1. Pasal isu binaan haram di tanah milik individu, kita boleh faham kenapa pemilik tanah marah dan nak selesaikan dengan segera, sebab dia keluarkan duit sendiri beli tanah itu.
2. Hidup di dunia bukan lama. Asalnya beli tanah nak tunaikan impian, sekali ada binaan haram. Drag sampai 10 tahun, pemilik tanah pun meninggal dunia. Sia-sia beli tanah. Waris pula yang terpaksa sambung fight.
3. Tapi bila melibatkan tanah milik agensi kerajaan, kenapa boleh drag lagi lama sampai berpuluh-puluh tahun?
4. Ini teori aku. Sebab tanah itu milik agensi kerajaan, bukan milik individu yang bekerja dalam agensi tersebut. Kadang-kadang pekerja sendiri pun tak tahu agensi mereka ada tanah di sesuatu tempat. Mereka kerja makan gaji. Yang mereka tahu, hujung bulan gaji masuk.
5. Tanah itu biasanya hanya disedari apabila ada perancangan untuk membangunkannya. Bila buka fail, buat semakan, audit, dan lawatan tapak, barulah nampak, ingatkan tanah kosong, rupanya sudah ada binaan haram.
6. Disebabkan tanah itu bukan milik peribadi mereka, dan tak mahu pening kepala, malas nak hadap karenah birokrasi, ada yang ambil jalan mudah, tukar pelan atau biarkan sahaja. Dalam mindset mereka, "Ini bukan masalah aku. Biarlah pengganti aku nanti yang handle."
7. Bila pegawai itu pindah agensi lain atau bersara, masuk pula pegawai baru. Dia pula fikir, "Orang lain yang tinggalkan taik, aku pula yang kena cuci?" Akhirnya dia pun sama, pass pada orang selepasnya.
8. Yang pekerja bawahan, selagi tiada arahan pegawai atasan, takkan mereka nak pandai-pandai. Yang pegawai atasan pula, buying time lepas tangan untuk pass masalah pada pengganti mereka.
9. Maka kitaran itu terus berulang-ulang tanpa kesudahan. Tahu-tahu, binaan haram yang asalnya 1 kaki persegi sudah pun jadi 1 ekar.
10. Realitinya, ramai orang nak gaji, nak pangkat, tapi amanah dan tanggungjawab tidak dijalankan sebaiknya. Amatlah malang sekali.
P/S: Mohon
rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat
lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):

tags: kenapa isu binaan kuil haram tanpa izin kebenaran di tanah kerajaan lambat selesai

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.
* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.