Rabu, 18 Disember 2024

0 Mengabdikan diri demi kerja sampai tiada kehidupan

1. Baru ni jumpa seorang kawan sekolah. Kerja kerajaan gred 48. Tapi sampai sekarang masih membujang. Sembang-sembang, dia kata bukan dia tak nak kahwin, tapi sebab dia terlalu sibuk dengan kerja dia.

2. Dia cakap mungkin dah ditakdirkan kehidupan dia adalah demi kerjaya sahaja sampai tak sempat nak berkeluarga dan buat benda lain. Tapi kalau kau kerja gomen, gred 48 pulak tu, pada aku nak cari jodoh bukanlah satu masalah besar.

3. Cuma tulah, aku kalau orang bagi alasan macam takde rezeki, takde jodoh, masalah kewangan, nak jaga mak ayah tu ok lagi, tapi kalau bagi alasan sebab terlalu sibuk dengan kerjaya ni aku rasa macam beria dan humblebrag pulak.

4. Kadang mungkin kita rasa kita ni terlalu penting di tempat kerja, tersangat penting di sesebuah organisasi, sampai rasa perlu mengabdikan diri untuk bekerja hingga tak sempat nak buat benda lain dalam hidup.

5. Tapi dia macam ni je la. Sepenting mana pun kita, sebagus mana pun kita dalam kerjaya, kena faham yang kita ni adalah replaceable, lebih-lebih lagi kerja makan gaji, apatah lagi kerja gomen.

6. Kalau tiba-tiba orang lain gantikan tempat kita pun, mungkin akan beri kesan kecil yang sementara je, tapi operasi organisasi tetap akan berjalan macam biasa.

7. Takdenya lah disebabkan kita tak kerja lagi kat situ, operasi akan terhenti, organisasi akan ditutup. Jadi sebenarnya kita ni nobody je yang takde tara mana pun.

8. Sedangkan Perdana Menteri yang lebih penting pun boleh berkeluarga, malah bertukar ganti, takdenya kerajaan ditutup dan operasi kerajaan tetap berjalan seperti biasa, ini kan pula gred 48 je.

9. Lainlah kalau kau kerja untuk syarikat kau sendiri, yang tu takpe lah kau nak kerja macam nak mati sebab syarikat kau memang bergantung pada kau. Kalau kau takde, syarikat kau mungkin boleh tutup kalau takde orang lain nak ambil alih.

10. Tapi kalau kau kerja makan gaji, tak payah sembanglah. Kau abdikan diri kat sesebuah tempat pun, dapat la anugerah cemerlang tiap-tiap tahun pun, kalau tiba-tiba kena tukar atau kena berhenti, kau kena tinggalkan juga tempat tu.

11. Memang kita digalak untuk kerja dengan bersungguh-sungguh dengan penuh rasa tanggungjawab, tapi tak payah la hingga tahap mengabdikan diri demi kerjaya sampai takde life.

12. Fasa bekerja ni valid dalam 25-30 tahun je. Jika sepanjang tempoh ini kita abaikan kehidupan peribadi, akhirnya apa yang tinggal untuk kita nikmati selepas bersara?


P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: mengabdikan diri demi untuk kerja kerjaya hingga sampai tiada takde life kehidupan

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.