1. Kerajaan bagi duit RM100 eMadani dalam bentuk kredit e-Wallet seperti TnG, Setel, MAE dan sebagainya. Duit tu orang boleh guna bila beli barang kat kedai fizikal dan bayar secara cashless guna app e-Wallet tu.
2. Tapi duit tu tak boleh digunakan untuk transfer kredit, keluarkan tunai, bayar tol atau parking, bayar bil, topup telco, tiket hiburan, online game, pelaburan/insurans dan pembelian online. Maka ramai la kutuk kerajaan cakap kerajaan tak ikhlas la, menyusahkan orang la, apa la.
3. Kena faham ada la sebabnya kerajaan buat macam tu. Pertama, nak galakkan penggunaan cashless. Kedua, nak rancakkan ekonomi suruh orang berbelanja kat kedai-kedai tempatan.
4. Kerajaan nak kau pergi supermarket, mall, butik, stesen minyak, restoran Pak Amat, gerai apam balik Abu, kedai hardware Ah Chong, warung Uncle Muthu dan segala jenis kedai kat Malaysia, beli barang kat situ, nak bayar scan QR code.
5. Kerajaan tak nak bagi kau keluarkan tunai, sebab nanti kau keluarkan lepas tu melabur kat saham, simpan dalam bank atau bawah bantal. Kerajaan nak kau belanjakan untuk gerakkan ekonomi setempat, bukan nak kau simpan atau melabur.
6. Kerajaan nak kau berbelanja, tapi dia taknak kau belanjakan kat online shop/store yang kebanyakannya dari luar negara sebab diorang tu memang dah banyak untung. Kerajaan nak rancakkan balik kedai-kedai fizikal tempatan yang semakin suram.
7. Kerajaan juga tak nak orang-orang muda guna duit tu buat beli game kat PS, diamond Mobile Legends, G-Coin PUBG, Robux Roblox dan lain-lain sebab yang dapat duit tu owner game yang semuanya dari luar negara seperti China, US, Jepun, Korea dan sebagainya.
8. Tapi kalau korang nak guna juga duit eMadani tu untuk benda-benda yang kerajaan tak bagi, apa susah. Korang trade je la dengan duit sendiri. Contohnya kau nak simpan kredit eMadani RM100 tu dalam bank, kau simpan la extra RM100 dari duit gaji kau, kredit eMadani RM100 tu kau ganti la buat belanja.
9. Atau kau guna RM100 duit kau sendiri untuk beli diamond ML kayakan si Moonton tu, lepas tu kredit eMadani RM100 tu kau buat la beli makanan ke apa ganti RM100 yang kau dah spend untuk beli diamond ML tu. Benda vice versa apa yang komplikated sangat?
10. Hidup ni boleh tak jangan nak komplen macam-macam sangat? Ini bukan duit bantuan macam BR1M/BSHR/BPR/STR yang hanya golongan B40 je dapat, tapi segenap lapisan dapat untuk rancakkan ekonomi. Dah orang nak bagi, kita terima je la. Kerajaan kalau bagi RM10 sekali pun ambik je lah. Siapa nak bagi RM10 free-free je kat kita?
11. Apa, orang tua tak tau guna apps e-Wallet TnG, MAE, Setel, ShopeePay semua tu? Jangan underestimate orang tua. Orang tua la paling tau dan cepat belajar teknologi ni. Tengok la kat TikTok, Facebook, Whatsapp, orang tua la paling rajin guna dan post/share benda-benda dari yang bagus sampai la benda misinformation misleading yang bukan-bukan.
12. Lagipun kau kan anak, ajar la mak bapak korang guna apps e-Wallet tu kalau diorang tak reti, apa susah? Boleh tak kita setkan dalam otak tu minda neutral? Jangan sebab kau benci parti yang jadi kerajaan je, semua benda kau kutuk. Time parti favorite kau jadi kerajaan, bila diorang buat benda lebih kurang sama kau diam pulak.
P/S: Mohon
rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat
lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):
tags: cara panduan tebus kredit duit wang bantuan emadani rm100 touch n go setel mae shopeepay tng tak ikhlas senarai kedai beli
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.
* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.