Sabtu, 3 November 2018

8 Suatu ulasan dan respon terhadap Belanjawan 2019

Belanjawan 2019 telah pun dibentangkan di Dewan Rakyat pada Jumaat, 2 November 2018 yang lepas, yang bertemakan "Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera".

Ia mencatat sejarah apabila menjadi bajet persekutuan pertama dibentangkan di Parlimen oleh sebuah kerajaan baharu sejak negara mencapai kemerdekaan pada 1957.

Boleh baca ringkasan dan rumusan intipati penuh di sini.


Berikut pula adalah beberapa ulasan, respon dan pandangan aku pula terhadap Belanjawan 2019 kali ini:

1. Percukaian

Ada beberapa cukai baru diperkenalkan. Antaranya cukai ke luar negara, cukai perkhidmatan import, cukai perkhidmatan atas talian seperti Netflix, Spotify, Steam, cukai minuman bergula dan sebagainya. Suka atau tidak, kita tak boleh lari dari dikenakan cukai, sebab itulah cara kerajaan nak memperoleh pendapatan untuk membangunkan negara.


Dari dulu pun dah ada SST lepas tu ganti dengan GST, yang kemudiannya ganti balik dengan SST. Cuma harapan kita, cukai yang dikenakan tidak menambah beban golongan berpendapatan rendah dan hasil cukai diurus dan digunakan dengan baik tanpa sebarang pembaziran dan salahguna.

Dan pada pandangan aku juga, kakitangan kerajaan yang terdiri dari pegawai, kerani, cikgu, doktor, jururawat, polis, tentera, bomba dan sebagainya seharusnya menyokong sistem percukaian dan turut menyeru agar orang membayar cukai.

Sebab apa?

Kalau kau kerja dengan syarikat swasta, kau mesti berharap orang beli produk atau guna perkhidmatan syarikat tempat kau bekerja sebab itu adalah pendapatan syarikat yang akan digunakan untuk bayar gaji kau.

So kalau kau kerja kerajaan, dari mana lagi kerajaan nak dapat duit untuk bayar gaji kau? Antaranya cukai lah. Kau rasa kalau pendapatan negara berkurang, bonus dan kenaikan gaji boleh dapat ke tak?

Rakyat juga sama. Kau rasa kalau tak nak bayar cukai sehingga menyebabkan pendapatan negara berkurang, kau rasa sekolah kerajaan masih boleh bagi anak-akan kau belajar percuma ke tak? Masih boleh dapat buku teks percuma ke tak? Pergi rawatan dan ambil ubat kat klinik dan hospital kerajaan dengan bayaran RM5 ke tak?

2. Bantuan

Bantuan Sara Hidup (BSH) kepada B40 yang diperkenalkan oleh pentadbiran terdahulu dengan nama BR1M akan diteruskan dan ditambahbaik dengan memberikan bantuan secara lebih bersasar dan ditingkatkan jumlahnya. Walaupun sebelum ini beberapa pemimpin kerajaan agak skeptikal dengan memberi bantuan tunai kepada rakyat, namun aku yakin ia perlu juga diteruskan agar tidak menimbulkan kemarahan rakyat. Yelah dah biasa dapat tiap-tiap tahun, bila tiba-tiba tak dapat marahlah orang.

Namun aku agak terkilan apabila golongan kurang/kelainan upaya (OKU) kurang diberi penekanan dalam belanjawan kali ini. Yang ada cuma bantuan tambahan RM120 untuk anak-anak OKU tanpa had umur, selain dari elaun dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Mungkin ramai orang ingat bila hal berkaitan OKU je, bagi je sumbangan duit habis cerita. Golongan OKU sebenarnya bukanlah hanya perlukan duit semata-mata, sebaliknya kemudahan untuk golongan OKU yang lebih lengkap dan baik, infrastruktur dan kemudahan awam yang mesra OKU, serta kesedaran masyarakat terhadap hak dan keperluan OKU, itu yang lebih utama. Aku harap kerajaan akan pertimbangkan juga hal ini.

3. Subsidi

Selain dari peningkatan subsidi bil elektrik untuk golongan miskin dan miskin tegar, kerajaan juga bercadang untuk memberi subsidi minyak petrol RON95 secara bersasar sebanyak 30 sen seliter bagi pemilik sebuah kereta yang berkapasiti enjin 1,500cc dan ke bawah terhad kepada 100 liter sebulan atau motosikal berkapasiti enjin 125cc dan ke bawah terhad kepada 40 liter. Yang ini banyak menimbulkan ketidakpuashatian dan mengundang pelbagai andaian netizen tentang bagaimana ia akan dilaksanakan.

Ada yang tak puas hati dan beremosi apabila mengandaikan ada orang yang sepatutnya dapat subsidi tak layak dapat sebab pakai kereta Persona, Saga, Wira dan Waja 1.6, manakala orang yang beli kereta mahal bawah 1.5cc macam Golf Tsi 1.4, Honda City, Jazz, Crz 1.5, Civic 1.5 Turbo, Mini Cooper 1.5 Turbo, Mazda MX5 1.5, BMW 318i 1.5 Luxury dan sebagainya boleh dapat subsidi.

Bertenang, kerajaan cuma umum je dulu tapi belum lagi bagi perincian dan mekanisme dia macam mana. Lagipun menteri dah cakap, kereta mewah takkan dapat. Mesti mereka akan semak dulu hanya jika pemohon itu golongan berpendapatan rendah atau sederhana, dan akan semak juga dengan JPJ kenderaan apa yang dipakai pemohon.

Apa yang aku faham dari ucapan pembentangan, syarat dia lebih kurang macam ni.

i) Ada kenderaan? Kalau tiada kenderaan tak dapat subsidi petrol.
ii) Kalau ada kenderaan, kereta atau motor?
iii) Kalau motor berapa cc? Kalau bawah 125cc maka layak dapat subsidi petrol.
iv) Kalau kereta ada berapa kereta? Kena ada satu kereta je, kalau ada lebih dari satu maka tak layak.
v) Kereta berapa cc? Kalau bawah 1.5cc dan bukan kereta mahal, maka layak dapat subsidi petrol.

Apa yang aku nampak dengan syarat yang sangat ketat ini, subsidi petrol ni hanya akan diberi kepada orang yang betul-betul layak sahaja. Kalau orang tu golongan B40 dan penerima BSH semata-mata pun belum tentu dapat kalau tak memenuhi kriteria di atas.

Maka dari mana datangnya assumption orang pakai Golf Tsi 1.4 pun layak dapat subsidi petrol? Takkan lah kerajaan bodoh sangat nak bagi subsidi minyak kat orang yang ada kereta BMW bawah 1.5cc. Logiklah sikit. Kau nak mohon BSH, zakat, bantuan kebajikan pun banyak prosedur dan syarat, apatah lagi subsidi minyak.

4. Perumahan

Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malayisa (REHDA) telah bersetuju untuk mengurangkan sebanyak 10% harga rumah yang tidak tertakluk kepada kawalan harga untuk projek baharu. Bagi aku ini suatu yang baik memandangkan dari dulu lagi rakyat berkeluh kesah tentang harga rumah yang semakin mahal.

Walaupun 10% tu taklah banyak sangat, tapi sekurang-kurangnya ada jugak penurunan. Kalau rumah harga RM300,000, dapatlah penurunan kepada RM270,000. Kalau rumah RM1juta, turunlah jugak ke RM900,000. Cuma harapnya penurunan tu bukan macam pasaraya buat sale. Dia naikkan dulu harga baru bagi diskaun.

Kali ni juga dah takde cakap nak bina lebih banyak projek rumah itu ini macam sebelum-sebelum ini.

Baguslah.

Kita dah tak perlu banyak sangat rumah dah, sebab rumah yang ada sekarang pun banyak lagi yang tak terjual. Nilai rumah yang tidak terjual ni yang sebahagian besarnya kategori mampu milik mencecah nilai RM22.5 bilion.

So buat apa bina banyak-banyak rumah baru kalau akhirnya tak ramai orang yang mampu nak beli pun. Yang penting sekarang adalah turunkan harga rumah supaya rumah kosong yang berlambak-lambak tu dapat dijual.

5. Pengangkutan

Perubahan terhadap beberapa pojek besar berkaitan pengangkutan, antaranya:

- Kerja pembinaan ECRL berjumlah RM81 bilion telah digantung dan kosnya sedang dirunding semula.
- Projek MRT3 yang bernilai RM60 bilion pula telah dibatalkan sehingga projek MRT2 disiapkan.
- Kos kontrak pembinaan MRT2 juga telah diturunkan dari RM39.3 bilion kepada RM30.5 bilion.
- Pelaksanaan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur - Singapura yang menelan belanja sekurang-kurangnya RM110 bilion turut ditangguh.
- Kos keseluruhan projek LRT3 diturunkan daripada RM31.6 bilion kepada RM16.6 bilion.
- Projek Landasan Berkembar Lembah Klang 2 bernilai RM5.2 bilion akan ditender semula melalui tender terbuka dan dijangka memberi penjimatan kos yang besar.

Kerajaan juga akan membekukan kenaikan bayaran tol di semua lebuhraya dalam bandar pada tahun 2019, serta pemansuhan tol motosikal di Jambatan Pertama dan Kedua di Pulau Pinang, serta Lebuhraya Laluan Kedua di Johor.

Walaupun ada dalam manifesto PH untuk PRU14 tentang pemansuhan tol, namun aku faham kalau ia tak dapat dilaksanakan sebab janji tu memang suatu yang sangat sukar untuk dilaksanakan, terutama dalam masa yang terdekat sebab kalau tiba-tiba dia mansuhkan semua tol, mana pekerja syarikat lebuhraya macam PLUS nak dapat gaji? Silap-silap terus kena berhenti.


Kita kena faham janji-janji manifesto ni semata-mata nak pancing undi je. Tapi kalau kau rasa macam dah kena kencing teruk sangat, relaks... macam kau tak pernah kencing masa zaman Najib. Manifesto BN masa PRU13 pun bukan semua dia buat pun, terutama janji nak turunkan harga kereta, sampai ke sudah tak turun.

Cuma dalam bab pengangkutan ni, selepas dah batal dan tangguh banyak projek pengangkutan awam mega ni, aku harap kerajaan boleh siapkan projek lebuhraya CSR dan mulakan projek lebuhraya LPT3 yang sudah pasti kosnya jauh lebih rendah dari kos nak bina ECRL dan HSR.

6. Pendidikan

Sektor pendidikan adalah penerima peruntukan yang terbesar berjumlah RM60.2 bilion atau 19.1% daripada keseluruhan perbelanjaan Kerajaan tahun 2019. Boleh kata pelbagai jenis sekolah dapat banyak peruntukan untuk menaiktaraf dan penyelenggaraan, dari sekolah kebangsaan, jenis kebangsaan, sekolah menengah, sekolah agama dan lain-lain lagi.

Namun aku tak nampak sebarang peruntukan berkaitan pra-sekolah atau pendidikan awal kanak-kanak, sama ada memang takde atau aku terlepas pandang. Kalau bajet sebelum-sebelum ini dengar la jugak peruntukan untuk pendidikan awal kanak-kanak terutama di bawah program PERMATA, tapi tahun ni tak pasti. Kalau tertinggal, aku harap kerajaan dapat salurkan juga peruntukan kepada pra-sekolah dan pendidikan awal kanak-kanak, tak semestinya pada PERMATA tapi secara keseluruhan.

Selain itu ia menyentuh tentang peruntukan biasiswa, aktiviti penyelidikan IPT, program latihan dan pembayaran balik PTPTN dengan cara potongan gaji berjadual antara 2% hingga 15% daripada pendapatan bulanan peminjam berpendapatan melebihi RM1,000 sebulan.

Apa? Kena kencing sekali lagi? Dulu PH cakap tak perlu bayar PTPTN selagi gaji belum cecah RM4,000? Nak buat macam mana, hadap je lah. Tapi tak kira la gaji berapa pun, dah nama pun pinjam kenalah bayar ye.


7. Sukan

Selain dari peruntukan kepada pembangunan sukan dan imbuhan kepada atlet sukan yang berjaya dapat pingat emas di Sukan Olimpik, aku tertarik dengan peruntukan RM10 juta untuk membangun dan menggalakkan E-Sports sebagai sebuah aktiviti dan industri yang diminati oleh generasi muda, yang melibatkan jurutera perisian dan pemaju permainan digital.

Walaupun belum ada perincian terperinci, namun aku harap peruntukan yang banyak ni bukan semata-mata nak bagi lebih ramai orang jadi pemain game. Kita kena bersandarkan kepada realiti, nak lahirkan pemain game professional bertaraf dunia bukan mudah, lebih-lebih lagi dengan saingan dari negara-negara lain yang kemahiran pemainnya jauh lebih hebat seperti Korea, China, Taiwan, US, negara Eropah dan lain-lain lagi. Malah kita nak lawan pemain Singapura pun susah.

Walaupun ada juga pemain game professional tempatan yang hebat dan bertaraf dunia, namun nisbah bilangannya tidak ramai berbanding orang yang main game itu. Boleh kata dari 10,000 orang yang main suatu game, mungkin hanya seorang sahaja yang boleh pergi jauh, sedangkan di negara lain boleh dapat seorang yang hebat dari 100 orang pemain.

Sebab itu lebih baik kita bangunkan industri game kita sendiri atau fokus kepada game yang lebih niche dan kurang persaingan. Kita bangunkan game kita sendiri, secara tak langsung dapat membuka lebih banyak peluang kepada game developer, software engineer, game tester, designer, animator, 3D modeller, storyboard & concept artist, pencipta muzik latar dan pelbagai lagi kerjaya berkaitan pembangunan game.

Lepas tu nak bagi game tempatan kita tu popular sekurang-kurangnya kat negara kita sendiri mudah je. Buat banyak pertandingan dan liga tahunan, secara tak langsung mesti ramai orang kita akan main game tu. Bila dah popular di negara sendiri, mana tahu ia lebih berpotensi untuk diperluas dan dikembangkan di negara lain?

8. Lain-lain

Selain dari itu adalah peruntukan-peruntukan bagi sektor keagamaan, keselamatan, seni hiburan kreatif, keusahawanan, pertanian, pelancongan, belanja mengurus, bayaran khas RM500 kepada kakitangan awam gred 54 ke bawah dan RM250 untuk pesara kerajaan dan sebagainya yang tak perlu aku ulas.

Walaupun dalam keadaan ekonomi serta kewangan yang agak menekan, peruntukan belanjawan 2019 kali ini meningkat lebih tinggi iaitu sebanyak M314.5 bilion berbanding bajet 2019 sebanyak RM290.4 bilion. Malah takde dah kita dengar peruntukan yang agak kontroversi dan meragukan seperti peruntukan kepada PERMATA, pelaburan 1MDB, NFC dan sebagainya.

So kalau hanya berdasarkan angka-angka ini, aku boleh kata yang belanjawan ini lebih baik dari belanjawan tahun-tahun sebelum. Yalah, dengan pendapatan yang kurang kau masih boleh bagi peruntukan lebih. Kalau dulu pendapatan lebih tinggi pun peruntukan yang diberi lebih sedikit.

Cuma memandangkan ini adalah bajet pertama yang dibuat oleh kerajaan selain BN sejak merdeka, mungkin ada benda yang terlepas pandang sini sana, yang aku harap dapat diperbaiki dan ditambah baik pada masa akan datang.

Sekian.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik (ENIGMA) yang baru di sini - http://bit.ly/buybotk6.

https://buasirotak.blogspot.com/p/buasir-otak-komik-enigma-sambungan-1-2.html

https://buasirotak.blogspot.com/p/blog-page_84.html




tags: siaran langsung live intipati ringkasan touch point belanjawan bajet 2019 lim guan eng menteri kewangan pembentangan ulasan respon pandangan

8 ulasan:

  1. Balasan
    1. Bisjut kepala bapak ko. Lahanat

      Padam
  2. Azmin: Bonus lebih banyak untuk penjawat awam jika PH menang

    April 11, 2018 12:48 PM


    SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali memberi bayangan penjawat awam akan mendapat bonus lebih banyak berbanding tahun lalu, jika Pakatan Harapan menang di negeri itu pada pilihan raya umum ke-14.

    Beliau berkata, semua kebaikan itu akan dinikmati penjawat awam berdasarkan prestasi kerja dan urus tadbir kerajaan negeri yang baik.

    “Bukanlah banyak sangat, bonus 3 bulan gaji. Tetapi itu adil.

    “Lepas ini mungkin bonus lebih 3 bulan atas prinsip adil dan berdasarkan merit dan prestasi,” katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jasamu Dikenang Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Selangor di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz, hari ini.

    Azmin berkata, kerajaan Selangor tidak seperti kerajaan pusat yang hanya memberi pelbagai janji kepada penjawat awam beberapa hari sebelum Parlimen dibubarkan 7 April lalu.

    “Saya beri tahun lepas, bukan seminggu sebelum penamaan calon.

    “Dijanjikan naik pangkat gred, tetapi kita harus tunjukkan contoh teladan yang baik,” katanya.

    Pada 3 November lalu, Azmin mengumumkan pemberian bonus 3 bulan kepada kakitangan kerajaan negeri itu, di mana bonus 1 bulan diberikan pada Disember lalu dan bonus 2 bulan sudah diberikan Jun 2017.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kencingan terbaik..

      Padam
    2. Kencingan kepala bapak ko. Hanat

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.