Meter: LOL | Rating Juri: HaHa)
5. SHAKE (Laugh-O-Meter: LOL | Rating Juri: HaHa)
6. SAYWHO (Laugh-O-Meter: LOL | Rating Juri: HaHaHa)
7. XOLA (Laugh-O-Meter: LOL | Rating Juri: HaHaHa)
8. RAYZA (Laugh-O-Meter: HAHA | Rating Juri: HaHaHa)
9. KAVIN (Laugh-O-Meter: HAHA | Rating Juri: HaHa)
10. PUTEH (Laugh-O-Meter: HAHA | Rating Juri: HaHaHaHa)
11. BOCEY (Laugh-O-Meter: HAHA | Rating Juri: HaHaHaHa)
12. CHAM (Laugh-O-Meter: HEHE | Rating Juri: HaHaHa)
13. ENJEN (Laugh-O-Meter: HEHE | Rating Juri: HaHaHa)
14. CHILOK (Laugh-O-Meter: HEHE | Rating Juri: HaHa)



Kredit gambar: Fanpage Maharaja Lawak
Kredit video: Fanpage Pencuri Movie
Laman rasmi MLM2016: http://www.maharajalawakmega.com.my/




tags: segmen review ulasan maharaja lawak mega 2016 mlm tonton watch full video live online streaming siaran langsung peserta ranking rating undian keputusan tersingkir kedudukan teratas terbawah ac mizal hos juri video penuh download youtube hd astro mustika warna markah reza saywho chilok awok,kavin shake bora puteh xola enjen bos cham bocey jaros lol episod minggu 3

1 ulasan:

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.