Khamis, 6 April 2017

4 Terus bermimpi selagi masih ada peluang

TERUS BERMIMPI

Mimpi
Kau bermimpi pada pagi hari
Mimpi hingga ke malam
Bila kau bermimpi
Kau tahu semuanya baik


Mimpi
Kau bermimpi di petang hari
Mimpi sepanjang hari
Bila kau bermimpi
Kau tahu semuanya indah

Mimpi
Mimpilah dengan puasmu
Sebelum kau kenal
Apa itu dunia
Apa itu ilmu
Apa itu hubungan
Apa itu peraturan
Apa itu masalah
Apa itu perasaan
Apa itu emosi
Apa itu kegembiraan
Apa itu kekecewaan
Dan apa itu tanggungjawab

Kerana
Apabila kau sudah kenal
Apa itu kehidupan

Kau pasti
Tidak mampu lagi
Untuk puas bermimpi

Dan kau 
Tidak mampu lagi
Untuk terus bermimpi

Bermimpilah
Selagi masih ada peluang


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik terbitan Alaf21 dan juga koleksi buku Buasir Otak: The Komik versi digital di sini - https://goo.gl/xGAx3o.





tags: i'm dreamin' in the mornin' i'm dreamin' all through the night and when i'm dreamin' i know that it's all right i'm dreamin' in the evening dreamin' all through the day and when i'm dreamin' i know that it's okay teruskan bermimpi mimpi indah bayi baby

4 ulasan:

  1. Mimpi basah...💦💦💦💥🔥💢

    BalasPadam
  2. Hahaha mimpi basah macam haram

    BalasPadam
  3. ������������

    BalasPadam
  4. huhu, kalau mimpi yang indah xpe, jangan mimpi ngeri sudah la, :)

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.