Memaparkan catatan dengan label Hentai. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hentai. Papar semua catatan

Sabtu, 3 September 2016

10 Budaya minat terhadap kartun lucah semakin parah

Watak 'Ros', kakak garang dalam siri animasi Upin dan Ipin, dikesan menjadi mangsa eksploitasi oleh pihak tidak bertanggungjawab yang memaparkan watak itu dengan ilustrasi seksi melampau.

Tujuh keping karikatur Kak Ros dimuat naik ke dalam sebuah laman web perkongsian seni reka grafik yang telah diubah dan dilukis semula secara digital dengan menggambarkan wataknya berpakaian seksi, malah ada seolah-olah tidak mengenakan sebarang pakaian dengan keterangan tidak senonoh.



Sabtu, 7 Mac 2015

13 Remaja obses komik cenderung baca komik lucah

Lambakan komik pelbagai judul di pasaran membuktikan bahan bacaan itu mempunyai peminat tersendiri terutama dalam kalangan remaja, malah tidak terkecuali golongan dewasa.

Kecanggihan teknologi turut merangsang perkembangan dunia komik yang kini mudah diperoleh dan dibaca melalui atas talian.

Namun mendukacitakan apabila kemudahan itu disalah guna sesetengah peminat komik apabila cenderung melayari laman sesawang menyediakan pelbagai koleksi komik berbaur seks dengan animator lucah.