Isnin, 25 Januari 2021

0 Andai Frontliners tidak lagi peduli

Walaupun kes baru dah mencecah 4 angka setiap hari, namun ramai yang masih buat tak kisah macam takde apa-apa yang berlaku. Yakin sangat macam diri kita takkan kena. 

Kita tak peduli kerana rasa benda ni ada Frontliners boleh uruskan. Frontliners ada untuk jaga pesakit, Frontliners ada untuk uruskan pesakit, Frontliners ada untuk merawat pesakit, Frontliners ada untuk berjaga 25 jam sehari. 

Tapi apa yang kita lupa, Frontliners juga adalah manusia, sama sahaja seperti kita, ada keluarga seperti kita, tak lebih, tak kurang. Mereka bukan superhero yang ada kuasa luar biasa. Biologi tubuh badan mereka sama sahaja seperti kita. Jiwa dan raga mereka sama sahaja seperti manusia biasa. 

Sekarang ini ramai Frontliners semakin tertekan dari sudut emosi dan fizikal. Namun segala luahan dan rintihan mereka kita tidak peduli, sebab kita tak berada di tempat mereka. Kita cuma baca statistik di Internet dan media sosial sahaja, tapi mereka ini berjuang di barisan hadapan medan perang yang sebenar.

Bila kes COVID-19 semakin hari semakin meningkat laju, kita sepatutnya menjadi sangat risau, kerana apa yang lebih ditakuti adalah sekiranya ada Frontliners yang telah berputus harapan dan menarik diri dari perjuangan. 

Tapi kita ini bodoh. Kita jahil. Kita alpa. Kita tak peduli. Kita pentingkan diri.
Kita masih keluar walaupun tidak perlu. Masih pergi ke tempat yang ramai orang. Masih mahu balik kampung. Masih buat majlis keramaian. Masih anjur program yang mengumpulkan ramai orang. Masih sanggup bersesak-sesak demi seekor ayam. Masih paksa pekerja datang kerja beramai-ramai. Masih dan masih.

Aku harap kita semua dapat ubah sikap kita, dari sekecil-kecil golongan marhaen hinggalah sebesar-besar golongan kayangan. Bantulah para Frontliners kita menurunkan kes. Andai kata Frontliners tidak lagi peduli, janganlah salahkan orang lain tetapi salahkan lah diri kita sendiri.
Aku berdoa agar COVID-19 ini lenyap, dan semoga para Frontliners kita terus diberi ketabahan dan kesabaran atas pengorbanan mereka.

* Illustrasi diedit dari manga My Hero Academia chapter 296.

 

P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: jika kalau andai frontliners barisan hadapan tidak lagi peduli kes covid-19 semakin meningkat statistik harian malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.