Selasa, 19 Julai 2022

0 Tips survival hidup bersandar pada kenangan

1. Ada orang suka share pengalaman dan kisah perjalanan hidup dia, macam mana dia mula kerja, perancangan kerjaya dia, cara dia buat bisnes, jatuh bangun dia dan sebagainya.

2. Aku takde hal pasal tu, sampailah dia tulis yang perancangan dan cara dia tu bolehlah dijadikan panduan untuk anak-anak muda zaman sekarang.

3. No, cara tu hanya terpakai untuk diri kau dan orang-orang yang bermula sezaman dengan kau. Ia dah outdated, tak terpakai dan tak relevan untuk anak muda zaman sekarang.

4. Sembang masa usia 25 tahun dah beli rumah bawah 100K, kena buat simpanan, kena melabur, kena beli emas, kena ada takaful, kena labur hartanah, kena itu ini, jadi anak muda boleh lah ikut juga cara ni.

5. Masalahnya benda yang disembang tu dilakukan bermula pada usia kau 25 tahun pada 20 tahun lepas. Zaman sekarang mana nak cari rumah bawah 100K di kawasan urban?

6. Harga rumah dan kos sara hidup semasa dengan 20 tahun lepas jauh beza. Tapi gaji permulaan seorang fresh graduate 20 tahun lepas dengan sekarang tak jauh beza.

7. Cara dulu dengan cara sekarang tak sama. Apa yang dah jadi sejarah tu, boleh lah dijadikan pengajaran, tapi tak semestinya sesuai dipraktikkan lagi pada zaman sekarang.

8. Malah kita juga disaran jangan besarkan anak-anak dengan cara orang tua kita membesarkan kita, kerana mereka lahir di zaman yang berbeza.

9. Aku masa sekolah dulu pun mak bapak bagi duit belanja sekolah seringgit, beli kuih dengan air 50 sen, boleh simpan 50 sen. Tapi takde la aku jadikan pengalaman aku tu tips simpan duit dan berjimat untuk budak sekolah zaman sekarang.

10. Tak salah kalau nak bagi tips survival tapi biar relevanlah dengan keadaan zaman semasa. Kalau bagi tips berdasarkan sejarah hidup kita, apa yang aku boleh cakap, cuma sekadar bersandarkan pada kenangan je lah jawabnya. 



P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: tips survival survive kewangan hartanah ekonomi bersandar pada kenangan sejarah pengalaman hidup cara panduan



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.