Selasa, 25 Mei 2021

0 Jadi Youtuber jana pendapatan RM10,000 sebulan

1. Sukacita dimaklumkan channel Youtube Buasir Otak TV setakat ini telah mencapai milestone 23K Subs, 5.5M Views dan 300 Uploads.

2. Terima kasih kepada semua yang telah menyokong dan menonton video-video animasi merapu saya selama ini.

3. Sebelum ini saya pernah berkongsi tentang tips Youtube namun tak pernah berkongsi tentang pendapatan yang diperolehi dari Youtube.

4. Mesti ada yang nak tahu, betul ke buat Youtube boleh dapat duit? Ya, memang boleh. Tapi banyak ke boleh dapat? Istimewa untuk kali ini, saya akan kongsikan kepada semua, dengan 23K Subs, 5.5M Views dan 300 Uploads, berapa sebenarnya pendapatan yang saya boleh dapat?

5. Jika dilihat pada gambar yang disertakan, ya itulah pendapatan yang saya perolehi sepanjang 6 bulan terkini. Jika dikira secara purata, saya cuma dapat dalam RM300 sebulan.

6. Maka berbaloi ke nak jadi Youtuber, dengan segala masa dan tenaga yang dicurahkan? RM300 untuk 1 bulan, dan ia dibayar selepas 2 bulan kerana untuk mengeluarkan duit Youtube, sekurang-kurangnya kena mencecah USD100 sebulan. Nilai RM300 tu tak sampai USD100 pun.

7. Bayangkan kalau orang yang nak jadi full time Youtuber dengan pendapatan cuma RM300 sebulan? Nak kena income tax pun tak layak. Itu kalau RM300 sebulan, kalau RM10 sebulan? Baik kerja kat Mekdi pun boleh dapat gaji lebih RM1K sebulan.

8. Jadi anda nak jadi full time Youtuber dengan gaji RM10,000 sebulan? Boleh. Kena ada, let's say... dalam 1 Juta Subscribers dan purata Views 3 Juta sebulan?

9. Sebab itu saya harap kita jangan terlalu memasyhurkan sangat kerjaya nak jadi Youtubers ni terutama di kalangan budak-budak.

10. Rata-rata kalau tanya budak-budak zaman sekarang ramai nak jadi Youtubers seperti idola-idola Youtuber gaming mereka seperti Soloz, Horangi99, Syafiq Aiman, Malluffy dan sebagainya. Ya lah, main game tiap-tiap hari je, beribu-ribu orang tonton dan boleh dapat duit banyak.

11. Tak salah kalau mereka nak mencuba-cuba jadi Youtuber, tapi jangan terlalu memberi harapan dan menjadikan ia sebagai keutamaan. Bayangkan dari beribu-ribu orang Malaysia yang nak jadi Youtuber, berapa ramai yang korang kenal berjaya? 10 orang? 20 orang?

12. Kerana itu kita kena tanamkan dalam minda anak-anak kita ini bahawasanya pelajaran itu lebih utama, dan yang kedua cari pekerjaan untuk tampung hidup.

13. Tapi kalau nak jadi Youtuber pun sebenarnya boleh je, cuma buat secara part time dahulu. Yang penting cari kerja atau buat bisnes yang boleh mendatangkan pendapatan yang cukup untuk menanggung kehidupan kita.

14. Kalau benchmark kita boleh hidup dengan hanya RM1.5K sebulan, cuba cari pendapatan RM1.5K sebulan. Kalau benchmark kita RM5 sebulan, berusaha sehingga mendapat pendapatan RM5K sebulan.

15. Lepas tu katakan satu hari tiba-tiba ada rezeki terpijak, ada video kita viral dapat banyak Views dan channel kita meletup tebabom dapat ribuan Subscribers sehingga boleh menjana pendapatan lebih dari pendapatan semasa kita, masa tu baru boleh kita pertimbangkan untuk buat Youtube secara full time.

16. Semoga dengan penjelasan ini dapat menjawab segala persoalan orang ramai tentang pendapatan Youtuber ini. Oh btw, tips ini hanya terpakai pada orang biasa a.k.a marhaen. Kalau anda seorang selebriti popular, tips ini tak terpakai. Anda letak video anda tengah korek hidung pun orang akan tengok.

Sekain.




P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: nak jadi youtuber tips cara panduan teknik menjana jana pendapatan berapa gaji sebulan setahun


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.