Rabu, 5 Oktober 2022

0 Jadi content creator boleh dapat RM4,000 sebulan?

1. Zaman sekarang adalah zaman di mana ramai orang nak jadi content creator dan influencer, sehingga ramai yang akan menyindir dan menempelak generasi muda makin malas belajar sebab nak jadi content creator.

2. Hakikatnya, peluang nak jadi content creator ini terbuka pada semua. Orang tua atau muda, berpendidikan tinggi atau rendah, kerja kolar putih atau biru, cantik atau tidak, sesiapa sahaja.

3. Malahan ramai content creator di Youtube atau TikTok adalah orang mempunyai kerjaya. Ada doktor, cikgu, ahli perniagaan, buruh ladang, rider makanan, pemandu lori dan sebagainya.

4. Tak dinafikan menjadi content creator boleh mendatangkan pendapatan sampingan jika rezeki menyebelahi. Ada student degree yang ada 1M Followers di TikTok boleh dapat pendapatan sehingga RM4K sebulan. Ada juga yang boleh dapat lebih dari itu.

5. Kita tak boleh halang orang dari nak jadi content creator. Apa yang kita boleh fahamkan mereka adalah bahawa nak jadi content creator ini bukan semudah ABC. Nak jadi content creator ni sama macam nak jadi artis (pelakon, pelawak, penyanyi, dsb). Semakin popular seseorang artis, semakin lumayanlah pendapatannya.

8. Macam mana nak popular? Entahlah, korang rasa-rasa macam mana nak bagi ramai orang minat kat kita? Artis sendiri pun tak semua boleh terus-terus popular. Ada orang yang cuba jadi artis tapi sampai ke sudah tak berapa popular.

9. Maka kena setkan dalam kepala otak, nak jadi content creator ni kena buat secara sampingan dulu. Jangan terus nak bercita-cita jadi influencer, dan tak perlu tinggalkan pelajaran atau kerjaya semata-mata nak jadi influencer.

10. Kejar dulu cita-cita, nak sambung belajar tinggi-tinggi ke, cari kerja bidang professional ke, kerja biasa-biasa ke, berniaga kecik-kecik ke, sambil-sambil tu boleh je buat content based on minat, kerjaya, ilmu pengetahuan atau pengalaman yang kau sedang miliki.

11. Ada je doktor, cikgu, peguam, rider, buruh ladang, pelukis, juruanimasi, juruteknik yang masih terus dengan kerjaya mereka dalam masa yang sama menjadi influencer popular, takde masalah, asalkan tidak melanggar etika tempat kerja dan melanggar privasi orang lain.

12. Yang jadi masalah adalah apabila kau bercita-cita nak jadi influencer tanpa ada benda lain yang boleh tampung hidup kau sementara dalam perjalanan nak jadi influencer popular yang mungkin jadi mungkin tidak.

13. Jika nasib menyebelahi kau dapat jadi popular, terpulanglah sama ada nak tinggalkan kerjaya hakiki dan jadi content creator secara full time atau teruskan secara part time. Bila dah popular pula, kena lebih jaga tingkahlaku dan kekal konsisten untuk terus popular dan relevan.

14. Sebab at the end, populariti takkan kekal lama. Ada orang popularitinya boleh bertahan sehingga 1 dekad, ada orang popular setahun dua je, lepas tu terus sendu. Akhirnya kena back to basic buat benda lain demi meneruskan kehidupan.

Sekian.


P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: jadi content creator influencer boleh dapat 4k pendapatan gaji sebulan banyak


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.