Ahad, 15 November 2020

1 Apakah penanda aras bagi sesebuah karya kreatif?

1. Seorang pelakon merangkap pengarah dan penerbit mengkritik filem Mael Totey arahan Youtuber tersohor Syahmi Sazli sebagai belum mencapai tahap teknikal sesebuah penerbitan filem serta tidak boleh meletakkan filem itu sebagai benchmark untuk karya kreatif yang sempurna.

2. Pertama, ada sesiapa yang menjadikan filem Mael Totey sebagai benchmark untuk karya kreatif yang sempurna ke? Rasa macam tiada. Satu anugerah pun filem Mael Totey belum dapat, jadi siapa yang nak letak benchmark?

3. Kedua, sejak bila karya kreatif dan filem itu ada benchmark atau penanda aras? Kalau ada, siapa yang tetapkan benchmark? Siapa yang tetapkan garis panduan benchmark untuk suatu karya kreatif? Karya filem mana yang perlu dijadikan benchmark?


4. Ada ke dalam mana-mana jabatan atau akta yang mewajibkan kalau nak buat filem, kena guna peralatan ini, kena guna teknik itu, kena guna cara ini, kena guna perisian itu, wajib merujuk pada karya itu ini? Ada ke?

5. Cerita pasal benchmark, cuba beritahu filem mana yang perlu dijadikan benchmark supaya sesebuah filem baru layak dianggap filem dan karya kreatif yang sempurna? Adakah filem-filem arahan Prof. Razak Mohaideen sudah mencapai tahap teknikal sesebuah filem dan layak dijadikan benchmark?

6. Dan kalau filem-filem arahan seniman agung Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang dijadikan benchmark, aku boleh kata 99% filem yang wujud selepas filem P. Ramlee semua tak mencapai benchmark kerana tiada filem tempatan yang boleh menandingi karya-karya arahan seniman agung P. Ramlee.

7. Bagi aku kreativiti itu sangat luas, tiada tanda aras, tiada had dan tiada batasan. Cuma kita sebagai umat Islam perlu hadkan kreativiti supaya tidak melampaui pada batasan agama, itu sahaja. Selain dari itu, terpulanglah nak fikir idea kreatif macam mana pun.

8. Kreatif itu subjektif. Semua orang boleh jadi kreatif. Filem P. Ramlee itu kreatif. Filem Prof. Razak Mohaideen itu kreatif. Filem Syahmi Sazli itu kreatif. Apa-apa filem pun semua kreatif. Semua orang boleh menghasilkan idea filem ikut cara dan kreativiti masing-masing. Cuma tinggal penerimaan orang lain pada kreativiti kita itu sahaja, sama ada mereka gemar atau jelek.

9. Filem Mael Totey tak capai tahap teknikal penerbitan filem? Tahun 1999 dulu tatkala Hollywood berebut-rebut buat filem yang hebat-hebat dengan kos yang tinggi, dengan kesan CGI dan VFX yang hebat, ada sebuah filem seram iaitu The Blair Witch Project yang cuma dihasilkan dengan berbekalkan camcoder murahan, 3 orang pelakon yang dibayar USD1,000 sehari dan bajet sebanyak USD60,000.

10. Maka adakah filem itu dikatakan tidak mencapai benchmark karya kreativiti yang sempurna? Tidak. Malah di situlah kreativitinya, tatkala orang lain tak terfikir nak buat filem macam tu, mereka boleh terfikir idea unik seperti itu. Dan hasilnya, ramai orang suka idea kreatif mereka sehingga membuahkan kutipan sebanyak USD248.6 juta.

11. Malah zaman ini sudah ada filem luar negara yang dirakam bukan menggunakan kamera yang mahal-mahal sebaliknya hanya guna telefon pintar sahaja, boleh Google "movie shot on mobile phone". Maka adakah filem-filem ini boleh dianggap tidak mencapai tahap teknikal sesebuah penerbitan filem? Kalau ada pelakon dan pengarah filem lain kat negara mereka yang rasa bitter, mereka takkan peduli pun dan jalan terus buat apa yang mereka mahu buat.

12. Benda ni sebenarnya tak terhad pada filem sahaja malah apa jua bidang seni kreatif. Seni muzik misalnya, siapa yang menetapkan kalau nak buat lagu kena ikut benchmark lagu sekian sekian sekian, kena pakai alat muzik sekian sekian sekian? Takde. Kalau seseorang itu kreatif, pakai mayonis pun boleh hasilkan lagu.

13. Begitu juga dalam bidang penulisan. Ada siapa yang tetapkan benchmark kalau nak jadi penulis hebat kena ikut penulisan orang sekian sekian? Takde. Tulislah apa pun asalkan penulisan sendiri, bukan rembat dari artikel orang putih kat Internet, terjemah ke BM dengan bahasa tunggang langgang sebab guna Google Translate, lepas tu cetak buku dan jual.

14. Dalam bidang lukisan juga, tiada siapa yang boleh tetapkan benchmark kalau nak jadi pelukis komik hebat kena ikut lukisan orang sekian sekian. Ada orang lukisannya ringkas sahaja, tapi karyanya terpampang di galeri seni dengan harga jutaan ringgit. Ada orang lukisan komiknya biasa-biasa sahaja, tapi terkenal merata tempat kerana komiknya disukai ramai.

15. Jadi adakah karya kreatif itu ada benchmark atau penanda aras? Fikir semula, jangan sempitkan otak dan luaskan minda. Zaman itu berubah. 


P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: karya kreatif kreativiti tak mencapai standard benchmark tanda penanda aras filem teknikal elly suriaty mael totey syahmi sazli



1 ulasan:

  1. Bagus sekali ulasan tuan.saya memang setuju sangat.kadang2 Artis sedia ada atau dengan kata lain,artis senior selalu rasa diri nya hebat.karya mereka hebat.tiba-tiba ada yg muncul Tanpa diduga,hanya menggunakan platform YouTube mampu menyerlah.malah lebih berbakat berbanding Artis sedia ada.
    Mereka kena terima hakikatnya.zaman mereka dah berlalu.orang ramai nakkan sesuatu yang Baru.tengok mak Jah,kak Lina pom pom,ella,siti nurhaliza,kak Misha..kenapa mereka boleh kekal lama..sebab mereka ikut arus semasa.memberi peluang kepada generasi Baru berkolaborasi dengan mereka.apa hasil nya,memang meletop..
    Untuk Artis seperti elli suriaty,open your mind.akui kelemahan diri,cuba belajar dari kejayaan artis2 Baru..
    Jangan nak mempertikaikan hasil Kerja mereka.cuba hasil kan yang terbaik..Dan terkini..

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.