Rabu, 5 Oktober 2022

0 Betul atau salah tiada kaitan dengan jantina

1. Apabila berlaku perbezaan pandangan antara lelaki dan perempuan, ada orang suka sangat guna gender card.

2. Yang suka guna gender card ni pula kebiasaannya orang lelaki. Hanya sebab dia lelaki, dia rasa dia superior. Pandangannya sentiasa betul.

3. Bila pandangannya tak dapat sokongan ramai perempuan malah dibantah pula, mula la sindir "Orang perempuan sentiasa betul", "Orang perempuan tak nak kalah", "Orang perempuan ni jangan lawan", "Bagi je perempuan menang" dan sebagainya. 

4. Hanya kerana orang itu perempuan, kata-katanya sering dipandang rendah, diambil ringan, dianggap lekeh dan tidak diambil serius. Akhirnya perempuan juga yang selalu dipersalahkan.

5. Hal ini berlaku di mana-mana, sama ada di kehidupan nyata mahupun media sosial. Dalam sektor pekerjaan pun suara pekerja perempuan kurang didengari dan sentiasa dianggap lekeh oleh pekerja lelaki walaupun dia cakap hal yang betul.

6. Lelaki ini ada satu macam sindrom terlalu ego untuk mendengar cakap perempuan. Rasa alergik bila bos wanita bagi arahan. Susah nak terima bila orang perempuan bagi idea. Cepat koyak bila ada orang perempuan bagi nasihat dan teguran.

7. Semua orang bebas memberi pendapat. Betul atau salah tiada kaitan pun dengan jantina. Tak perlu nak menang sangat dan tutup kesalahan dengan degrade jantina lain.

8. Lawan dengan hujah dan fakta, bukan main sentimen jantina.

Sekian.

 

P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags:betul salah tiada kaitan dengan jantina gender card sentimen

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.