Rabu, 10 Julai 2024

0 Perangai bos baru yang menjengkelkan

1. Di pejabat, people come and go. Kadang orang bawahan yang keluar masuk, kadang orang atasan yang keluar masuk. Sepanjang aku kerja, dah banyak kali bos besar atau bos kecik keluar masuk kat department aku. Tapi setakat aku bekerja selama ini, bos yang betul-betul ok hanya ada 2-3 orang je.

2. Bila ada bos yang dah berpindah, berhenti atau bersara, nak tunggu dapat bos baru tu biasanya agak lama, kadang lepas 1-3 bulan baru dapat bos baru. Kadang lagi lama dari tu. Jadi sepanjang ketiadaan bos, akan ada bos dari depatment lain yang ambil alih atau tanggung sekejap jadi bos kami sementara nak dapat bos baru. Operasi department berjalan seperti biasa, kami pun buat kerja seperti biasa.

3. Masalahnya bila sesetengah bos yang baru ni, bila dia masuk je, terus nak buat macam-macam. Tukar itu ini, ubah itu ini, tambah itu ini, perkenal benda baru dan lain-lain lagi. Kadang-kadang benda yang dia nak buat tu semakin merumitkan proses kerja. Faham kau nak nampak macam banyak knowledge, pandai manage, rasa eligble dan layak jadi bos, tapi tak semua benda kau kena tukar, tak semua kau kena tengok, tak semua kau kena micromanage.

4. Walaupun kau bos, kau kena faham kau tu baru di situ. Kena tengok dulu environment kat situ macam mana, orang-orang kat situ macam mana, apa job scope anak-anak buah kau, blend in dengan staff, kenalpasti apa yang masalah apa yang bukan, lepas tu baru kau lah kau act like a leader, tahu apa benda kena ubah, benda kena perbaiki dan sebagainya.

5. Ini tidak, benda yang bukan masalah, kau rumitkan sampai jadi masalah. Benda yang takde isu, kau perbesar-besarkan. Benda yang kau boleh serah kat anak buah, kau sibuk nak tanya macam-macam, arah dan desak buat itu ini hatta sekecil-kecil benda pun macam tak percaya pada staff sendiri. Dah lah job scope anak buah sendiri pun kau tak tahu, kau main petik je siapa-siapa suruh buat benda bukan kerja hakiki dia.

6. Lepas tu kerja yang sepatutnya seorang bos buat, dia tak nak buat pulak. Suka elak-elak meeting, selalu takde kat pejabat, pergi kursus atau seminar yang bukan-bukan yang takde kaitan pun dengan department kita dan kerja dia sebagai bos, lebih sibuk pula dengan benda lain yang tak sepatutnya. Lagi best bila dapat tau dia rupanya kaki post video kat TikTok. Dapat bos baru macam ni, serius annoying gila.

7. Dia macam ni lah. Sebelum kau masuk department ni jadi bos pun, tanpa ketiadaan kau pun, fungsi department kami masih jalan seperti biasa. Bukannya bila kami takde bos, kami tak buat kerja. Kami tahu apa kerja kami dan tanggungjawab kami. Kami pun dah 10-20 tahun bekerja, bukannya baru fresh grad. Silap-silap umur kita pun tak jauh setakat 4-5 tahun je beza.

8. Jadi bila kau baru masuk jadi bos kami, tak perlulah anggap kami ni macam budak-budak yang baru kerja, rasa semua benda ada masalah, semua benda nak tukar. Tolong permudahkan urusan kerja kami, bukan merumitkan dan menambah sakit kepala kami. Jangan sampai disebabkan kau, anak buah kau yang power-power dan yang memang bagus buat kerja cabut lari pergi tempat lain. Masa tu pandai-pandai kau la nak hadap.



P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: perangai sikap bos baru yang menjengkelkan jelek annoying


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.