Isnin, 27 Ogos 2018

2 Hargai pengorbanan pejuang, syukuri nikmat merdeka

Dia terdiam. Di riak wajahnya ada tanda tanda muram dan sedih yang teramat dalam apabila melihat wajah anaknya yang sugul.

“Janganlah pergi Abah. Siapa nak jaga Mira dengan Ummi?”, ujarku yang ketika itu baru berusia 8 tahun."

“Mira janganlah sedih. Mira kan dah besar. Mira kena kuat, kena jaga Ummi dan adik-adik. Abah pergi tak lama. Abah janji habis je tugasan, abah bawa kita semua pergi Zoo Negara.”, pujuk abahku.

Kata-kata abahku itu masih terngiang-ngiang lagi di telingaku sehingga kini. Satu janji terakhir yang tak mampu dia kotakan.

Gambar hiasan

Abahku seorang anggota tentera, terkorban ketika dalam tugasan menentang saki baki pengganas komunis sekitar tahun 1978.

“Mak, kenapa mak menangis ni? Mak tak seronok ke pergi zoo ni?”, soal anak bongsuku, mengejutkanku dari lamunan.

“Takdelah, mata mak masuk habuk,” balasku cuba menutup kesedihan.

Hari ini genap 40 tahun pemergian abahku.

Aku kini berusia 48 tahun, sudah berumah tangga, mempunyai 3 orang anak dan bekerja sebagai guru sekolah rendah.

Hari ini kita mungkin sudah boleh hidup selesa tanpa peperangan, tanpa rasa takut, namun semua ini takkan hadir tanpa perjuangan orang terdahulu. Tanpa mereka, tidak mungkin kita dapat kecapi apa yang kita perolehi hari ini.

Maka hargailah pengorbanan mereka, dan syukurilah nikmat kemerdekaan ini.

#MalaysiaMembaca
#SayangiMalaysiaku
#CertotSayangiMalaysiaku

@DrMaszleeMalik



Di atas adalah certot atau cerita kontot aku untuk pertandingan CERTOT anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia dan Menteri Pendidikan YB Dr. Maszlee Malik yang bertemakan Sayangi Malaysiaku. Tarikh tutup adalah pada 16 September 2018. Jom kita sertai sama-sama.


Di isu lainnya, pertandingan ini telah mengundang cemuhan dan kecaman para netizen di laman sosial kerana penggunaan perkataan Certot yang tidak terkandung dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ada yang mempersoalkan kenapa tidak guna sahaja perkataan Cerpen yang bermaksud cerita pendek?

Malah tidak kurang juga yang menggunakan ruang media sosial Dr. Maszlee tempat untuk menyindir beliau dan kerajaan.

Pertama, certot bukanlah perkataan baru yang direka oleh Dr. Maszlee. Asal usulnya certot ini adalah istilah untuk cerita kontot yang telah pun biasa digunapakai dalam bidang penulisan dan penerbitan buku. Kadang-kala benda yang kita rasa pelik, bukan kerana benda tu salah atau tak wujud, tapi kerana kita yang tidak tahu.




Kedua, memang kita ada benda yang tak berpuas hati dengan kerajaan, tapi luahkan lah di tempat dan situasi yang sepatutnya. Ini kat post tentang pertandingan ini pun kau masih nak sindir, kecam dan troll. Sedih betul aku tengok kat ruangan komen.

Orang buat pertandingan nak berkempen tentang semangat patriotik dan cintakan negara, tapi ramai yang masih nak sindir-menyindir hal politik. Nampaknya setakat tu jelah level-level mentaliti rakyat negara kita. Dengan mentaliti macam ni kita memang tak layak pun untuk mendapat sebuah kerajaan yang baik.

Ketiga, kau orang berbalah lah pasal istilah certot, kecam mengecam, sindir menyindir, troll mentroll pun bukannya dapat apa-apa. Lebih baik kau orang gunakan segala tenaga, masa dan buah fikiran kau untuk masuk je pertandingan certot tu. Sekurang-kurang kalau menang dapat jugak hadiah. Ini sembang dah macam orang gila tapi akhirnya habuk pun tak dapat.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik (ADRENALINE) yang baru di sini - http://bit.ly/buybotk5.



tags: pertandingan certot cerita kontot cerpen sayangi malaysiaku istilah asal usul kementerian pendidikan dr maszlee malik kena troll dia terdiam di riak wajahnya

2 ulasan:

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.