Jumaat, 28 Jun 2024

0 Buasir Otak TV: Buasir Otak: The Muzik - Duit oh Duit

Duit bukan segalanya, tapi segalanya perlukan duit.


Buasir Otak: The Muzik - Duit oh Duit
 
Lirik:

Duit oh duit
Ini cerita pasal duit
Duit oh duit
Alangkah indahnya bila ada duit

Duit tak boleh beli bahagia
Tapi bahagia boleh hilang bila tak ada duit
Duit tak boleh beli kebijaksanaan
Tapi nak dapat ilmu perlukan duit

Duit tak boleh beli tidur
Tapi tak ada duit tidur pun tak lena
Duit tak boleh beli kesihatan
Tapi untuk sihat kena ada duit

Orang bodoh nampak cerdik bila ada duit
Orang cerdik nampak bodoh bila tak ada duit

Duit bukanlah segalanya
Tapi segalanya perlukan duit
Yang tak perlukan duit
Hanyalah iman dan takwa

Duit tak boleh bawa mati
Tapi tak ada duit rasa nak mati
Duit tak boleh beli nyawa
Tapi mengurus orang mati pun perlukan duit

Duit tak boleh beli ahli keluarga
Tapi nak gembirakan mereka kena ada duit
Duit tak boleh beli pasangan
Tapi nak berkahwin pun perlu banyak duit

Orang bodoh nampak cerdik bila ada duit
Orang cerdik nampak bodoh bila tak ada duit

Duit bukanlah segalanya
Tapi segalanya perlukan duit
Yang tak perlukan duit
Hanyalah iman dan takwa

Duit tak boleh beli masa
Tapi nak beli jam kena guna duit
Duit tak boleh beli pahala
Tapi mahu bersedekah juga perlukan duit

Orang bodoh nampak cerdik bila ada duit
Orang cerdik nampak bodoh bila tak ada duit

Duit bukanlah segalanya
Tapi segalanya perlukan duit
Yang tak perlukan duit
Hanyalah iman dan takwa

Duit oh duit

Duit oh duit
Ini cerita pasal duit
Duit oh duit
Alangkah indahnya bila ada duit

Duit

Lirik: Prince of Noob
Komposer: AI Generated



P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: video buasir otak tv animasi animation anime cartoon parodi parody lawak the muzik lagu song single lirik ciptaan sendiri soundtrack intro ost duit oh duit


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.