Isnin, 25 November 2019

0 Buasir Otak TV: Percintaan jarak jauh

Cerita ini mengisahkan tentang sepasang kekasih yang terpaksa berpisah kerana salah seorangnya ingin menyambung belajar ke luar negara. Bukan mudah untuk bercinta jarak jauh kerana memerlukan pengorbanan, kepercayaan dan kejujuran yang tinggi.

Bagaimanakah kesudahan hubungan mereka? Berjayakah mereka mengekalkan hubungan mereka? Jom tonton kesudahannya video animasi ini.



Jumaat, 22 November 2019

2 Buasir Otak TV: Sembang memang senang

Cakap memang senang. Semua orang boleh sembang. Semua orang boleh kritik. Semua orang boleh kecam. Semua orang boleh kutuk. Semua orang boleh cakap macam bagus. Tapi bila kena buat baru tahu senang tak senang nak buat. Jom tonton video animasi ini.



Selasa, 19 November 2019

0 Buasir Otak TV: Kena friendzone

Cerita tentang seseorang yang mempunyai perasaan terhadap rakan baiknya kerana sering memberikan harapan dan semangat padanya, memberanikan diri untuk meluahkan perasaannya. Apakah kesudahannya? Jom tonton video animasi ini.



3 Gagal baca sentimen rakyat punca PH hilang sokongan

1. Pilihan Raya Kecil Tg Piai telah melaburkan tirai dengan kemenangan besar berpihak pada calon MCA (BN) dan calon PPBM (PH) pula gagal mempertahankan kerusi.

2. Selepas PRU14 setakat ini sudah ada 9 kali PRK peringkat DUN dan Parlimen. 7 daripadanya mengekalkan kerusi, manakala 2 lagi kerusi bertukar tangan dari PH ke BN.

3. Zaman kerajaan BN dulu pembangkang selalu berkata, "Orang bagi kita ambil, tapi masa undi pangkah lain". Nampaknya kali ni pulang paku buah keras pula apabila kerajaan PH dah gula-gulakan dengan macam-macam projek di Tg Piai tapi penduduk tetap undi lain.

4. Kekalahan ini membuatkan ahli PH menuding jari sesama sendiri. Ada juga yang sore loser dah kalah lagi mau merengek-rengek kutuk pemenang, tak kurang juga yang ejek PAS.



Isnin, 18 November 2019

3 Gaji Youtuber dan Instafamous lebih besar dari doktor?

 1. Aku ada terbaca dulu seorang rider meluahkan rasa tak puas hati pada Youtuber yang pendapatannya RM12K sebulan.

2. Katanya dia kerja penat-penat jadi rider sana sini hantar barang hantar makanan tapi upah sikit je dapat.

3. Youtuber pula yang cuma edit-edit video depan komputer tak perlu keluar peluh perah keringat dapat beribu, berpuluh dan beratus ribu sebulan.

4. Begitu juga ada yang membandingkan pendapatan pekerjaan profesional seperti doktor dan jurutera yang lebih kecil berbanding pendapatan Instafamous atau Youtuber popular.



Ahad, 17 November 2019

2 Menangani isu pemandu mabuk yang semakin membarah

1. Minggu ini sahaja beberapa kes pemandu mabuk langgar orang atau kenderaan lain hingga mengakibatkan kecederaan parah dan kematian. Kalau campur satu bulan atau satu tahun mau beratus kes dah.

2. Walaupun dah termaktub pun dalam undang-undang menjadi suatu kesalahan memandu dalam keadaan mabuk, tapi ramai yang masih tak peduli. Mungkin kurang kesedaran, atau pentingkan diri, atau ada kelemahan dalam penguatkuasaan, aku tak tahu.

3. Yang aku tahu, banyak nyawa dah melayang disebabkan kebangsatan orang lain. Jadi aku harap sangat pihak berkuasa yakni kerajaan mengambil langkah yang sangat serius dalam mencegah isu ini dari berulang banyak kali.



Sabtu, 16 November 2019

0 Buasir Otak TV: Kisah di sebalik lagu Mimpi

Bak lagu K-Clique, hidup ini kadang-kadang bagai mimpi, apabila perkara yang selama ini hanya impian, akhirnya menjadi nyata dan realiti. Jom tonton video animasi ini.



Jumaat, 15 November 2019

0 Perang antara generasi abad ke-21 tiada kesudahan

1. Artikel "Lambakan Pelapis Muda Instafamous Untuk Masa Hadapan" aku sebelum ini mengundang banyak respon. Ada yang setuju trend instafamous di kalangan generasi muda membimbangkan, ada yang tak setuju aku menghentam generasi muda. Kena faham artikel aku itu bukanlah semata-mata meletakkan kesalahan pada generasi muda, sebaliknya menyeru generasi tua untuk sama-sama untuk saling mengingat dan menanam pemikiran dan mentaliti yang betul pada generasi anak-anak kita.

2. Jadi artikel kali ini berkisarkan tentang perang antara generasi di abad ke-21. Tiada satu takrifan rasmi yang menyatakan lingkungan umur sebenar bagi satu-satu generasi, namun antara yang biasa digunakan adalah seperti berikut:
  • Generasi sebelum Baby Boomer (Silent/Greatest/Interbellum): Lahir sebelum tahun 1925 
  • Generasi Baby Boomer: Lahir antara 1946 - 1964 
  • Gen-X / Baby Bust: Lahir antara 1965 - 1979 
  • Gen Xennials (Peralihan Gen-X/Y): Lahir antara 1975 - 1985 
  • Gen-Y (Millenials): Lahir antara 1980 - 1994 
  • Gen-Z (Zoomer): Lahir antara 1995 - 2012 
  • Gen Alpha: Lahir antara 2013 - 2025


Khamis, 14 November 2019

0 Buasir Otak TV: Teknik rahsia cepat naik pangkat

Dalam sketsa ini ditunjukkan tips, cara, kaedah dan teknik rahsia untuk cepat naik pangkat dalam pekerjaan. Jom tonton video animasi ini.



2 Lambakan pelapis muda Instafamous untuk masa depan

1. Semalam nampak anak jiran darjah 6 kat depan rumah main tengah main phone sambil ulang-ulang lagu K-Clique, jadi aku pun sembang dengan dia.

2. Dia cakap dia suka betul dengan K-Clique, lirik lagu rap semua dia hafal. Siap dia tunjuk kat Instagram dia gambar dia dengan seorang ahli K-Clique jumpa kat mana ntah masa diorang buat show.

3. Pastu dia pun dok puji dan bangga-bangga dengan K-Clique. Walaupun aku agak cringe, tapi aku layankan je lah dah itu budak zaman sekarang minat. Karang sembang pasal scene muzik zaman 90-2000'an nanti kena "Ok Boomer" pulak walaupun aku sendiri pun early Millenials bukan Baby Boomers.

4. Kemudian dia bukak pulak cerita pasal Instagram, dia bangga K-Clique banyak followers. Dia cakap juga dia ada abang sepupu instafamous ada 400K followers kat IG. Lepas tu dia suruh aku follow IG dia.