Jumaat, 22 Julai 2016

4 Isu masyarakat VS Isu individu

Sekarang ini orang macam dah tak boleh nak bezakan antara isu masyarakat dengan isu individu.

Kalau perkara yang melibatkan isu masyarakat seperti isu vaksin, agama, moral, politik, mentaliti, sensitiviti masyarakat, perangai buruk yang menyusahkan orang lain, perbuatan atau kata-kata yang boleh memberi pengaruh buruk pada orang lain dan sebagainya, tak apalah kau nak bincang berbahas berdebat berjam-jam kat FB kat mana-mana media sosial pun walaupun kita tahu benda tu membuang masa dan tak bawa kita ke mana pun, tapi at least boleh la rasa kemenangan berdebat di media sosial kerana lazimnya perdebatan di media sosial takkan mengubah pendirian masing-masing pun apabila ia berakhir dengan "let"s agree to disagree".


Tapi kalau hal-hal peribadi yang takde kaitan pun dengan kehidupan kau macam orang tu takde mesin basuh, peti ais, sofa, suka selfie, muka ada jerawat, suami jadi house husband sepenuh masa, tak nak hantar anak pergi sekolah nak ajar sendiri kat rumah, suka travel seorang diri, suka pakai tudung apa, suka lelaki/perempuan yang macam mana dan sebagainya, walaupun ada benda jugak yang kita tak berkenan dan rasa annoying, tapi tak perlu la kita nak sembang berdebat berbahas berjam-jam macam bincang masalah dunia.

Apa yang dia cakap pasal kehidupan dia sendiri ada je orang tak puas hati dan bagi komen nak pertikaikan. Tak cukup dengan komen, pergi share status dia ke wall sendiri untuk diumpat bersama kawan-kawan media sosial. Kalau tak puas hati sangat dengan cara hidup dia, PM terus cakap "aku tak puas hati kau tak ada mesin basuh" kemudian berdebat la korang berdua sampai mati. Lepas tu kalau kau tak puas hati lagi dan rasa kesian sangat kat keluarga dia, apa kata kau belikan je dia mesin basuh peti ais semua tu atau tolong hantarkan anak dia ke sekolah.

Dia dan keluarga dia nak hidup macam mana yang di luar kebiasaan ke, dia suka minat apa ke lantak dia itu pilihan dia nak hidup macam mana, takde memberi kesan pun pada kehidupan kita. Laki bini adik beradik mak bapak dia dan orang yang lebih rapat dengan dia pun tak bising kita yang totally random stranger pada dia pulak nak bising lebih-lebih. Lainlah kalau kehidupan dia menyusahkan hidup kau, dia pinjam duit kau, selalu mintak tolong kau secara percuma, kacau anak dara kau dan sebagainya.

Kita asyik kondem orang lain kenapa dia takde itu ini, kenapa dia suka itu ini, kenapa dia tak suka itu ini, dan kita rasa dia sepatut kena buat macam itu ini, kena minat itu ini, kena hidup ikut kebiasaan dan sebagainya. Dia pun tak mintak kita bagi pendapat atau pandangan pasal kehidupan dia tak payahlah kita lebih-lebih pertikaikan. Kalau dia susah pun bukan kau orang yang tolong pun.

Melainkan kalau dia minta nasihat pada kita tentang kehidupan dia, boleh lah kita bagi pandangan sedas dua. Selagi cara hidup dia tak menyusahkan orang lain terutamannya kita sendiri, tak payahlah nak peduli sangat. Kalau tak suka dengan cara hidup dia, tak payah baca, tak payah ikut. Dia pun tak paksa siapa-siapa ikut cara hidup dia. Pandai-pandai la dia dan kita menjalani dan mengurus kehidupan masing-masing asalkan tak mengganggu masyarakat.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: suhaimi saad ina naim kritik tak hantar anak sekolah rumah takde mesin basuh peti ais sofa zuhud suka selfie minta derma isu masyarakat individu kehidupan peribadi

4 ulasan:

  1. agama, moral, politik, sexual driven(lgbt or straight), personal appearance(pakai tudung tak pakai tudung) masih lagi dalam ruang lingkup peribadi. sama saja seperti selera makan dan minum, hobi kegemaran, selera muzik. itu personal choice. tak perlu nak di institusikan kena ikut itu ini.

    BalasPadam
  2. thanks noob..mmg sakit otak bila dgr total strangers mengumpat pasal ada org tu takda mesin basuh, tak anto anak ke sekolah dan berlagak zuhud tp suka selfi..

    BalasPadam
  3. Dannoutantei gay bottom22 Julai 2016 pada 2:48 PTG

    Kalau tanak terima org komen status ko, buatla private status. Tukarlah setting.

    BalasPadam
  4. The power of condem negativity..penyakit biasa dunia sosial.

    So, kurg2kn layan sgt isu2 yg trending..as long xde kena mengena dgn kita xyah nak lyn n debat..buang masa n air liur, pas2 org terdekat dgn kita yg kita x layan. Kat dunia maya debat mcm kita yg maksum tp in reality kita sama 2x5.

    Lyn IG lg best..tgk awek cun yg kita nak walaupun byk guna filter..lyn komen/status kat FB buat sakit hati je sbb byk sgt message of hate.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.