Selasa, 2 Julai 2024

0 Bila perempuan nak lelaki tanggung semua benda

1. Dalam rumahtangga, lelaki wajib bagi nafkah kepada tanggungan iaitu isteri dan anak-anak seperti makanan, tempat tinggal, pakaian dan sebagainya. Maka ada yang beranggapan suami kena tanggung semua benda dan isteri tak boleh kongsi bayar.

2. Betul, tak salah pun lelaki nak tanggung semua benda dari A ke Z, cuma kita kena realistik. Kalau nak lelaki tanggung semua, isteri pun kena rela dan sanggup hidup dengan apa yang suami mampu tanggung. Kalau suami gaji RM2000 sebulan, isteri kena terima lah dengan apa yang suami mampu sediakan dengan gaji sebanyak itu.

3. Kalau dengan gaji sebanyak itu, suami cuma mampu sewa rumah flat tingkat paling atas dengan sewa RM500 sebulan, cuma mampu bayar utiliti asas seperti elektrik dan air, sediakan makan minum, pakaian, barang keperluan cukup dengan seadanya sahaja, isteri kena sanggup terima lah.

4. Jangan pulak kau dah tahu gaji suami kau banyak itu je, tapi kau demand macam-macam di luar kemampuan suami. Nak tinggal di rumah teres 2 tingkat atau kondo, nak makan mewah-mewah, langgan Astro, Unifi, Netflix segalanya, pakai air tapis Coway dan macam-macam lagi, lepas tu harap suami bayar sorang-sorang. Kalau nak kehidupan lebih selesa tapi di luar kemampuan suami, bagi isteri yang bekerja, kena bantulah juga keluar duit.

5. Bayangkan, orang perempuan dan lelaki yang lebih kurang sebaya, berkawan sejak di universiti, dah habis belajar, lepas kerja 2 3 tahun, plan nak kahwin. Kau sama-sama baru dapat kerja, sama-sama baru nak mulakan hidup, sama-sama usaha nak kumpul duit, tapi kau expect lelaki tu kena bagi duit hantaran tinggi-tinggi, lepas kahwin dia kena tanggung semua benda tapi dengan lifestyle macam orang dah 10/20 tahun kerja?

6. Ya, tak salah pun nak hidup dengan lifestyle macam tu dan semua benda ditanggung suami, tapi kenalah berpijak pada bumi yang nyata. Kau cari lah lelaki yang mungkin usianya lebih tua beza 10 tahun ke atas, yang jawatan pun dah besar, gaji dah sedap dan stabil, yang rumah kereta semua dah ada.

7. Kalau kau nak kahwin dengan lelaki yang umurnya lebih kurang sebaya tapi kau high expectation sangat, buat apa kau kahwin dengan dia? Benda tu sangat tak realistik, melainkan lelaki tu datang dari keluarga kaya dan dia pun nak kat kau. Bila kahwin semua mak ayah dia sponsor. Rumah, kereta, mak ayah dah siap belikan, kau cuma tinggal cuci kaki je.

8. Sudahlah lelaki dewasa muda zaman sekarang ni ramai jadi yang jadi generasi sandwich. Dia kena tanggung rumahtangga dia sendiri, dalam masa yang sama dia juga lah yang kena tanggung mak ayah dia, adik beradik dia, silap-silap mak ayah mertua pun dia kena bantu tanggung. Jadi dalam situasi ini, isteri kena fahamlah keadaan suami macam mana.

9. Jika suami mampu untuk tanggung semua, bagus. Jika isteri sanggup untuk hidup mengikut kemampuan suami, bagus. Jika isteri sanggup bantu untuk ringankan beban suami, pun bagus. Jika suami terpaksa jadi suri rumah jaga rumah dan anak, manakala isteri jadi breadwinner sebab pendapatan isteri lebih tinggi, dan isteri juga tak kisah, aku tak nak judge, itu pilihan mereka. Tapi jika isteri rasa suami dia biawak hidup dan langsung tak bertanggungjawab, cepat-cepatlah cari solution.

10. Sebab tu benda-benda macam ni, mana-mana pasangan pun sebelum berkahwin, patut dah bincang dan clear benda ni, kena ada persetujuan dari dua-dua pihak. Kalau salah seorang rasa tak boleh terima, back off dan cari orang lain yang boleh terima piawaian kita. Jangan lepas dah kahwin, baru nak demand itu ini, ungkit sana sini, ada je benda tak puas hati.

Sekian.


P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: perempuan isteri nak mahu lelaki suami tanggung semua duit gaji perbelanjaan rumahtangga kahwin


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.