Memaparkan catatan dengan label Agenda. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Agenda. Papar semua catatan

Selasa, 25 Jun 2019

4 Apabila transgender mula menguasai sukan wanita

1. Di negara US antara isu yang sedang hangat diperkatakan adalah golongan transgender lelaki ke wanita mula menguasai sukan wanita. Atlet lelaki ini pada asalnya bertanding dalam kategori lelaki namun kurang berjaya. Mereka tukar jantina dan bertanding dalam kategori wanita lalu terus menang jadi juara.

2. Malah ada beberapa negeri di US yang tak memerlukan atlet membuat pembedahan penukaran jantina pun, cukup sekadar seorang lelaki itu kata diri dia wanita, dia dah boleh bertanding dalam kategori wanita. Trend ini telah meresahkan ramai atlet wanita kerana sukar bersaing dengan transgender yang dilahirkan sebagai lelaki. Mereka sebenarnya terpaksa bersaing dengan lelaki dalam kategori wanita.



Isnin, 26 November 2018

3 Kerajaan perlu menubuhkan Jabatan IT Negara

Dalam bidang Teknologi Maklumat, walaupun negara Malaysia ini boleh dikatakan sudah agak maju dan terkehadapan, hakikatnya bidang IT ini di negara kita ini masih di tahap negara pengguna, bukan negara pencipta.

Kita masih banyak menggunakan perisian, perkakasan, peralatan, perkhidmatan web, permainan digital dan lain-lain produk ICT dari negara luar seperti Google, Facebook, Microsoft, iPhone, Samsung, HP, Sony Playstation, Grab dan sebagainya, berbanding produk ICT keluaran tempatan. Ia sama ada sangat sedikit atau tiada langsung produk IT tempatan.

Ada tak komputer berjenama tempatan? Masih adakah telefon pintar jenama tempatan? Wujudkah konsol permainan video jenama tempatan? Berapa ramai orang main permainan digital yang dihasilkan syarikat tempatan?



Sabtu, 10 September 2016

8 Melayu paling ramai tak daftar sebagai pengundi

Dalam beberapa hari ini aku ada menerima mesej yang sama dalam beberapa group Whatsapp aku seperti berikut:

Mengikut satu laporan tak rasmi:
Rekod daftar pengundi baru di Selangor:
Melayu - 49,000
Cina - 115,000