Selasa, 7 Julai 2026

0 Pupuskan sikap toksik boomer dinosor

1. Dulu masa baru masuk alam pekerjaan, ramai bos-bos besar boomer dinosor yang toksik. Jenis hempas buku, campak fail kat tong sampah, tepuk meja, marah menengking, maki hamun depan orang ramai dan sebagainya. Kita ni budak baru, pulak bukan jenis melawan. Masa tu telan je lah semua. Nak meluah kat media sosial pun tak boleh, nanti kena cop lembik, manja.

2. Sekarang dah lebih 20 tahun. Bos dinosor kebanyakannya dah bersara, pencen atau meninggal. Yang jadi bos besar sekarang ni pun umur tak jauh beza dengan aku, mostly gen-X atau millenials, rata-rata lebih relaks, matang, berfikiran rasional dan profesional. Yang hauk tu masih ada, tapi tak setoksik bos boomer dinosor, dan kita masih boleh lawan sebab umur lebih kurang.

3. Kita yang jadi bos kecik ni pun, takde rasa nak ulang perangai bos dinosor dulu kat anak buah kita. Sebab kita dulu pun tak suka dan sakit hati dengan apa yang bos dinosor buat kat kita, jadi kita tak nak ulang pada anak buah kita. Aku tak nak anak buah merasai apa yang aku lalu. Biarlah mereka kerja dengan aman dan happy dengan aku.

4. Kalau ikut mentaliti budak-budak sekolah asrama, bila dah jadi senior wajib buli junior, sebab waktu junior diorang kena buli dengan senior, jadi budaya dan kitaran ini perlu diteruskan. Tapi ini semua bodoh. Sikap yang buruk kenapa perlu diterus, dikitar semula dan diglorified?

5. Cerita pasal bos dinosor toksik dulu, memang ramai orang benci, hari-hari kena kutuk kat belakang. Orang doa yang buruk-buruk atau mati cepat. Kalau jumpa kat luar, nak tegur pun takde selera. Jadi aku tak nak dibenci officemate dan anak buah. Hidup akan sentiasa tak tenang. 

6. Lagipun kita semua adalah orang dewasa. Masalah orang dewasa boleh diselesaikan secara dewasa. Boleh berbincang, bercakap, bermesej, berkomunikasi secara elok dan profesional. Tak perlu nak tinggi suara, herdik mengherdik, maki hamun, tengking menengking, menjerit, mengaib, menjatuh, memperkecil, merendah-rendahkan orang dan sebagainya. Sebab at the end, kita nak mencari jalan penyelesaian. Adakah solusi hanya boleh dicapai dengan cara menengking?

7. Dan kalau ada orang yang bermasalah dari segi kerja dan disiplin pun, boleh je tegur dan bagi nasihat secara baik. Kalau masih teruk dan tak berubah, ambil sahaja tindakan tatatertib, potong gaji, buang kerja atau apa-apa tindakan yang ditetap organisasi, habis cerita. Masing-masing dah dewasa yang sepatutnya boleh urus kehidupan sendiri. Kita bukan anak-anak kecil yang nak kena ada orang jaga sepanjang masa.

8. Kerana akhirnya, seseorang akan diingati dengan cara dia melayan orang lain. Jika buruk layanannya, buruklah ingatan orang padanya. Jika baik layanannya, baiklah ingatan orang padanya. Kalau kita pernah melalui zaman yang penuh dengan toksik, biarlah kitaran itu berhenti pada kita. Jangan wariskan luka yang sama kepada generasi seterusnya.

 

P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: pupuskan sikap toksik boomer dinosor dinasour kerja perangai mentaliti

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.