Selasa, 8 Julai 2014

18 Plagiat, ciplak dan cetak rompak sudah jadi budaya

BUKAN mahu menyalahkan mana-mana pihak, tetapi siapa tidak marah dan terkilan bila hasil kerja sendiri dirompak dan diguna sewenang-wenangnya oleh pihak yang tidak bertangungjawab.

Itulah luahan hati seorang jurugambar, Nixon Lim yang mendakwa gambar beliau telah diguna pakai dalam laman sesawang Universiti Sains Malaysia (USM) sejak tujuh bulan lalu tanpa kebenaran atau persetujuan hitam putih antara dua pihak.



14 Usaha macai yang tidak dihargai pemimpin

Selepas panglima bazaar Ramadhan bersusah payah memperjuangkan kesucian bazaar Ramadhan pada minggu lepas, nampaknya usaha mereka hanya sia2 setelah Ketua Pemuda UMNO Kluang, Datuk Khairul Anwar Rahmat menyelar tindakan panglima2 ini yang menghalau Ahli Parlimen Kluang dari DAP itu kerana tiada surat kebenaran untuk memberi derma buah kurma, malah beliau turut menjemput Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong untuk sama-sama melawat bazar Ramadan di Bandar Kluang dan bersama2 mengedar buah kurma dan bubur lambuk kepada pengunjung. Kasihan para panglima, kejayaan mereka menghalau cina cauvanis langsung tidak dihargai.



Isnin, 7 Julai 2014

25 Kejayaan anak kelahiran Malaysia Boleh!

Seorang anak kelahiran Malaysia yang berketurunan mamak Pulau Pinang daripada seorang penjual jalanan telah berjaya membuka restoran di ibu pejabat Twitter di San Francisco, US. Malah lebih membanggakan lagi, seorang anak kepada ibu Melayu kelahiran Malaysia telah berjaya mengalahkan pemain no. 1 dunia dalam kejohanan Wimbledon!

Siapa kata orang Malaysia tidak hebat?
Siapa kata orang Melayu tidak hebat?
Malaysia Boleh!



Ahad, 6 Julai 2014

17 Ke arah mewujudkan pengemis dan gelandangan sifar

Pemberi dan peminta sedekah bakal berdepan hukuman seperti denda apabila undang-undang berkaitan kegiatan mengemis di ibu negara diperketat, kata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau berkata langkah itu akan dilaksana di beberapa tempat tumpuan bagi mengurangkan budaya meminta sedekah yang mencemar imej ibu negara.


Jumaat, 4 Julai 2014

25 Mana lebih sakit, ditipu Melayu atau Cina?

Pernah aku berbual dengan seorang kawan (atau kenalan) yang benar2 ultra melayu yang juga seorang penyokong kuat UMNO (atau boleh aku cakap macai). Dekat wall Facebook dia penuh dengan status dan link2 pasal politik, malah kadang2 benda yang fitnah dan tak betul pasal pembangkang pun dia main share je. Boleh kata setiap hari kalau tak cakap pasal politik memang tak sah.



Khamis, 3 Julai 2014

15 Apa hukum merakam gambar sendiri atau Selfie?

"Sebelum apa-apa kita 'selfie' dulu", itu antara dialog yang sering didengar dan menjadi kebiasaan peminat 'selfie', fenomena baharu yang menjadi trend masa kini masyarakat, khususnya kalangan Gen Y dan Gen Z.

Hanya dengan menggunakan telefon pintar atau kamera web yang dilengkapi aplikasi Internet, pengguna boleh 'selfie' dan terus memuat naik gambar ke laman sosial seperti Instagram, Facebook dan Twitter.

'Selfie' merujuk kepada perbuatan mengambil gambar sendiri menggunakan telefon pintar untuk dimuat naik ke laman sosial.



48 Pejuang Melayu pertahan kesucian pasar Ramadhan

Nampaknya sekali lagi para pejuang Melayu dan Islam telah berjaya menyekat kemaraan Cina DAP daripada terus mencemar kesucian pasar Ramadhan. Mereka ini nama sahaja wakil rakyat, tapi takkan tak tahu mereka tak boleh masuk ke bazaar Ramadhan sesuka hati tanpa bawa surat kebenaran? Pulak tu kalau sekadar nak beli murtabak tu takpe lagi, ini siap nak bagi sumbangan kurma, agak2lah. Tahniah kepada para pejuang Melayu terutama abang baju biru dan merah tu kerana telah berjaya mempertahankan ketuanan bangsa Melayu dan kedaulatan Islam daripada terus dipijak Cina cauvanis.



Rabu, 2 Julai 2014

17 Minda masyarakat yang semakin reput dan korup

Sebuah terowong bawah tanah yang dalam pembinaan runtuh apabila tanah ditapak pembinaan itu mendap di simpang empat Jalan Imbi. Jurucakap Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata akibat kejadian pada pukul 10.30 pagi itu, laluan di Jalan Imbi terjerlus sepanjang 19 meter tetapi tiada kemalangan jiwa dilaporkan.



23 Punca ranking universiti tempatan semakin menurun

Kejatuhan Malaysia dalam ranking universiti awam global berterusan, kali ini dalam Times Higher Education Asia University 2014 yang dikeluarkan hari ini di mana tiada universiti tempatan masuk dalam senarai 100 terbaik.

Lima universiti yang masuk dalam senarai 10 universiti Asia terbaik adalah – Jepun, Singapura, Hong Kong, Korea Selatan dan China. India meningkat kedudukannya apabila 10 daripada institusinya masuk dalam senarai 100 terbaik berbanding hanya tiga tahun lalu.


Selasa, 1 Julai 2014

85 Cabaran peniaga Cina halang produk Melayu berjaya

Mungkin aku duduk dalam gua, atau aku tak pernah rasa nak tukar syarikat telco line handphone aku kerana setakat ini perkhidmatannya tak pernah mendatangkan masalah pada aku, so disebabkan itu aku tak pernah tahu pasal kewujudan syarikat telco Altel ini. Aku tahu pun baru2 ni je bila cerita kisah benar cabaran cina halang produk melayu berjaya yang dikongsikan di fanpage Boikot Barangan Cina Dap ORI menjadi viral.