Jika dulu kita ada permainan gasing, baling selipar, layang-layang, yo-yo dan sebagainya, kini kita ada fidget spinner, sejenis alat permainan yang kini semakin popular, sedang menular dan menjadi trend serta kegilaan ramai masa kini di seluruh dunia dari budak kecil hinggalah orang dewasa. Alat permainannya mudah, ada bearing di tengah dan pemberat pada bilahnya lalu dipusing-pusingkan.
Pada mulanya fidget spinner ini dicipta pada tahun 1990-an sebagai alat untuk membantu mereka yang mempunyai penyakit seperti ADHD, autism dan kegelisahan untuk kekal fokus dan mengurangkan tekanan. Namun pada tahun 2017 ini secara tiba-tiba ia menjadi alat permainan yang sangat popular pula.
Malah populariti permainan ini terutama di kalangan kanak-kanak sekolah telah menyebabkan KPDNK diarah unutk memeriksa gajet tersebut sama ada boleh mengundang bahaya kepada pengguna atau sebaliknya.
Gajet ini boleh didapati dengan pelbagai rekabentuk, yang biasanya mempunyai 3 bilah. Ada juga yang mempunyai 2 bilah, berbilah bulat, mempunyai lampu LED dan lain-lain rekaan pelik lagi. Ia juga diperbuat daripada pelbagai jenis material seperti plastik, besi, tembaga, keluli tahan karat, titanium dan sebagainya, dengan harga di antara RM7 sehingga mencecah ratusan ringgit, bergantung kepada rekaan dan material.
Maka bagaimana sebenarnya fidget spinner ini dimainkan? Kalau setakat pusing-pusingkan sahaja mesti semakin bosan, walaupun pada asalnya ia adalah untuk menghilangkan kebosanan. Oleh itu aku kongsikan "Pro Tips & Tricks" untuk bermain fidget spinner ini bergantung kepada tahap kesukaran seperti dalam video berikut agar korang boleh bangga sikit dapat tunjuk skil depan kawan-kawan dan budak-budak sekolah.
Tapi seperti mana benda-benda lain yang sering menjadi viral dan trend ikut-ikutan seperti yo-yo, vape, Pokemon Go dan sebagainya, aku percaya dalam tempoh sebulan dua lagi, permainan ini juga akan tenggelam dan hilang popularitinya.
P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik terbitan Alaf21 dan juga koleksi buku Buasir Otak: The Komik versi digital di sini - https://goo.gl/xGAx3o.
tags: apa itu fidget spinner asal usul permainan sejarah ringkasan info tips and tricks panduan cara bermain skill tutorial howto
Macam² je gadjet sekarang ni kan..tapi oklah daripada diaorang asik mengadap smartphone n youtube je kan
BalasPadamNi lg ok dr ngadap tab or phone
BalasPadamMisaki tak beli pun spinner nih, tapi feeling dia mcm kita tengok satisfying video which sampai sekarang still tengok.. ahahahahaha.. owh dgn yg bila kita pegang squish something.. mcm apa anam tu.. lupa dah... =.= tapi mcm yoyo lah kowt benda2 trend kan XD punyalah mahirkan mcm22 jenis skill masa zaman yoyo dulu.. sekrang dah tak main :P
BalasPadam