Khamis, 19 Disember 2024

0 Sedekah harta si mati untuk tebus pahala

1. Ada seorang wanita kematian suami. Beliau ada beberapa orang anak, ada yang dah habis sekolah, dah kerja, kat universiti dan ada juga yang masih bersekolah.

2. Lepas selesai jenazah suaminya diuruskan, dia cakap pada anak-anaknya jangan sibuk nak tanya pasal harta arwah bapa kamu, sebab mak nak guna untuk selesaikan hutang dan juga sedekah kat rumah anak yatim dan madrasah agar arwah bapa dapat pahala.

3. Bukan tak boleh nak sedekah, tapi bila matinya seseorang, semua hartanya kat dunia sebenarnya dah jadi hak orang lain. Kita tak boleh sewenang-wenangnya guna harta dia yang dah jadi hak orang lain tanpa izin tuannya.

4. Semua hutang kena selesaikan dulu, kemudian bahagikan harta pusaka tersebut kepada ahli waris yang berhak. Lepas harta dah selesai dibahagi-bahagikan, baru terpulang pada waris dia nak sedekah ke tak harta dia sendiri atas nama si mati.

5. Kadang kita mungkin dibelenggu rasa bersalah, sebab sepanjang kita hidup dengan pasangan atau orang tersayang, kita rasa dia kurang amalan dan ibadah, jadi lepas dia meninggal, kita nak tebus pahala dengan harta yang dia tinggalkan.

6. Ini konsep yang mungkin ramai kurang faham. Sedekah jariah dengan harta sendiri perlu dilakukan ketika kita hidup, bukan bila dah meninggal. Bila dah meninggal, semua harta kita dah jadi hak orang lain pun.

7. Katakan masa hidup ada seseorang yang kaya dia tak pernah ibadah, banyak buat maksiat, tapi lepas dia mati, waris ambik je 10 juta dari harta dia untuk buat sedekah agar dia dapat pahala. Jika pahala boleh ditebus dengan harta dan wang ringgit, hanya orang kaya je lah yang boleh masuk syurga.



P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: sedekah harta orang meninggal si mati tanpa izin tebus pahala masuk syurga faraid wasiat bahagi pusaka hak

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.