Jumaat, 18 Oktober 2024

0 Isteri jaga suami sakit tapi suami kahwin lain

1. Tular kisah seorang wanita berkongsi kisah menjaga suami yang sakit akibat kemalangan, lepas 6 tahun dah sembuh, mereka berpisah dan bekas suaminya kahwin lain.

2. Ramai yang terus menerus membuat jenaka, mengejek dan mengecam suami wanita tersebut, hingga akhirnya wanita itu memadam perkongsiannya dan menyatakan yang perpisahan itu bukan salah sesiapa dan mereka berpisah secara baik.

3. Aku tak mahu menilai orang yang tak aku kenal, jauh sekali nak cari salah siapa atau mempertahankan sesiapa. Aku cuma mahu memahami apa sebenarnya yang berlaku, sebab aku rasa ini bukan kisah biasa seperti kes curang, tiada keserasian dan sebagainya. Dan hasil pencarian aku, aku agak tertarik dengan komen 5 tahun lepas di salah sebuah video lama bekas suaminya di hospital.

4. Ada orang yang komen bertanyakan, adakah suaminya hilang ingatan selepas kemalangan? Isterinya memberitahu yang suaminya hilang ingatan sehingga tak ingat pada isteri dan anaknya. 

5. Jadi ini adalah keyword utamanya, "hilang ingatan". Kita tak boleh salahkan dia kalau dia tak ingat, sebab benda tu medical condition. Dia tak minta pun nak hilang ingatan. Kalau suami dia hanya sakit tapi tak beri kesan pada ingatan, mungkin kisahnya akan berbeza.

6. Hilang ingatan ni bukan benda yang simple ya. Dia macam boleh reset kita punya kehidupan. Pada orang di sekeliling, mereka ingat segala kenangan dan memori dengan dia, tapi dia takkan ada sebarang ingatan yang sama pun. Jadi benda tu tak mutual, dan somehow boleh jadi trauma.

7. Aku yakin isterinya dah berusaha sebaik mungkin untuk kembalikan ingatan dia, cumanya orang lain hanya boleh cuba bantu dia untuk ingat kembali, tapi dia sendiri tak boleh paksa untuk segala kenangan dan memori tu wujud balik, sebab dia rasa macam tak pernah melaluinya pun.

8. Katakan kau sendiri, tiba-tiba ada stranger datang kat kau mengaku dia isteri kau, budak kecik tu anak kau. Walaupun dia tunjuk gambar dan video kau dengan dia dan budak tu, kau rasa dengan semudah tu ke boleh terima dan percaya?

9. Aku ada kenalan, isteri dia kemalangan, koma beberapa minggu. Bila sedar, dia tak ingat semua benda dalam tempoh 10 tahun ke belakang. Bila kawan pejabat semasa dia datang melawat, dia tak ingat. Dia pun tak ingat pekerjaan dan tempat kerja dia sekarang.

10. Yang dia ingat adalah tempat kerja lama dia dan kawan-kawan yang dia kenal sebelum 10 tahun ke belakang. Malah anak bongsu dia sendiri dia tak ingat. Nak pandang pun tak boleh sebab trauma, rasa macam tiba-tiba ada stranger dalam hidup yang selama ni takde pun.

11. Jadi tak adil kalau semua orang salahkan lelaki tersebut tak kenang jasa isteri, tak kenang budi dan sebagainya. Pada side isteri, lelaki itu adalah suaminya, tapi pada side suaminya, isterinya adalah orang asing.

12. Untuk dia terima isterinya, dia perlu bermula semula. Bermula semula untuk mengenali, bermula semula untuk mencintai, tapi benda-benda melibatkan perasaan ni tak boleh dipaksa. Kalau perasaan sayang tu tak boleh wujud juga dalam diri dia, tak boleh buat apa.

13. Jadinya, kalau perasaan itu sudah tiada, berpisah adalah jalan terbaik untuk kedua-duanya memulakan hidup baru, lebih-lebih lagi pada si isteri. Sekurang-kurangnya, dia dah lepaskan bebanan dari orang yang tiada lagi ada hati padanya.

14. Malah lelaki tu sebenarnya lebih mudah nak bermula baru sebab tiada ingatan sangat dengan isterinya, sebaliknya hanya isterinya yang menempuh jalan yang lebih sukar kerana dia sahaja yang masih menyimpan segala ingatan terutamanya pada momen-momen indah bersama. Semoga beliau terus tabah.

15. Dah macam drama Korea kan? Tapi itulah realitinya. Bukan semua harus dinilai dengan emosional. Tak semua benda akan mengikut apa yang kita mahu dan rancang. Pasrah memang pasrah, tapi bila tiba waktunya, kita perlu akur untuk berdamai dengan takdir-Nya.

Sekian.

 

 

 

P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: isteri jaga suami sakit kemalangan lumpuh 6 tahun berpisah cerai kahwin lain hilang ingatan

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.