Sabtu, 6 Januari 2024

0 Sekolah memang buang masa

1. Sekolah buang masa, kata seorang influencer muda lepas mendapat 300K Followers IG, kerana merasakan apa yang dia buat sekarang ini tiada kaitan dengan apa yang dia belajar dulu di sekolah.

2. Betul. Boleh kata lebih separuh dari apa yang kita belajar kat sekolah dulu tak digunakan pun dalam kehidupan  seharian mahupun kerja kita. 

3. Betul. Sekolah memang membuang masa, bagi orang yang sasarannya bukan nak jadi doktor, jurutera, peguam, arkitek, guru, pengaturcara dan lain-lain kerjaya yang memerlukan sijil akademik.

4. Bagi orang yang sasaran dan keutamaannya nak jadi influencer penyanyi, pelakon, ahli sukan dan seumpama dengannya, belajar di sekolah boleh jadi hanya optional semata-mata.

5. Buang masa pada kau, tak semestinya membuang masa pada orang lain. Kau pun sebab dikurnia rezeki dapat 300K followers baru kau berani nak beralih fokus ke bidang tu. Kalau kau tak dapat 300K followers, mesti kau pun takkan berani nak abaikan pendidikan sekolah.

6. Lagipun yang rasa buang masa kat sekolah sebab dapat 300K followers jadi artis, influencer, buat paid review apa bagai cuma kau seorang dan mungkin beberapa kerat yang diberi rezeki menjadi manusia popular untuk beberapa tempoh.

7. Tapi yang dulunya buang masa kat sekolah tapi kat IG tak sampai 500 follower, yang end up terpaksa cari kerja untuk survival, buat kerja gig economy, kerja kilang, kerja sektor 3D, jadi rider makanan, jadi peniaga jalanan, jual burger dan sebagainya tu berlambak-berlambak.

8. Lagipun kalau semua orang nak jadi influencer macam kau, siapa yang nak jadi orang yang buat rumah, kereta, pakaian, komputer, telefon dan lain-lain lagi teknologi untuk kau beli dan guna? Sains tak penting? Siapa nak jadi doktor untuk rawat kau bila kau sakit? Siapa nak uruskan sistem elektrik, internet, perpaipan dan pembentungan yang dibekalkan kat rumah kau?

9. Memang tak semua benda yang diajar di sekolah kita guna, tapi secara sedar tak sedar, banyak benda yang buat hari-hari hasil dari benda kita belajar di sekolah. Kau boleh menulis dan membaca pun hasil belajar subjek bahasa.

10. Kau boleh buat urusniaga jual beli pun hasil belajar subjek matematik. Malah kebanyakan hal-hal berkaitan ilmu agama, belajar adab, akhlak, disiplin, cara hidup bermasyarakat pun banyak yang kita belajar di sekolah. Jadi kat mana yang kau rasa sekolah buang masa?

11. Dan pada aku, sekolah tak buang masa bukan sebab pendidikan semata-mata, tapi sebab di sekolah lah kita dapat jumpa dan mencipta memori dengan kawan-kawan, belajar, bermain sama-sama, buat aktiviti sama-sama, buat hobi sama-sama, dan bonding tu akan tercipta sampailah kita dewasa.

12. Malah di sekolahlah kita berpeluang buat pelbagai aktiviti seperti sukan, kelab, badan beruniform, perkhemahan, rombongan, lawatan, pertandingan dan lain-lain lagi, suatu pengalaman dan kenangan yang kita takkan dapat ulang lagi sampai bila-bila. Orang yang zaman childhoodnya tidak di sekolah, banyak benda sebenarnya yang dia telah terlepas dalam hidup.

Sekian.

 

P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: sekolah buang masa influencer

 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.