Khamis, 2 Januari 2025

0 Pusingan kerja staf IT Kerajaan tak masuk akal

1. Bulan September lepas, kerajaan tekankan kewajipan pusingan kerja untuk penjawat awam yang dah lama berkhidmat. Katanya nak tingkatkan prestasi, elak salah guna kuasa, dan cegah rasuah.

2. Bagi aku, tak ada masalah pun kalau pusingan kerja ni melibatkan jawatan non-teknikal yang skop kerjanya lebih kurang sama, contohnya pengurusan, kewangan, pendidikan atau penguatkuasaan.

3. Tapi bila melibatkan skim IT, aku rasa tak perlulah. Skop kerja IT ni sangat teknikal dan banyak cabang seperti network, server, data center, database, programming, IT security dan macam-macam lagi.

4. Tak semua orang IT boleh buat semua benda. Yang expert network belum tentu pandai programming. Yang mahir programming belum tentu reti jaga server. Di sektor kerajaan pula, kebanyakan orang IT dah kerja bertahun-tahun ikut pengkhususan masing-masing. Ada yang dah jadi pakar sebab dah lama buat kerja tu.

5. Tapi sebab nak penuhi KPI pusingan kerja, tiba-tiba ramai orang IT suka-suka je kena tukar sebab dah lama. Pakar server kena buat kerja dasar. Yang dah lama buat dasar kena jaga server.

6. Ada pula yang tengah siapkan projek besar, kena bangunkan sistem dalam tempoh 6 bulan, tiba-tiba kena pindah pergi bahagian lain. Yang dah bertahun tak buat coding, tiba-tiba kena sambung bangunkan sistem tu dalam masa yang singkat. Tak ke pecah kepala?

7. Bila ketua IT Department cuba jelaskan dan hantar surat mohon pembatalan pertukaran, bahagian HR tolak mentah-mentah. Alasan dia? Arahan tetap arahan. Diorang peduli apa, janji KPI diorang tercapai.

8. Kalau pusingan kerja ni melibatkan orang yang ada kemahiran setara, boleh tahan lagi. Contohnya, pakar network tukar dengan pakar network. Pakar programming tukar dengan pakar programming. Tapi ini tidak, main hentam je tukar semua asal nama skim IT.

9. Akibatnya, huru-haralah jadinya. IT Department jadi tak kompeten, projek lewat siap, sistem banyak kena hack, kerja teknikal bergantung sepenuhnya pada vendor. Kalau bos-bos gred atas nak tukar setiap tahun pun tak apa sebab kerja mereka mengarah, bukan melaksana. Tapi bila kau tukar ramai-ramai orang teknikal yang buat kerja sebenar, masalah tak selesai, malah bertambah.

10. Lagipun, secara jujurnya, berapa ramai sangat staf IT kerajaan pangkat bawah-bawah ni ada peluang nak makan rasuah? Diorang tak terlibat dengan perolehan kerajaan, tak boleh sign bagi kelulusan vendor, dan bukan penguat kuasa pun. Kerja mereka hari-hari hadap monitor buat coding, jaga server, check network, baiki PC dan sebagainya.

11. Yang paling mengarut, staf yang pakar dan hebat-hebat kau tukarkan. Lepas tu, kau dapat staf baru yang tak ada skill, kuat sembang, malas buat kerja, suka mengelat, tak nak belajar, dan bermasalah. Bijak kan? Apa faedah entah pada jabatan pun aku tak tahu.

12. Jadi, kalau lepas ni IT Department kau lingkup, sistem banyak masalah, vendor cekik kau hidup-hidup, atau kerja tak jalan, kau jangan pelik, kau jangan marah. Kau hadaplah sendiri. Nak sangat pusingan kerja kan?

Tambahan:

Pusingan kerja ni bukan tak boleh, tapi kalau nak buat, biarlah dengan perancangan yang masuk akal dan berdasarkan kemahiran yang setara. Macam doktor gigi takkanlah ditukar ke jawatan doktor bersalin. Jurutera mekanikal tak patut disuruh ambil alih tugas jurutera awam. Sama juga dalam IT.

Pasal sistem lumpuh atau network down, mungkin Tuan jarang dengar sebab isu-isu macam ni biasanya tidak digembar-gemburkan untuk menjaga imej jabatan. Tapi, realitinya, masalah tetap berlaku. Saya kongsikan beberapa kisah benar (yang selalunya jadi “dark secret” dalam organisasi):

1. Operasi backup yang gagal

Staf yang jaga backup sistem kena tukar serta-merta. Orang baru yang ganti tak pernah urus operasi backup sebelum ni, dan dokumentasi pula tak lengkap. Beberapa bulan kemudian, sistem crash. Bila nak restore data, baru sedar backup tak berjalan selama 6 bulan. Akhirnya, kena restore data lama dan key-in manual semua yang hilang. Ini memakan masa, tenaga, dan kos yang besar.

2. Sistem terbiar sebab staf baru tak kompeten

Seorang staf bangunkan dan maintain sistem untuk jabatan. Bila dia kena tukar, staf baru yang ganti langsung tak tahu buat coding. Akibatnya, sistem terbiar tanpa pembaikan atau peningkatan. Lepas 10 tahun, sistem itu sudah ketinggalan zaman dan banyak komponen menjadi EOL (end of life). Satu hari, sistem kena hack dan data sensitif dijual di dark web. Semua ini berlaku sebab tiada sesiapa tahu bagaimana nak urus sistem tersebut.

3. Kos membazir untuk sistem baru

Ada satu sistem yang digunakan oleh agensi kerajaan seluruh negara. Staf yang bangunkan sistem tu kena tukar, dan yang mengganti tak ada skill setara. Bila ada keperluan buat perubahan kecil (CR - Change Request), tak seorang pun tahu cara melakukannya. Akhirnya, jabatan buka tender untuk sistem baru dengan kos berjuta-juta. Vendor siap kencing sana-sini sebab staf teknikal tak faham coding. Selepas 3 tahun, sistem siap, tapi penuh bug. Maintenance pula menelan belanja berjuta setiap tahun. Kemudian ada staf IT baru yang pakar masuk dan kaji balik sistem lama. Dia dapati sebenarnya CR untuk sistem lama tu sangat mudah dan tak perlukan sistem baru. Tapi sebab masa tu staf tak kompeten dan tak boleh bagi solusi yang lebih baik, kerajaan terpaksa membazir duit dan masa.

4. Beban tidak seimbang pada staf yang tinggal

Ada satu unit IT di sebuah organisasi besar dengan team 4 orang. Seorang jaga network, seorang jaga server, seorang jaga pusat data, dan seorang jaga technical support. Semua pakar dalam bidang masing-masing. Tapi tiba-tiba 3 orang kena tukar serentak, tinggal seorang. Staf pengganti langsung tak berpengalaman, dengan perangai yang macam-macam. Nak belajar semula pun ambil masa lama. Akhirnya, yang tinggal seorang tu terpaksa cover kerja 3 orang lain bertahun-tahun. Dia kerja macam orang gila, yang lain relaks macam tak ada apa-apa. Bila ada masalah, dia seorang yang bos cari dan harapkan. Akibatnya, dia stress, BP naik, dan akhirnya dapat sakit jantung.

5. Pelaburan sia-sia pada staf terlatih

Ada jabatan yang menggunakan perisian SAP. Staf telah dilatih dan dihantar pergi kursus SAP berbulan-bulan di dalam dan luar negara. Banyak kos dan masa telah dilaburkan untuk meningkatkan kepakaran staf tersebut. Tetapi, habis sahaja latihan, staf tersebut kena tukar ke jabatan lain. Yang menggantikan pula langsung tiada pengalaman dengan SAP, tidak berminat untuk belajar, dan kuat mengelat kerana hanya menunggu pencen dalam 3 tahun lagi. Akibatnya, staf yang tinggal terpaksa menanggung kerja tambahan dan menjadi mangsa keadaan.

Kes-kes seperti ini berlaku lebih kerap daripada yang kita sangka, cuma tak jadi tajuk berita. Hakikatnya, programmer kena tukar memang tak buat sistem lumpuh secara terang-terangan, tapi kesannya tetap ada: kerajaan rugi duit, operasi jadi tidak efisien, produktiviti menurun, persekitaran kerja tidak sihat dan 1001 lagi masalah yang semuanya disorok bawah carpet.

Jadi, bila kita bercakap pasal pusingan kerja, biarlah ia dilakukan dengan perancangan yang bijak. Jangan buat keputusan yang akhirnya membawa lebih banyak mudarat daripada kebaikan.

Bacaan lanjut:


P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: pusingan kerja staf IT kerajaan yang tak masuk akal


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.