Isnin, 19 Disember 2022

0 Apa dapat lepas buat 1000 video Youtube?

1. Lama tak bersiaran kat FB, IG dan TT sebab fokus buat video kat Youtube. Selepas 3 TAHUN 4 BULAN, akhirnya capai juga 1000 video Youtube. Apa aku dapat lepas dah buat 1000 video? 75K Subs, 25M Views dan RM25K.

2. Akhir-akhir ini banyak channel Youtube mengalami penurunan Views untuk video format biasa, tapi video Shorts pula yang mengalami peningkatan Views, mungkin sebab nak bersaing dengan TikTok.

3. Disebabkan itu banyak channel dah fokus buat video Shorts. Aku pun sama, dalam sebulan ni banyak buat video Shorts.

4. Buat video Shorts memang boleh meningkatkan Views. Kenaikan Views pula membawa kepada kenaikan Subscribers.

5. Cuma isunya buat video Shorts ni kadar revenuenya sangat rendah berbanding video format biasa. Sebagai contoh kalau video biasa 1 Juta views boleh dapat USD50, video shorts 1 juta Views pula cuma dapat USD2.

6. Jadi kalau nak grow Subscribers kena banyakkan video Shorts. Kalau nak dapat revenue kena banyakkan video biasa.

7. Aku sekarang nak target dapatkan 100K Subs jadi terpaksa lah buat banyak video Shorts dan sacrifice untuk buat video biasa.

8. Jadi itu sahaja perkongsian untuk kali ini. Dan oh ya, terima kasih kepada yang masih sudi Subscribe channel aku.

Seikan.

 

P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: video buasir otak tv animasi animation anime cartoon parodi parody lawak kartun pencapaian subscribers views uploads tubebuddy tutorial tips teknik perjalanan kisah channel youtube 1000 video

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.