Memaparkan catatan dengan label Meme. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Meme. Papar semua catatan

Khamis, 21 Mei 2026

0 Bila normies tryhard sangat nak jadi terpaling

1. Ramai orang dewasa normies memang langsung no idea tentang meme, internet culture, pop culture, reddit, game, manga, anime, cosplay dan sebagainya. Normies ni hidup dalam bubble normal mereka sendiri.

2. Orang dewasa bukan normies yang dah tahu dan up to date dengan benda-benda tu, biasanya diorang ni diam je tak kecoh-kecoh kat umum. Mereka berkomuniti di kalangan mereka sendiri sahaja.

3. Sebab benda macam ni tak perlu tryhard nak explain sangat. Takde keperluan pun nak sebarkan kepada normies yang lain. Yang tahu je tahu. Kalau tak tahu, sila cari sendiri di internet.


Sabtu, 26 Mac 2022

0 Sains pada mereka VS Sains yang sebenar-benarnya

Inb4 saintis penipu sains dajjal agenda yahudi.


Ahad, 20 Jun 2021

0 Buasir Otak TV: Learn The Solar System with AMOGUS

Let's learn the Solar System and Planets with AMOGUS

 


Ahad, 6 Jun 2021

0 Buasir Otak TV: Learn The Alphabet with AMOGUS

Let's learn the alphabet with AMOGUS.


Isnin, 31 Mei 2021

1 Buasir Otak TV: Bila ada kawan Sus

Bila kau ada seorang kawan yang Sus atau mencurigakan. Jom tonton animasi ini.


Sabtu, 3 Oktober 2020

0 Buasir Otak TV: Animasi Mipan Zuzuzu Zuzuzu

Juri pening kepala bila peserta menyanyi lagu Mipan Zuzuzu Zuzuzu dalam pertandingan nyanyian. Jom tonton video animasi ini.


Khamis, 11 April 2019

8 Benda boleh gaduh buat apa bincang?

1. Masyarakat di Malaysia ni ada pelbagai kaum, agama, negeri dan status.

2. Walaupun kita banyak perbezaan, ada ego masing-masing, selalu bergaduh sampai tahap macam boleh putus saudara, tapi sebenarnya kita ini baik, dan saling memerlukan antara satu sama lain.

3. Ada banjir di Kelantan, satu Malaysia turun bantu. Ada pencerobohan di Sabah, satu Malaysia turun bantu. Ada pencemaran di Johor, satu Malaysia turun bantu. Ada orang hilang di Perak, satu Malaysia turun bantu.

4. Kalau tak bantu dengan tenaga fizikal pun, pasti akan menghulurkan sumbangan wang ringgit dan barang kelengkapan harian serta doa. Perbezaan negeri semua letak ketepi, yang penting masalah dapat selesai.



Isnin, 25 Disember 2017

2 Kisah bola keranjang dalam HOPS: The Redemption

Seorang pemuda terserempak dengan sekumpulan kanak-kanak yang sedang bermain bola keranjang di sebuah taman, mengingatkannya semula sebuah memori silam ketika di zaman sekolah menengah yang sudah lama dia lupakan.

Apakah sebenarnya memori silam itu? Adakah sebuah memori manis atau pahit? Apakah yang sebenarnya yang terjadi kepadanya ketika di sekolah menengah?



Ahad, 24 Disember 2017

1 Kisah bola keranjang dalam HOPS: The Legacy

Mengisahkan tentang seorang pemuda yang tidak dikenali memberi tunjuk ajar kepada kanak-kanak Tahun 3 yang dibuli oleh kanak-kanak Tahun 5, cara dan teknik bermain bola keranjang untuk mengalahkan pembuli mereka.

Apakah yang bakal berlaku? Siapakah yang akan memenangi perlawanan ini? Adakah kumpulan pembuli atau kumpulan yang dibuli yang akan menang?



Isnin, 20 November 2017

2 Kisah bola keranjang dalam HOPS: The Beginning

Sebuah cerita lama yang mengisahkan tentang seorang pemain bola keranjang sekolah yang juga pelajar Tingkatan 3 di sebuah sekolah berasrama penuh bertemu dengan seorang pelajar junior Tingkatan 1 yang berbakat sehingga tercetusnya satu perlawanan bola keranjang 1 lawan 1 yang epik di antara mereka.

Apakah yang bakal berlaku? Siapakah yang akan memenangi pertembungan epik ini?



Jumaat, 10 November 2017

0 Perlumbaan epik demi merebut gelaran Raja Drift

Teknik drift atau meluncur menggunakan kereta adalah satu teknik pemanduan yang popular dalam dunia permotoran dan perlumbaan bermotor. Biasanya teknik drift dilakukan ketika mahu masuk ke selekoh, di mana kereta akan meluncur dengan tayar belakang menggelincir dan badan kereta menyenget untuk masuk ke selekoh sambil mengekalkan kawalan kereta dan kelajuan output yang tinggi.

Ada lagenda dalam sukan permotoran bawah tanah di mana terdapat seorang perempuan yang sangat hebat dalam teknik drift sehingga beliau digelar Raja Drift. Lama memegang gelaran itu, muncul seorang pemuda ingin mencabar Raja Drift tersebut dalam sebuah perlumbaan kereta demi untuk merampas gelaran tersebut.

Berjayakah pemuda itu dinobatkan sebagai Raja Drift yang baru?



Jumaat, 15 Januari 2016

15 Siapa Rashid dan asal usul Jadilah Seperti Rashid

Ini Rashid. Rashid buat ini, Rashid buat itu, tapi Rashid tak macam ni, Rashid macam tu. Rashid bijak. Jadilah seperti Rashid.

Masalahnya siapa si Rashid ni? Apa masalah dia asyik nak suruh orang ikut dia je? Menteri pun takde suruh orang ikut jadi macam dia.



Sabtu, 31 Oktober 2015

6 Carte Blanche: Komik paling menyayat hati abad ini

Tahun 2105...

3/4 daripada bumi telah musnah akibat perang dunia ke-4 yang berlaku 10 tahun yang lepas mengakibatkan krisis kemanusiaan yang terburuk pernah berlaku dalam sejarah peradaban manusia.

Bagi mengelakkan tragedi ini daripada berulang lagi, pemerintah-pemerintah dunia telah mewujudkan sebuah permainan hidup dan mati iaitu “Carte Blanche”.

Ahad, 1 Februari 2015

21 Pengharaman penggunaan meme Datuk Jackie Chan

Bintang antarabangsa dan pelakon Hong Kong, Chan Song Kang atau Jackie Chan kini bergelar Datuk selepas menerima Panglima Mahkota Wilayah (PMW) pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan, pagi tadi. Chan, 60, adalah antara 356 penerima darjah kebesaran bintang dan pingat sempena Hari Wilayah.

Memandangkan Jackie Chan telah bergelar Datuk, maka dengan ini semua penggunaan meme Jackie Chan adalah diharamkan sama sekali kerana dikhuatiri akan menyinggung perasaan Datuk Jackie Chan.