Jumaat, 22 Julai 2016

4 Kadar parkir di ibu kota sama dengan Bangladesh

Pelaksanaan kenaikan harga parkir di daerah pusat perniagaan (CBD) sekitar ibu kota adalah wajar memandangkan ia tidak pernah dinaikkan selama 40 tahun, kata Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abdul Aziz.

"RM0.80 kepada RM2 tidaklah besar (kenaikannya), sepatutnya RM5, itupun kita antara yang paling rendah bayarannya berdasarkan tinjauan kami.

"Jika dibandingkan dengan negara lain, kadarnya sama dengan Bangladesh dan Myanmar, sebab yang lain lebih tinggi," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Sumber gambar

Mhd Amin menegaskan pelaksanaan itu perlu dilakukan memandangkan isu kesesakan lalu lintas semakin buruk berikutan jumlah kenderaan persendirian yang masuk ke pusat bandar melebihi tempat letak kenderaan yang disediakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

"Kira-kira 3.5 juta kenderaan persendirian masuk ke pusat bandar setiap hari tapi hanya 45,000 tempat letak kenderaan yang ada.

"Kebanyakan orang guna parkir itu dari pagi hingga ke petang jadi tidak memberi peluang kepada orang lain... tempoh dua jam ditetapkan untuk mencegah orang sebegini yang menyebabkan kesesakan," katanya.

Ditanya mengenai reaksi orang awam tentang kesesuaian masa melaksanakan sistem itu berikutan sistem pengangkutan awam masih dalam proses penambahbaikan Mhd Amin berkata: "Kami tidak boleh kawal, menurut dasar yang ditetapkan, pengangkutan awam ialah di bawah Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

"Parking dikawal oleh pihak berkuasa tempatan dan akan ditangani dengan baik. Keputusan telah pun dibuat oleh Menteri Wilayah Persekutuan (Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor) dan saya telah pun melaporkan perkara ini kepada beliau dan sekarang sedang berjumpa dengan semua Ahli Parlimen Kuala Lumpur," katanya.

Semalam, DBKL melaksanakan kenaikan harga parkir sehingga 150 peratus di daerah CBD termasuk Bukit Bintang, Bukit Damansara, Sri Hartamas, Desa Hartamas, Solaris Mont Kiara, Taman Tun Dr Ismail dan Bangsar.

Sumber Berita Harian.

* * * * * * * * * *

Tak sangka masih ada pemimpin guna alasan menaikkan harga/kadar bayaran bandingkan dengan negara lain. Negara Bangladesh dengan Myanmar pulak tu. Biasanya orang yang bandingkan Malaysia dengan negara-negara dunia ketiga ni cuma orang buat lawak sarkastik je. Pulak tu cakap sepatutnya naik bukan setakat RM2 tapi RM5. Aku ingat kenyataan tu cuma sarkastik, rupa-rupanya memang betul huhu.

Harga gula naik sebab nak kurangkan penyakit diabetes, nilai hartanah naik kerana ia seperti nilai seorang wanita, harga tambang bas naik berpunca daripada ibu bapa sebab mereka sanggup bayar mahal, tol naik sebab nak galakkan orang guna pengangkutan awam, kali ni naikkan pula caj tempat letak kereta sebab nak kurangkan kesesakan jalanraya di bandar.

Maka apakah kesesakan jalanraya akan kurang?

Tidak pun.

Sebab orang parking di tempat letak kereta di lot-lot kedai di bandar ni biasanya bukan orang yang selalu parking di situ pun. Mereka biasanya jarang datang dan hanya datang ke suatu kawasan itu hanya kerana urusan-urusan tertentu, seperti nak pergi bank, klinik, kedai, restoran untuk makan tengahari, pejabat pos dan sebagainya.

Orang yang memang kerja di situ terutama di lot-lot kedai tepi jalan biasanya akan guna pengangkutan awam seperti bas, LRT, monorel, teksi, Uber, atau paling tidak pun suruh orang hantar, naik motor dan sebagainya. Yang naik kereta ada tapi tak banyak.

Orang yang kerja pejabat di wisma, menara dan bangunan besar biasanya mereka sudah ada parking khas mereka sendiri atau pun bayar parking guna season pass kepada pemilik bangunan. Malah pelawat yang pergi ke bangunan mereka pun biasanya akan bayar parking ikut caj yang ditetapkan oleh pemilik bangunan itu sendiri, seperti di kompleks membeli belah.

Aku sendiri pun jarang pergi KL, kalau pergi pun hanya pergi ke shopping mall yang ada parkingnya sendiri. Jarang aku pergi ke kawasan lot kedai yang parking tepi jalan yang kena bayar pada DBKL.

So sebenarnya kenaikan caj parking ini tidak mengurangkan jumlah kereta yang masuk KL atau dapat mengurangkan kesesakan pun, sebaliknya cuma dapat menambahkan pendapatan mereka, sama macam waktu harga gula naik sebab nak kurangkan pesakit diabetes. Harga gula naik ke turun ke, penggunaan gula tu tetap sama je pun. 

Oh dan nak harapkan orang ramai naik LRT?

LRT pun dah sesak macam sardin, servis teruk, caj pun mahal. Mungkin lepas ni boleh naikkan pula kadar tambang LRT dengan alasan dapat kurangkan kesesakan dan orang yang terlalu ramai yang menggunakan LRT dan kembali menggunakan kereta pula.

Kita ni memang hidup kena main kena pusing-pusing macam tu je lah sampai bila-bila.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: kadar parking parkir tempat letak kereta ibu kota kuala lumpur dbkl dewan bandaraya naik harga caj kadar sama bangladesh myanmar

4 ulasan:

  1. Otak pegawai atasan gomen dan menteri di tahap sampah. Birokrasi gila2..Gen X terpaksa jadi sampah dan taik bila join gomen.

    Yg graduate UK US pun, buat penat belajar pandai. Last2 jadi taik dan sampah jugak bila join gomen. Memasing mula cipta kompeni sendiri utk buat projek best2.

    Masuk tong taik, jadilah taik yg lemau. Tgk kelulusan, mmg gempak!!! Output kerja sama mcm tukang kebun ja.

    BalasPadam
  2. "Mhd Amin menegaskan pelaksanaan itu perlu dilakukan memandangkan isu kesesakan lalu lintas semakin buruk berikutan jumlah kenderaan persendirian yang masuk ke pusat bandar melebihi tempat letak kenderaan yang disediakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)"
    Jadi, bagaimana jika pelaksanaan itu tidak beri kesan positif? Adakah kita akan kembali kepada kadar asal bersama pelaksanaan lain yang lebih baik; atau kekalkan kadar baru bersama pelaksanaan lain yang lebih baik pula?

    Jika parkir terhad; kenapa tidak laksanakan kawasan terhad untuk kenderaan? Limitkan area kenderaan, untuk teruskan perjalanan - suka atau tidak kena guna pengangkutan awam.

    Atau parkir percuma tetapi guna konsep yang diguna pakai seperti di kediaman mewah. Kena lalu sekuriti, tunjuk i/c, beritahu nak ke mana, scan cap jari, beri pas masuk pamer di kenderaan. Hadkan kepada dua-tiga jam. beri hak petugas parkir untuk kunci tayar jika dah lebih masa (masih dalam kawasan sekuriti, kannnn)

    Saya bukan menteri tapi masih dapat fikir dan beri cadangan bodoh. Saya fikir menteri lebih boleh berfikir yang lebih baik dari apa yang saya boleh fikir. Kalau tak tak perlu jadi menteri.

    BalasPadam
  3. Kdg2 bosan dgn alasan naikkan harha utk solve issue...yg paling xleh bla naikkan gaji MB utk perkhidmatan lebih baik tp gaji rakyat ntah ke mana.

    X kisah la BN atau PR, nmpk sgt mereka naikkkan kos utk nak tolg rakyat (la sgt). Again pemimpin skrg just gunakan kuasa mereka buat polisi sendiri supaya nak senang kerja n penuhkn poket sendiri utk kasi anak mampu kawin dgn nora danish..puiiii

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.