1. Ada satu page
ni menyenaraikan 9 pekerjaan paling santai tapi gaji tinggi, antaranya
Youtuber, artis, ahli sukan, agen hartanah, kerja di Singapura dan
sebagainya.
2. Aku tak tau lah dari mana mereka dapat angka
purata statistik ni, mungkin dari website luar negara mana entah mereka
translate, tapi bagi aku ia sangat misleading.
3. Pertama sekali,
apa yang di maksudkan dengan pekerjaan paling santai? Pada aku kerja
paling santai adalah kerja yang kau cuma perlu tidur, tau-tau duit
masuk. Haa tu santai.
4. Tapi semua kerja yang disenaraikan tu
dah la tak santai mana, purata gaji bulanan pun mengarut. Contoh macam
Youtuber. Berapa % Youtuber Malaysia yang dapat gaji RM360K sebulan?
Yang aku tau nak dapat USD100 sebulan pun susah.
5. Tambahan
lagi nak jadi Youtuber atau content creator video bukan kerja santai.
Nak kena fikir idea, tulis skrip, rakam video, edit video, publish,
lepas tu berdoa dan tawakkal agar video tu dapat banyak views. Kau rasa
kalau video kau ada 500 views boleh dapat RM1000 ke? 1 sen pun belum
tentu dapat.
6. Nak jadi artis, selebriti, influencer pun ingat
santai? Contoh kalau pelakon, kena hafal skrip, pergi set lama-lama,
berlakon pastu kena cut ulang lagi dan seterusnya. Privasi kurang,
populariti pun tak kekal lama, kena hadap kecaman netizen lagi.
7.
Ahli sukan/pemain bola sepak tu santai? Cuba tengok macam mana atlet
buat latihan setiap hari? Pukul berapa mereka bangun dan tidur? Makanan
apa yang mereka makan? Dah tu kena bertanding pulak. Kalau menang ok
lah, kalau kalah kena kecam. Kalau santai sangat cuba korang try jadi
atlet tengok sanggup tak sanggup.
8. Jadi software
developer/mobile app pun santai? Ye memang nampak santai duduk depan
komputer je, tapi ingat tak pecah kepala nak fikir buat coding? Pulak
kalau ada error pulak, menggagau nak cari solution. Purata gaji pulak
RM37K sebulan? Mimpi laa.
9. Operator pelantar minyak tu santai
ye? Ingat operator pelantar minyak tu kerjanya jawab telefon kat
pelantar minyak ke? Dah la kerja kat tengah-tengah laut, kena selalu
berjauhan dengan keluarga dan kawan-kawan. Santai sangat kau cuba lah
mohon tengok sanggup tak sanggup.
10. Agen hartanah/insuran
santai? Ye memang la nampak macam senang, kerja ikut masa sendiri,
jumpa-jumpa orang je. Hakikatnya dah la kena banyak ke sana sini, kena
pujuk orang pulak. Ingat senang nak dapatkan pelanggan? Kau agen
insurans call pun kau terus end call.
11. Founder cosmetics
santai? Tengok beberapa founder cosmetics yang jadi selebriti nampak
macam santai tu memang la. Hakikatnya nak jadi founder apa-apa bisnes ni
modal kena besar, melainkan mak bapak kau kaya atau kau ada kabel, umur
18 dah boleh jadi founder. Kalau kau nak bermula dari doposen, ingat
santai sangat ke nak jadi founder?
12. Ni pun bullshit juga.
Kerja di Singapura santai? Kerja apa tu? Tak kisah la kerja apa pun di
Singapura, tapi kau rasa apa yang santainya dengan pagi-pagi buta kau
dah kena bangun menghadap jem ramai-ramai kat Tambak Johor nak masuk
Singapura?
13. Hakikatnya, tiada kerja yang santai kalau dah nama
pun kerja. Kerja ni kalau tak mendatangkan duit, takde siapa nak kerja.
Duit ni kalau boleh dapat dengan santai, semua orang akan bersantai.
Sedangkan kau nak jadi scammer pun tak santai, dah la kena call ramai
orang, kena menipu, kena maki, silap-silap kena tangkap.
14. Tapi
kalau ada pun kerja paling santai dan berpendapatan tinggi, ianya
adalah apabila kau dilahirkan dalam keluarga kaya dan mewarisi syarikat
gergasi Megah Holdings atau saham mak bapak kau yang bernilai juta-juta.
15. Oh, satu lagi kerja paling santai adalah jadi admin page Facebook, duduk mengadap laptop, cari bahan kat Google, TikTok, IG, FB yang dibuat orang lain lepas tu repost je, tak pun tulis artikel yang misleading, pastu tambah link shopee. Haa yang ni baru kerja santai, cuma gaji bulanan tu tak tau la berapa.
Sekian.
P/S: Mohon
rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat
lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):
tags: 9 kerja pekerjaan paling santai tapi gaji lumayan tinggi ya amat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.
* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.