Seorang remaja yang baru mengambil keputusan kemasukan ke universiti awam (UPU) minggu lepas datang berjumpa aku, bertanyakan pandangan aku tentang tawaran yang diterimanya. Remaja ini ketika sekolah menengah berasal dari aliran sains, masuk matrikulasi pun aliran sains, namun ditawarkan jurusan yang lari jauh dari aliran sains iaitu Ijazah Sarjana Muda Komunikasi, iaitu pilihannya yang ke-10 ketika dia mengisi borang UPU.









