Isnin, 10 Jun 2024

0 AI Prompter VS Orang seni sebenar

1. Ramai orang yang terlalu glorify AI. Rasa hebat bila guna AI. Rasa benda yang dihasilkan AI tu adalah hasil usaha dia. Ya, aku juga pengguna AI seperti ChatGPT, image generator, music generator dan sebagainya, tapi aku tak glorify AI. Sebab memang aku yang bagi arahan suruh AI buat itu ini, tapi akhirnya yang hasilkan benda tu adalah mesin, bukan aku.

2. Aku tak pernah anggap benda yang AI hasilkan tu aku punya. Aku sendiri malu nak klaim benda tu aku yang buat sebab apa aku buat cuma bagi arahan sahaja. Takde apa yang nak dibanggakan. Ia ibarat kau suruh orang lain buatkan kerja untuk kau, lepas tu kau klaim kau yang buat, siap letak watermark dan konon copyright lagi. Kalau tiba-tiba benda yang aku generate tu orang lain pun generate benda yang mirip, terima sahaja.

3. Ini ada pulak yang bila AI generate benda yang mirip dan tiba-tiba benda tu popular, mula lah orang bergaduh klaim tu dia punya. Ada yang baru pandai sikit dan rajin guna AI, dah anggap diri sifu, master prompter. Badan mana yang mengiktiraf atau sekadar self proclaimed? Ada juga yang suruh mesin buat lukisan lepas tu klaim diri tu artist/pelukis. Nope. Kau bukan pelukis. Kau sekadar mengarah.

4. Bila ada pengkarya sebenar atau orang seni isukan benda ni, ada geng pro-AI ini panggil mereka haters, sindir orang seni siap bandingkan hasil seni AI dengan hasil seni manusia. Tak dinafikan memang ada hasil AI nampak lebih cantik berbanding hasil karya manusia terutama mereka yang masih amatur, tapi itu hasil janaan mesin yang dipelajari dari beribu berjuta karya-karya yang dihasilkan orang, bukan buah tangan orang yang taip prompt tu pun. Malah tanpa karya orang seni ni pun, jangan harap la AI boleh wujud.

5. Bagi kredit pada suatu yang dihasilkan dengan usaha sendiri walau lukisan orang lidi sekalipun, bukan dapat kredit dengan sekadar mengarah mesin membuat sesuatu. Usah menyindir hasil usaha orang lain sedangkan kita hanya tahu mengarah. Bayangkan anak kau tunjuk lukisan AI yang dia generate, atau lukisan yang dia lukis sendiri walau cincai, mana yang kau lagi hargai? Murid yang tulis esei sendiri berbanding esei yang dikarang AI, mana yang cikgu lebih hargai?

6. Dulu orang nak search apa-apa kat Google, dia kena tahu keyword apa nak guna supaya dapat hasil carian yang baik untuk dapatkan maklumat. Itupun ada orang yang benda dia jumpa kat Google dia klaim tu dia punya. Jadi guna AI ni tak jauh beza pun. Nak hasilkan apa-apa, dia cuma kena tahu guna keyword untuk dapatkan hasil janaan yang mememuhi kehendak dia. Nothing special. Nothing to glorify. Benda semua orang boleh buat. Belajar dan try and error lebih sikit, now I am master prompter.

7. Lagi pelik bila ada orang jual hasil janaan AI dan ada pulak orang yang sanggup beli, sedangkan benda tu semua orang pun boleh buat sendiri. Ibarat kau bayar orang lain tolong search kat Google, sedangkan kau pun boleh je search Google sendiri.

8. Ada orang kata, penulisan prompt juga adalah satu seni dan boleh dipatenkan. Setakat mengarang arahan panjang berjela, "Lukis gambar Ultraman bersama anaknya terbang atas awan, di bawah ada bandar KL dan juga KLCC, view dari atas, tulisan Ultradad di bawah, in realistic UHD image bla bla bla", benda macam ni kau panggil seni? Benda macam ni boleh dipatenkan? Siapa patenkan secebis arahan, dia bodo.

9. Ya, memang AI sangat membantu digunakan as assisted tool, tapi untuk hal rasmi dan komersial, hasil AI tak boleh digunakan terus sebab terlalu banyak yang tidak sempurna. Kau minta AI tuliskan coding, kau tetap kena faham coding untuk tahu kat mana nak guna dan ubah. Kalau terus copy seluruh coding dan paste kat server, coding kau mungkin takkan jalan.

10. Kau minta AI tuliskan surat rasmi atau artikel, kau tak boleh terus copy paste bulat-bulat, tetap kena double check sebab akan ada kesalahan bahasa, tatabahasa, ejaan, susuna ayat dan sebagainya. Kau minta AI jana lukisan, pasti lukisannya terlalu generic, kaku, tak konsisten, muka hampir sama, ada kesalahan anotomi badan, jari terlebih, kaki terlebih, mata pandang entah mana-mana dan sebagainya.

11. Malah kau tak boleh customize lukisan janaan AI sebagaimana manusia boleh buat. Sebagai contoh, kau mungkin boleh sekadar prompt AI lukis illustration suatu watak, tapi untuk menghasilkan keseluruhan komik atau animasi, tak mungkin kau boleh hasilkan dengan hanya sekadar prompt semata-mata.

12. AI prompter tak layak pandang rendah dan marah pada orang seni yang menghasilkan suatu dengan usaha sendiri, tapi pengkarya sebenar layak memandang rendah dan marah pada AI prompter yang hanya sekadar taip-taip, jadi tak perlu balas, diam dan terima sahaja. Tiada benang yang perlu ditegakkan. Itu hakikat yang kita kena terima once kita memilih untuk menggunakan AI dalam menghasilkan seni. Sebab bagi kita ia mungkin sekadar hobi, tapi bagi mereka ia adalah mata pencarian.

13. Akhirnya, kita sendiri ramai yang sekadar pengguna AI je pun, bukannya pembangun AI pun. Lain la kalau kau yang buat dan cipta suatu perisian AI, itu baru la suatu usaha yang layak dibangga dan dikagumkan.

 

P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: ai prompter vs orang seni artist


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.