Sebuah bas ekspress ulang alik yang dinaiki 53 orang terhumban ke dalam gaung sedalam 60 meter di Kilometer 3.6 Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur ketika menuruni Genting Highlands semalam kira2 jam 2.45 petang sehingga menyebabkan trafik menjadi sesak teruk. Operasi mencari dan menyelamat telah dilakukan oleh kira2 450 anggota termasuk bomba, polis dan Jabatan Pertahanan Awam terpaksa menggunakan kren, pengusung, tali dan unit anjing K9 untuk mengesan dan mengeluarkan mangsa. Seramai 37 orang (25 lelaki dan 12 perempuan / 32 Cina, 3 India dan 2 Melayu) termasuk pemandu bas disahkan terkorban manakala 16 orang cedera dengan 14 daripada mereka dilaporkan kritikal. Mereka yang cedera kini dirawat di Hospital Selayang (lapan), Hospital
Kuala Lumpur (HKL) lima, Hospital Sungai Buloh dan Hospital Bentong
masing-masing dua mangsa.


