Rabu, 11 Mac 2020

1 Buasir Otak TV: Kawan baru VS Kawan baik

Bila kau perkenalkan kawan baru pada kawan baik kau, lepas tu kawan baru kau rampas kawan baik kau. Jom tonton animasi ini.



1 Channel Youtube pembelajaran dalam bahasa tempatan

1. Kat Youtube ada beberapa channel Malaysia yang berbentuk pendidikan dan pembelajaran. Antaranya channel Ajar, Berani Buat, ML Studios, Amanz dan sebagainya yang kandungannya berkisar tentang teknologi, sains, matematik, kejuruteraan, komputer, perubatan dan sebagainya.

2. Menariknya channel-channel ini adalah ia menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Bila mereka menggunakan BM, maka ramailah orang-orang Malaysia terutamanya orang Bumiputera yang tonton. Macam channel Buasir Otak TV pun dalam BM juga tapi channel tu banyak animasi lucu dan komik jelah hehe.



Selasa, 10 Mac 2020

1 Kabinet Malaysia 2020 Kerajaan Perikatan Nasional

1. Tamat sudah teka teki siapa yang menerajui Kerajaan Malaysia selepas runtuhnya kerajaan Pakatan Harapan dan diambil alih oleh Perikatan Nasional. Jumlah menteri dan timbalan menteri kabinet yang diketuai oleh Perdana Menteri TS Muhyiddin Yassin berjumlah 70 orang kesemuanya. Saiz kabinet Kerajaan PH yang lepas mempunyai 55 orang.

2. Ini bermakna lebih banyak wang kerajaan yang perlu diperuntukkan untuk menbayar gaji menteri. Aku harap dengan bertambah banyaknya jawatan menteri/timbalan menteri, produktiviti, prestasi dan pencapaian kementerian dan kerajaan pun meningkat, barulah berbaloi dengan peruntukan yang dibelanjakan untuk membayar gaji-gaji mereka.


Isnin, 9 Mac 2020

0 Buasir Otak TV: Maafkan saya, abah

Mengisahkan seorang lelaki yang sudah lama tidak pulang ke rumah, pergi melawat bapanya yang berada di penjara kerana terlibat dengan dadah. Kini bapanya yang sangat dibenci sudah pun menyesal, namun bolehkah dia menerima bapanya semula? Tonton kisah sepenuhnya dalam video animasi ini.


Sabtu, 7 Mac 2020

0 Buasir Otak TV: Siapa dia? Aku tak undi dia

Bila bos buat undian dalam mesyuarat tetapi dibantah oleh salah seorang pekerjanya. Parodi Siapa dia? Aku tak undi dia. Aku tak vote dia, oleh akak Super Ring. Jom tonton animasi ini.



Khamis, 5 Mac 2020

0 Buasir Otak TV: Hidup tanpa mereka, tanpa kita

Pernah tak kau bayangkan, kau sering bersama dengan seseorang yang sangat dekat dan rapat dengan kau, namun pada keesokan harinya, tiada lagi orang itu... buat selama-lamanya?

Tonton kisah sepenuhnya dalam video animasi ini.



Rabu, 4 Mac 2020

0 Buasir Otak TV: Cakap Jepun lepas tengok anime

Bila kawan weaboo fanatik anime yang acah-acah jadi orang Jepun tiba-tiba cakap bahasa Jepun secara rambang dengan kau lepas dia tonton anime. Jom tonton animasi ini.


Selasa, 3 Mac 2020

0 Buasir Otak TV: Wasiat peninggalan ibu

Seorang anak yang jarang pulang ke kampung, secara tiba-tiba kembali untuk menjaga ibunya yang sakit, hanya demi untuk mencuri gelang emas ibunya.Tonton kisah sepenuhnya dalam video animasi ini.



Ahad, 1 Mac 2020

2 Buasir Otak TV: Perempuan mata duitan

Bila kau tak kaya tapi awek kau mata duitan, mungkin perpisahan adalah jalan terbaik. Jom tonton animasi ini.



1 Kejatuhan Kerajaan PH dan kebangkitan Kerajaan PN

1. Akhirnya penantian selama seminggu terjawab. Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai PM ke-8.

2. Ramai yang gembira, ramai juga yang tak gembira. Walau apa pun perasaan korang, YDP Agong dah buat keputusan, jadi tolong hormat keputusan itu.

3. Jangan sesiapa lepas ni heret rakyat untuk membantah, protes, berdemo dan sebagainya. Benda ni terjadi bukan kerana rakyat pun tapi kerana ketamakan dan kebobrokan korang semua sendiri ahlul-ahlul politik. Jadi sila tanggung dan selesaikan sendiri.