Sabtu, 14 Mac 2026

0 Tahu guna GenAI bukan suatu yang mengkagumkan

1. Beberapa bulan lepas tempat aku kerja nak hire staff junior baru job scope multimedia. Gaji basic lepasan degree jadi memang expect fresh grad yang mohon. Dapatlah dalam 60 resume, tapi yang bidang berkaitan cuma dalam 5-6 orang je. Majoritinya dari bidang agama, lain-lainnya seperti admin, bisnes dan sebagainya.

2. Aku faham je kenapa ramai graduan agama yang mohon, sebab tiap tahun banyak lahirkan graduan baru, tapi jawatan yang availabe sangat terhad, itu pun di sektor awam. Kat sektor swasta berapa banyak je majikan yang sediakan jawatan untuk bidang agama. Tapi bukan itu yang aku nak tulis. Itu mungkin dalam perbincangan yang lain. 

3. Dari 60 pemohon, 12 orang disenarai pendek dan dipanggil untuk temuduga. Hanya 4 orang yang jawab telefon atau balas emel cakap akan hadir. Pada hari interview, hanya seorang je yang datang. Lagi 3 missing in action. Tapi takpelah masing-masing ada masalah sendiri. Jadi kami hanya interview seorang yang datang tu jelah. Budak perempuan Gen Z, fresh grad dari bidang admin, sedang kerja kontrak dalam job pentadbiran. 

4. Dia shortlisted sebab dalam resume tulis boleh guna Capcut, Canva, Adobe Premiere, Photoshop. Dalam emel sebelum ni dah diminta hasilkan video montaj pendek bawah 1 minit untuk kami tengok kemahiran dan kreativiti, jadi kami minta dia tunjuk.

5. Video yang di tunjuk tu, hanya macam slide show powerpoint, setiap page sarat dengan teks dari atas sampai bawah macam kau tengok infografik kat FB gomen buat pakai AI, dan paling terkejut, logo Gemini kat sudut bawah kanan tu pun tak padam. Kami tanya ni buat pakai AI kan? Dia mengaku ya pakai AI, sebab tak sempat nak buat.

6. Jadi kami minta hasil-hasil video atau grafik lain yang pernah dia buat sebelum ni. Takde. Dia kata last buat video masa tengah belajar buat assignment setahun lepas. Dah tu macam mana kami nak menilai hasil kerja dan kemahiran dia?

7. Cuma itulah, aku rasa tak payah lah nak impress orang pakai GenAI ni. Kalau setakat pakai GenAI, kami sendiri boleh buat, tak perlu nak hire orang. Zaman sekarang ni pakai GenAI ni bukan suatu yang mengkagumkan pun. Siapa-siapa pun boleh buat dan guna kalau dia nak buat dan belajar, hatta budak sekolah rendah sekali pun.

8. Kami ni bukan la terlalu demand nak ambik yang terlalu kemahiran tinggi pun, cuma nak ambil junior entry level je. At least boleh buat sendiri edit video pakai video editor, edit gambar/tulisan pakai Photoshop ke, dah kira OK lah, tapi jangan la semua bergantung pada GenAI sepenuhnya, nanti kena ubah teks secara manual pun nanti menggagau tak tahu.

9. Pada asalnya kami ingat nak ambil je budak ni sebab dah takde pilihan, tapi nampaknya kami kena tangguh dan buat pengambilan semula. Biarlah lambat sikit asalkan dapat betul-betul yang menepati kriteria, yang ada real skill walaupun tak expert mana.

10. Sebab ofis aku ni nak ambil pekerja, bukan budak praktikal. Kalau budak praktikal, takpe lagi tak tahu macam-macam, kita boleh banyak guide. Nama pun sedang belajar, latihan industri. Kalau dah jadi pekerja, gaji dibayar untuk skill yang dah ada, bukan nak kena ajar lagi macam-macam seperti masih di kolej/universiti.


P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: temuduga kerja job interview guna generative ai notebookllm chatgpt gemini buat video montaj imej gambar

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.