Isnin, 18 April 2016

5 Hijrah manusia betapa hidayah itu milik Tuhan

Viral di media sosial seorang bekas transgender "lelaki kepada perempuan" dikenali sebagai Safiey Ilias yang juga merupakan seorang jutawan muda yang terkenal telah berhijrah untuk kembali semula kepada fitrah yang asal iaitu menjadi seorang lelaki. Beliau mengambil keputusan untuk menjalani pembedahan bagi membuang implan payudaranya seperti yang beliau kongsikan sendiri di akaun Facebook miliknya. Malah kisahnya penghijrahan beliau ini juga dikongsikan oleh seorang pendakwah iaitu Ali Russia, anda boleh baca sendiri kisahnya di akaun Facebooknya.


Sejujurnya aku pernah menulis tentang beliau di entry ini - "Menegur pondan lebih sukar berbanding perempuan", namun tidak menyatakan siapakah orang yang dimaksudkan untuk menjaga maruah. Dalam artikel itu, aku menyatakan yang aku tidak setuju dengan orang Melayu Islam yang mengiktiraf budaya LGBT dan mahu kita menerima mereka seadanya. Namun aku tidaklah memandang hina kepada mereka malah terus menyokong mereka untuk berubah kepada jalan yang benar.

Walaupun aku sendiri jahat dan tidaklah sebaik mana, namun aku tetap akur dan patuh pada apa telah ditetapkan di dalam agama Islam dan tidak sama sekali menolaknya walaupun kadangkala aku juga alpa dan lalai. Maka disebabkan itu aku tak boleh menerima sebarang budaya barat dan liberal yang bertentangan dan tidak selari dengan agama Islam walaupun perangai aku sendiri teruk. Yang teruk itu aku tapi agama Islam tetap suci.

Hari ini, beliau kembali berhijrah kepada fitrah asalnya. Bagi yang mempertikaikan penghijrahannya, mungkin korang ada kuasa psikik yang boleh membaca hati dan niat orang lain. Niatnya hanya Tuhan sahaja yang tahu dan kita tak layak nak menghukum. Namun memperlihatkan beliau sanggup membuat pengorbanan yang besar sehingga sanggup membuang implan payudara, aku tahu yang ia bukan sekadar omongan kosong.

Benarlah hidayah itu rahsia Allah, milik Allah. Dia boleh bagi kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya tanpa mengira siapa, latarbelakang dan sejarah silamnya. Ada kalanya hidayah itu datang dengan sendiri tanpa kita cari, namun ada kalanya hidayah itu kita sendiri perlu cari dan usahakan.

Berita penghijrahan yang seperti ini bukanlah suatu yang baru. Sebelum ini juga sudah banyak berita penghijrahan yang kita tidak sangka, seperti mana penghijrahan seorang model Playboy cina iaitu Felixia Yeap yang kembali kepada Islam, penyanyi wanita melayu yang begitu lincah suatu ketika dulu iaitu Mizz Nina memang tidak disangka terus berhijrah 180 darjah, seorang pelajar Kristian iaitu Nina Grace yang kembali kepada Islam di hadapan Dr. Zakir Naik dan orang ramai dan sebagainya. Itu baru beberapa orang yang kita baca di berita-berita, ada juga yang kita mungkin tidak tahu kerana tidak digembar-gemburkan di media.


Apabila membaca berita penghijrahan ini aku pasti gembira. Biarlah apa dalam hati mereka tapi aku gembira kerana ia akan menjadi pengajaran dan inspirasi kepada yang lain. Namun sedih juga apabila ada yang tidak senang apabila membaca kisah penghijrahan ini lebih-lebih lagi yang mempertikaikan itu adalah orang Islam sendiri.

Tak bolehkan satu masa kita buang sikap prasangka dan prejudis terhadap umat Islam dan agama Islam itu sendiri? Tak bolehkah kita doakan sahaja yang baik-baik buat mereka? Jika anda begitu prejudis terhadap agama Islam dan tidak mahu mempertahankan kesucian agama yang anda anuti itu sendiri, untuk apa anda kekal beragama?

Semoga diriku sendiri memperoleh hidayah untuk menjadi insan yang lebih baik dan diberikan pengakhiran yang baik.

Doakan aku ya kawan.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: hijrah hidayah safiey ilias sofea ilyas bapok pondan transgender mak nyah tukar bedah jadi lelaki semula artis mizz nina kembali tudung hijab felixia yeap rania nina grace peluk islam depan dr zakir naik

5 ulasan:

  1. 1st!!

    Sy x kisah komen yg membina pasal isu ini..cuma ada komen2 yg x sedap didengar..especially mengatakan yg semua ni drama je atau attention seeker. Papepun ambil yg keruh, buang yg jernih....mulut manusia susah nak ttup, kita belajar dr pengajaran yg ada.

    Sekian.

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. second !

    aku follow safiey ilias ni dari bulan 8 tahun 2015 . boleh katakan hari2 aku usha fb dia . setiap hari buka fb , aku mesti cari wall dia . aku rasa dia ada aura tersendiri la, aku mcm dah kena jampi supaya baca semua status dia. hahahaa... tambahan plak tu dia rajin kongsi tips bisnes untuk newbie . aku sendiri pernah kena setepek dgn dia kat personal msg fb tentang few thing melibatkan bisnes . konon aku nak bisnes diva, tapi duit takde. mmg kena setepek dgn dia. tanya lagi soalan bodoh, kah3. bila pk balik , betul gak apa dia cakap walaupun dia jauh lagi muda dari aku. hahahaaa... skrg ni aku follow je, start niaga apa yang ada. kihkih.. papepun , aku salute kat mamat ni. otak geliga... moga dia terus istiqamah, aku doakan dia dari jauh. weiii kau jemput datang blog aku, www.vetovirago.com

    BalasPadam
  4. prooOotT d muka pondan suka mengunyit.

    BalasPadam
  5. alhamdulillah dan tahniah kerana telah dibukakan hati untuk menerima hidayah Allah. semoga lebih ramai lagi dibukakan hati mereka untuk menerima hidayah Allah.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.