Sabtu, 8 April 2017

7 Lelaki pelik dalam cermin

LELAKI DALAM CERMIN

Dalam cermin itu
Aku tidak percaya
Apa yang aku lihat



Seorang lelaki pelik
Merenung tajam padaku
Berwajah lesu dan tidak bermaya
Murung dan runsing
Sedih dan sendirian

Maaf atas segala rungutan
Aku tidak harus mengeluh
Aku sepatutnya tiada perasaan
Kerana perasaan adalah kesakitan

Semua yang aku perlukan
Tidak lagi aku perolehi

Semua yang aku mahukan
Telah dirampas daripada diriku

Siapa yang harus dipersalahkan?
Tiada sesiapa melainkan aku

Aku bukan tamak
Aku cuma mahu kembali
Kepada kehidupan
Yang lebih baik

Namun
Ia harus bermula
Dengan lelaki
Di dalam cermin itu


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik terbitan Alaf21 dan juga koleksi buku Buasir Otak: The Komik versi digital di sini - https://goo.gl/xGAx3o.





tags: as everything i need is denied me and everything i want is taken away from me but who do I got to blame nobody but me salah aku lelaki dalam cermin man in the mirror 

7 ulasan:

  1. Sunyi saja....noob berapa pageview b.o satu hari..? Dah mcm rumah hantu saja...👻👻👹

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak ramai orang pergi kat beautifulnara.

      Padam
    2. Nara..? Karut saja blog tuu..berapa view 1hari noob..?b.o mcm ada konflik saja..🙈🙉🙊

      Padam
    3. Dah tak nak sunyi lepak la sana. Ramai orang komen kat sana. Kan aku dah bagitau hari tu, aku dah kurang nak update pasal hal benda2 viral sebab benda tu ko dah boleh jumpa berlambak kat FB dan website lain. Aku nak tukar angin pulak, ok?

      Padam
  2. Ni lirik lagu ke syair? Prooot.

    -anon proot-

    BalasPadam
  3. huhu, betul la tu, kalau nak berubah, diri sendiri kena mulakan dulu

    BalasPadam
  4. Takde button like..yg ada hnyalah 'stupid, noob, wtf' etc.. Bkn semua bnda dpt diterjemahkan dgn kata kata

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.