1. Bekalan air di beberapa kawasan di Selangor terganggu lagi sejak beberapa hari lepas. Puncanya, loji Rawatan Air Sungai Semenyih sekali lagi tercemar dengan pencemaran bau.
2. Ini kali kedua berlaku dalam tahun ini, kali pertama pada bulan September 2019 kerana terdapat pihak yang tak bertanggungjawab membuang sisa air kumbahan yang tidak dibenarkan ke sungai Semenyih.
3. Bekalan air merupakan salah satu keperluan asas utama untuk kehidupan manusia. Tanpa bekalan air yang bersih, manusia tidak dapat mandi, bersuci, ambil wuduk, basuh baju, minum air dan sebagainya.