Sabtu, 5 Oktober 2024

0 Suami UK lebih hebat dari suami Melayu

1. Ada yang puji cakap ramai suami UK rajin buat kerja rumah, siapkan breakfast anak, mengemas rumah, laundry, buat kerja dapur, layan anak main dan sebagainya.

2. Kemudian dibandingkan pula ramai suami Melayu tidak seperti itu. Ramai lelaki bila dah berkahwin semua nak isteri layan, buatkan, tak tolong isteri, tak buat kerja rumah, main phone masa makan, habis makan tinggal pinggan, tak kemas katil, stokin pun nak isteri sarungkan dan sebagainya.

3. Pandangan aku, kalau cerita berpuluh tahun lepas, zaman mak ayah, atuk nenek kita, ia memang menjadi amalan ramai suami. Tapi pada zaman sekarang, ramai lelaki yang dah matang dalam mengurus rumahtangga dan keluarga.

4. Aku sendiri malah ramai kenalan aku pun bangun awal urus anak, hantar dan pickup anak sekolah, sediakan makanan, basuh pinggan, basuh jemur lipat baju, buang sampah, menyapu vakum rumah, bawa anak main di taman dan sebagainya, benda itu memang perkara biasa, apatah lagi di kawasan-kawasan urban.

5. Malah lelaki bujang pun, ramai je yang boleh berdikari buat semua benda tu. Setakat cari makan, kemas rumah, sapu sampah, basuh pinggan, basuh baju, benda-benda tu dah jadi benda normal, tak perlu orang perempuan buatkan pun. Itu yang lepas je kahwin, mereka teruskan je apa yang mereka biasa buat sebelum kahwin. Takde isu.
 
6. Zaman buat isteri macam hamba ni, ya tak nafi masih ada, tapi bukan lagi kebiasaan dan kebanyakan para suami di Malaysia. Sebab tu sebelum kahwin pun, kita kena kenal mendalam la bakal pasangan kita. Kalau dah tahu dia jenis tak matang, narsisistik, toksik, nak menghambakan perempuan, jenis anak mak, ada mak yang control hidup, tak pandai berdikari, buat apa kau cari pasal kahwin dengan dia.

7. Dan suami UK juga, bukanlah semuanya elok belaka. Ada juga yang tak bertanggungjawab, kaki gaduh, kaki mabuk, abuse family dan sebagainya. Yang kita nampak depan mata memang biasanya yang elok-elok, tapi mengikut statistik yang dikeluarkan kerajaan UK sendiri, terdapat 1 dari 4 wanita yang pernah mengalami domestic abuse sepanjang hidupnya.

8. Jadi rasanya tak perlu untuk bandingkan suami negara mana lebih better. Setiap jantina ada kelemahan dan kekurangan, setiap negara ada kelebihan dan kekurangan. Kalau kita buat perbandingan isteri Malaysia, isteri UK, isteri Jepun, isteri Arab, isteri negara mana-mana pun, kita pasti akan nampak kelebihan dan kekurangan masing-masing.

9. Setiap orang dalam dunia ni pun ada kelemahan. Lelaki ke perempuan, sehebat, sebaik, serajin mana pun seseorang, mesti ada yang terbuat salah, tersilap, terlupa, teralpa, dan ter ter yang lain. Kalau kita rasa perangai pasangan teruk, macam mana pula dengan kita? Adakah kita ni sempurna sangat?

10. Sebab tu yang penting, kita sendiri tahu hidup kita, rumahtangga kita, keluarga kita, ke arah mana yang kita nak corakkan. Ada apa-apa isu, cakap, bincang, luahkan, tegur dan nasihat pasangan, bukan tulis kat media sosial, sebab akhirnya tiada orang yang ada kuasa super untuk baca fikiran orang lain.

 

P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: suami uk orang putih mat saleh caucassian lebih baik dari lelaki melayu malaysia perempuan isteri bini


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.