Jumaat, 22 Disember 2023

0 Bila macam-macam hal dunia nak didajalkan

Aku tak faham. Umat Islam memang kena bersedia dengan akhir zaman dan hari kiamat, tapi kenapa kat FB dan TikTok ni aku nampak ramai yang dia punya ekstrim dan paranoid lain macam.

Kerajaan dikatakan dajal.
Pemimpin dianggap dajal.
Undang-undang manusia dajal.
Sistem pendidikan dajal.
Perubatan moden dajal.
Sains dan teknologi dajal.
Bank dajal.
Ilmu dunia dajal.
Matematik dajal.
Duit kertas dajal.
Duit digital dajal.
Internet dajal.
Bentuk awan dajal.
Bantuan kerajaan dajal.
Doktor, cikgu, peguam, saintis, jurutera, programmer semua agen dajal.

Habis semua benda nak didajalkan. Memang tak pernah guna satu pun benda-benda yang didajalkan ke?

Memang kita perlu kejar akhirat, sebab kehidupan dunia ni pun tiada yang sempurna, banyak kelemahan dan kesilapan, tapi tak bermakna semua tu perlu dikaitkan dengan dajal. Kita kena hati-hati dengan fitnah dajal, bukan fitnah segala hal dunia tu dajal.

Dunia perlu berfungsi dan bergerak ke depan untuk umat bersiap ke akhirat. Satu masa memang kita akan tinggalkan juga dunia bila tiba masanya.

 

P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: semua benda hal dunia nak didajalkan dajal dajjal kerajaan sekolah pendidkan hospital perubatan moden vaksin cip 5g telefon smartphone teknologi

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.