1. Kira-kira 20 tahun lepas, lepas aku grad, kerja pertama aku adalah di sebuah kilang multinasional sebagai IT Executive. Bidang tugas aku lebih kepada maintain operation IT, termasuk network, server, dan database di kilang tu.
2. Tapi kerja belakang tabir ni biasanya tak glamor sebab buat benda yang tak visible. Orang tak impress, pengarah tak nampak, syarikat tak hargai. Dalam bidang IT, benda yang visible dan orang nampak adalah sistem, aplikasi, website, multimedia – benda-benda yang boleh nampak, orang boleh guna, yang boleh dipersembah dan dipertontonkan.
3. Maka berbekalkan knowledge pengaturcaraan yang aku belajar kat universiti, aku selalu offer diri untuk bangunkan pelbagai sistem kat kilang tu. Hasilnya, setiap tahun increment dan bonus aku lebih tinggi berbanding officemate yang lain.
4. Lepas tu, setiap kali aku lompat kerja ke syarikat lain, walaupun job scope aku tak involve coding, aku tetap akan buat coding. Kadang-kadang buat sistem kecil untuk department sendiri, kadang buat sistem besar untuk syarikat, atau sekadar upgrade sistem yang dah ada.
5. Apa yang aku perasan, ramai orang tak mahir atau tak suka buat coding. Jadi, bila kau pandai coding, saham kau automatik melonjak. Mungkin kerja kau bertambah, tapi kau akan jadi aset majikan – value kau naik, worth kau pun naik.
6. Buat coding ni tak semestinya orang IT je yang boleh belajar. Semua orang boleh. Aku pernah jumpa seorang kerani tempat kerja lama aku, dia buat coding guna macro Excel je, tapi satu syarikat guna. Hasilnya? Naik pangkat, dapat increment tinggi, sebab bos tak nak dia lari.
7. Apatah lagi sekarang dah ada ChatGPT, Gemini, Copilot dan yang sewaktu dengannya. Benda yang dulu kau kena develop 3-6 bulan, sekarang seminggu dua dah boleh siap. Aku sendiri sejak 2 tahun lepas dah buat dan upgrade 6 sistem untuk syarikat aku sekarang.
8. So, ya. Belajarlah coding. Tak perlu advanced pun, yang simple cukup. Tutorial banyak gila bersepah. ChatGPT pun ada. Kalau kau ada anak, suruh diorang belajar coding walaupun dia ambil jurusan lain. Percayalah, bila kau dah pandai coding, cabang IT lain pun kau akan senang belajar dan cepat faham.
P/S: Mohon
rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat
lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):
tags: belajar coding buat sistem untuk naikkan saham di tempat kerja pejabat majikan bos
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.
* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.