Isnin, 22 Ogos 2016

8 Surat rekaan peminat obses yang sweet sangat

Pertama sekali aku nak ucapkan tahniah buat Datuk Lee Chong Wei dan semua atlet negara yang telah menyumbangkan pingat dan mengharumkan nama Malaysia di pentas Sukan Olimpik 2016 di Rio, Brazil. Semoga mereka semua dapat memberikan inspirasi kepada generasi muda yang akan menjadi pelapis kepada mereka dan dapat mencipta lebih banyak kejayaan di masa akan datang.


Ok sekarang aku cuma nak cakap pasal peminat. Ya, para peminat. Baru-baru ini selepas Datuk Lee Chong Wei mengalahkan seteru utamanya Lin Dan di peringkat separuh akhir, viral di media sosial sebuah tulisan kononnya surat yang dikirimkan oleh Lin Dan kepada Lee Chong Wei tentang persahabatan dan persaingan mereka sejak dulu dan memberi ucapan "Good Luck" sempena perlawanan akhir DLCW menentang Chen Long.

Bila baca surat tersebut rasa sweeeeeeet bromance sangad kan?

Lalu berduyun-duyunlah para peminat badminton kongsikan surat yang dirasakan benar-benar ditulis oleh Lin Dan dengan ikhlas dan tulus hatinya di media sosial dan merata-rata tempat termasuk di portal-portal Internet di Malaysia dan Indonesia.

Seriously, bila aku baca surat tu, awal-awal lagi aku dah meragui kesahihannya. It's too good to be true. Lin Dan tulis surat untuk Lee Chong Wei kat media sosial? Lin Dan sendiri tengah sibuk nak buat persediaan untuk lawan Viktor Axelsen untuk perlawanan merebut pingat gangsa, ada masa lagi nak tulis surat? Sumber pun tak dinyatakan dari mana datang surat tu, masih ada orang percaya yang surat tu benar? Malah boleh keluar pula surat balasan Lee Chong Wei kepada Lin Dan. Lawak betul.

Setelah dah tersebar luas surat tu, akhirnya ada orang kantoikan yang surat itu hanyalah sebuah fan-fiction atau rekaan peminat di sebuah laman web forum China. Ia hanya fan-fiction, a freakin fan-fiction! Dan kita pula mengambil serius dan menganggapnya betul tanpa sekelumit rasa nak selidik kesahihannya pun!

Selepas dah kantoi, ada pula yang kata tak apa rekaan pun, yang penting ia dapat membakar semangat. Kalau dah palsu tu palsu lah kena cakaplah benda tu rekaan bukan benda betul. Dah la menipu guna nama orang lain yang orang tu tak buat, tak lakukan sendiri dan tak tahu apa-apa pun. Ia telah menyebabkan fitnah terhadap Lin Dan kerana bukan dia pun yang tulis surat tu.

Masih ingat cerita fiksyen Kak Hassanah? Masih ingat puisi fiksyen isteri pertama Ashraf Muslim? Berapa ramai orang yang percaya dan dah share benda tu? Belum campur lagi dengan cerita palsu, berita palsu, khabar angin palsu, hadis palsu yang tersebar luas kerana orang kita suka main share dan forward sahaja tanpa sekelumit rasa nak semak asal usul dan kesahihannya pun.

Berikut adalah komen dari PU Rahmat mengenai isu surat ini:
Surat LIN DAN kepada Dato Lee Chobg Wei merupakan Surat Palsu yang direka Peminat Lin Dan.

Begitu mudah Rakyat malaysia ditipu melalui internet!

Dan itulah yang sering berlaku. Kita kurang menyelidiki perkara sebelum Menyebarkan. Hasilnya Emosi kita dipermainkan.

Ingat lagi kes Fatwa Pokemon Go Haram
Tak habis baca terus sebar. Malaysian Perlu belajar Selidik
Tabayyun.

Dan kepada yang bersetuju Tak da masalah pun surat Tu palsu pun dengan hujah surat tu Demi Kebaikan
Sebab surat tu telah menggamit Emosi dan membakar semangat!

Maka lahir kelompok Atau generasi yang menghalalkan cara demi matlamat

Tak pe tipu mak kau cakap pergi kelas tuisyen sebab nak pergi Main Badminton.
Main badminton kan Sihatkan tubuh badan.

Tak pe la ustaz tu tipu kutipan derma utk syiria walaupun duit tu sebenarnya untuk Pondok Tahfiz

Tak pe La pemimpin kita Tipu yang Malaysia Hilang duit Demi menjaga kedaulatan negara

Setuju?

Secara peribadinya aku sangat tak suka dengan sikap peminat yang terlalu obses dan over sampai nak buat cerita-cerita rekaan atau fan-fiction terhadap suatu yang mereka minat semata-mata nak memenuhi keinginan imaginasi mereka. Macam juga rivalry antara Lee Chong Wei dan Lin Dan, memang mereka nampak seperti begitu rapat dan berkawan baik, tapi adakah sebenar-benarnya memang rapat dan bersahabat baik?

Baca berita Astro Awani ini - "Rio 2016: Chen Long mampu halang Chong Wei raih emas – Lin Dan". Walaupun Lin Dan digambarkan begitu rapat dengan Lee Chong Wei malah kononnya dia mengucapkan "Good Luck" dalam surat palsunya itu, tapi dia tetap menyokong dan mahu Chen Long mengalahkan Lee Chong Wei di pentas final, kerana semangat kenegaraan atau nationality itu mengatasi segala-galanya.

Aku harap para peminat di luar sana, jadilah peminat yang matang, peminat yang bijak, peminat yang bukan sekadar share sahaja apa-apa maklumat, peminat yang tak obses, tak taksub dan tak over, peminat yang realistik dan tidak menjadi peminat yang suka berkhayal dan berimaginasi bukan-bukan dengan buat cerita rekaan yang merepek-merepek.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: surat peminat palsu rekaan fanfic fan fiction lin dan lee chong wei badminton ucap tahniah good luck

8 ulasan:

  1. ramai yang percaya terus saje 'share'. Takde fikir sumber mana.

    BalasPadam
  2. laaa..itu ke al kisahnya..haha ramai yg tertipu la ni..hurm

    BalasPadam
  3. surat lin Dan jee pon... yg sampai hadis bagai pehal, jauh koner last2 point utama nak sindir jibby rupanya. Lain mcm gaya penulisan skrg,faktor umur ke, atau dapat dedak?

    BalasPadam
  4. hahaha same dengan aku.masa memule keluar aku da agak tipu je.bile aku cakap dengan sume orang eh dorang pulak tanye aku ade bukti ke surat tu tipu??aku tanye dorang balik,ade bukti lin dan tulis surat tu?ini kelakar.siap cong wei balas lagi..hahaha memnag kelakar

    BalasPadam
  5. Peminat kisah rumah tangga bila nak sedar asyik post cerita ntah pape je hasil fiksyen pengaruh drama petang, hahaha.

    Dulu "admin tlg hide profile sy"
    Sekrg "admin ni sy guna profile kawan, tlg hide"
    Esok2 "admin, ni screenshot perbualan sy dan suamai menggunakan wassap jiran sebelah"

    Wake up. Semua cerita baik/buruk dlm medsoc ni bukan blh percaya 100%

    BalasPadam
  6. Surat nike taja anak melayu dapat no.3 seumur hidup mana? Jikake!

    BalasPadam
  7. golongan2 biasa di mesia ni mmg x biasa lagi dgn fanfictions ni. tu yg cepat je tekan butang share

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.