Sabtu, 14 Februari 2026

0 Malangnya nasib tuan tanah bila tanah diceroboh

1. Saya menyeru kepada semua yang ada tanah sendiri, dengan rentetan isu yang berlaku sejak kebelakangan ini, mohon untuk pasang papan tanda pemilikan seperti ini di tanah masing-masing.

2. Ya, mungkin ada yang jarang melawat tanah sendiri sebab disewa kepada orang lain (kebun, papan iklan, menara telco dan sebagainya), tapi pacak juga papan tanda ini. Biar lepas ni kalau boleh kita nampak papan tanda ni kat sepanjang tanah yang ada.

3. Kalau mampu, pasang pagar, letak kawat duri, korek longkang, pasang jerangkap samar, CCTV dan lawat tanah itu secara berkala. Ini supaya orang tahu yang tanah itu ada tuannya, dan kita pun dapat pantau kalau ada pencerobohan boleh dicegah dari awal.

4. Sebab memang akan wujud manusia dengan sikap-sikap bangsat seperti mencuri, menceroboh, merampas, menindas, menunggang, makan rasuah, tak amanah, play victim, yang tak peduli pasal hak orang lain dan tak kisah dengan undang-undang.

5. Nak harapkan pihak sepatutnya membela nasib kita memang tak lah. Semuanya tone deaf tak pandai baca situasi yang berlaku di bawah, lebih kepada menjaga periuk nasi masing-masing. Mereka cuma akan merayu pada kita dan berjanji nak selesaikan masalah bila musim pilihanraya sahaja.

6. Dan bila tanah kena ceroboh, tuan tanah pula yang kena keluar banyak duit, upah peguam naik turun mahkamah, upah orang robohkan binaan haram dan sebagainya. Yang pertahankan penceroboh tu sedap la cakap sebab bukan harta dia yang kena. Cuba kalau harta dia yang kena, confirm bising juga.

7. Jadi kita jagalah diri kita sesama kita. Ingat slogan zaman PKP dulu? Kita jaga kita. Masa tu orang naik bendera putih pun mereka tak puas hati, konon macam nampak mereka tak kompeten bantu rakyat. Siapa pun yang pegang kuasa, memang betul pun tak boleh diharap.

Sekian.

 

P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: malangnya nasib tuan tanah bila diceroboh penceroboh akan didakwa milik persendirian papan tanda signage

 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.