Sabtu, 30 Jun 2012

29 Beza sebuah program angkasa lepas

Perbezaan program angkasa lepas China dan Malaysia.




Jumaat, 29 Jun 2012

8 Alasan yang dangkal untuk bercerai

Bila berkahwin rasanya semua orang nak hidup bahagia dan bersama pasangan hingga ke akhir hayat. Siapa yang mahukan perkahwinan tu separuh jalan. Tau tak last year statistik menunjukkan 27,000 pasangan Islam bercerai mcm aku cerita kat entry sebelum ni, dan aku dah tulis pasal pentingnya bakal suami isteri yang nak kawin tu persiapkan diri dan tahu peranan masing2 bila dah jadi suami isteri. Tapi banyak pasangan ni yang disebabkan pelbagai faktor yang datang daripada mereka sendiri maka berlakulah penceraian. Namun aku memang tak boleh terima alasan2 macam ni dijadikan alasan untuk bercerai.

Saya tak sanggup lagi mendengar tohmahan masyarakat yang menuduh dan menghina suami sebagai dayus. Fitnah juga tidak putus-putus melanda rumah tangga kami hingga hubungan kami suami isteri tidak lagi seperti dulu. Jadi, pada masa ini perceraian adalah penyelesaian terbaik untuk kami.
. . . 
Suami saya sangat penyayang dan ayah yang terlalu baik kepada anak kami. Jadi saya tak rela lagi melihat reputasi suami saya terus terjejas dengan kemelut kontroversi saya sehingga memberi tempias ke atas dirinya.
Kami cuba menyelamatkan perkahwinan ini dengan berbincang dan mencari pelbagai jalan penyelesaian, tapi ia masih gagal. Kami juga pernah mendapatkan khidmat kaunseling, namun tetap gagal.
. . .
Untuk semua di luar sana, saya ingin tegas bahawa inilah bahaya fitnah. Mungkin kepincangan yang berlaku dalam perkahwinan kami selama ini salah saya sendiri.
Saya akur dengan kelemahan diri dan akan cuba memperbaikinya. Saya juga berharap satu hari nanti suami saya akan bertemu dengan wanita yang lebih baik dalam hidupnya.
Rumusan dia lebih kurang macam ni la "Saya nak mintak cerai kerana saya ni jahat, selalu menimbulkan fitnah orang, suami saya ni seorang suami dan bapa yang baik, tapi terlalu baik untuk saya, saya tak sanggup dia dikutuk kerana perbuatan saya. Semoga lepas cerai dia akan dapat wanita yang lebih baik dari saya".


Kalau bak kata kau suami kau tu lelaki yang baik, habis kenapa minta cerai? Lain la kalau lelaki kau jenis jahat kaki judi kaki arak balik mabuk pukul anak bini kikis harta bini pergi main dengan pelacur, memang patut pun mintak cerai. Punya la ramai orang perempuan yang impikan seorang suami yang baik, tapi kau pulak nak mintak cerai? Kenapa lelaki baik selalu jadi mangsa? Ke orang perempuan ni memang suka pada lelaki yang jahat?

Kalau dah tahu masalah berpunca dari kau dan selalu je menimbulkan fitnah, kenapa ambil penyelesaian untuk bercerai? Kenapa tak ambil penyelesaian untuk berubah, muhasabah diri, perbaiki diri, berusaha untuk menjadi seorang isteri yang baik, taat pada suami, jaga perbuatan untuk menjaga maruah suami dan berhenti daripada membuat perkara2 yang boleh mengundang fitnah. Dah 28 tahun kut rumahtangga kau ni, anak pun dah besar2. So kiranya kalau ikut logik kau bila dah bercerai tu kira dah bebas lah ye, kira dah tak payah la nak susah2 berubah dan perbaiki diri, boleh berpoya2 dengan orang lain dan continue buat benda2 yang terus menerus mendatangkan fitnah dengan alasan aku bukan lagi isteri orang?

Tapi sang suami pun bagi alasan mengarut jugak - "Saya lepaskan kerana dia tak bahagia". Habis tu tak boleh nak ubah diri untuk bahagiakan isteri sendiri? Ke sebab diri sendiri nak cari kebahagiaan sendiri dengan orang lain? Kalau2 diri sendiri ada kesilapan diri kat mana2 tu, kenapa tak boleh nak berubah demi agama, isteri dan anak2?


Aku percaya benda macam ni bukan berlaku kat dia ini seorang, tapi ramai lagi pasangan di luar sana yang selalu memberi alasan2 bodoh dan dangkal untuk bercerai padahal yang sebenarnya ada agenda tersembunyi sebab tu beria2 mintak cerai walaupun suami atau isteri tu sikit punya baik. Kadang2 sebab salah seorang tak nak berubah dan tak nak faham tanggungjawab merekalah ada orang yang kahwin cerai sampai 2 3 kali. Mungkin ramai ingat yang perkahwinan ini hanya tuntutan dunia tapi terlupa bab tuntutan akhiratnya. Tak tahu apa sebenarnya yang hendak dicari dalam hidup orang2 seperti ini.

Kalau nak baca lagi kisah orang2 kat atas tu baca sendiri la kat sini dan sini.


tags: kahwin cerai penjelasan raja azmi isteri jalani sidek datin  zaleha roslin hashim fitnah kontroversi curang skandal suami terlalu baik sayang anak cinta 100 ela filem gay lbgt transeksual anu dalam botol black widow wajah ayu haru biru berita harian metro artis selebriti sasha saidin salyo priyanto enggan dedah punca beautiful nara badminton


10 Watak Kegemaran saya- Buasir Otak









Gambar Sebenar Saya

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0629&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm 

Watak kegemaran Saya adalah buaya dalam siri animasi Finas masa saya kecik-kecik dahulu.
Saya suka watak Buaya sebab saya pun macam buaya, suka makan, berlingkar di atas pasir , sunbasking sambil mengangakan mulut. Tapi kalau bab awek , saya tak buaya ok.

Lagi satu saya boleh buat suara buaya tersebut...Tolong...Tolong....(gaya tersendiri)

Lagi...

APA?

Saya tak boleh masuk contest?

Ini tidak adil.....en, Noob memang seorang douchebag...**hole...dan sebagainya.

JILAKAK!!!!!!!!!!!!!!!




Khamis, 28 Jun 2012

59 Sila pilih antara Najib atau Anwar

Baru2 ini tersebar gambar Altantuya Shaariibuu di Perancis di blog2 Pro-Pakatan. Bagi kebanyakan penyokong PKR, PAS dan DAP, mereka memang sangat percaya yang Najib Razak pernah mempunyai skandal dengan Altantuya dan meletupkannya dengan bom C4 atas kes pembelian kapal selam Scorpene. Orang2 UMNO mengatakan ia suatu fitnah yang jahat. Manakala rata2 kebanyakan penyokong UMNO pula, mereka memang sangat percaya yang Anwar Ibrahim pernah liwat Sukma, Saiful Bukhari dan juga percaya yang video Anwar dengan China Doll itu adalah benar. Mereka juga mempercayai Anwar pernah ada skandal dengan isteri Azmin Ali iaitu Shamsidar. Orang2 PR mengatakan ia suatu fitnah yang jahat.



Rabu, 27 Jun 2012

26 Pekerjaan yang susah nak kaya

Kat Malaysia ni kerja paling selamat dan secure adalah kerja dengan gomen. Sebab tu berjuta2 permohonan kat laman web SPA. Tapi di negara kita cara untuk jadi kaya tak banyak. Untuk seseorang itu menjadi kaya, dia mestilah samada dah dilahirkan sebagai anak raja, orang kaya, datuk, menteri, ataupun berniaga sendiri, kalau dapat projek gomen juta2 lagilah cepat kaya, ataupun scam orang ramai dengan skim MLM. Itu sahaja. Kalau kerja makan gaji kat gomen ke, swasta ke, nak hidup senang sikit tu boleh la tapi nak jadi kaya tu susah sikit.



Selasa, 26 Jun 2012

26 Apabila blogger masuk paper

Amanz.my merupakan sebuah blog teknologi di Malaysia yang paling top. Kat Amanz.my mereka selalu update berita2 pasal teknologi Internet, review gajet2 terkini seperti Notebook, Komputer, Tablet, Smartphone, etc serta macam2 lagi pasal dunia pengkomputeran dan IT. Cuma aku agak kecewa sebab tak banyak cover berita2 pasal dunia game terutama konsol game seperti PS, Xbox, Wii, etc. Kalau ada pun sikit2lah pasal PC dan phone game. Mungkin diorang kena bagi aku jadi penulis jemputan untuk menulis info2 pasal game. Blog Amanz ni jugak antara blog yang agak bersih, so kalau korang troll mengarut2 kemungkinan besar komen anda akan dipadam macam yang aku selalu kena.



17 Anugerah bodoh oleh pro-LBGT

Kadang2 sebab kita benci sangat kat seseorang tu, kita terus je suka dan sokong kalau ada orang lain memburuk2kan orang yang kita benci tu, tapi dalam tak sedar orang yang buruk2kan orang yang kita benci tu lagi teruk dari orang yang kita benci.



Isnin, 25 Jun 2012

25 Jangan pandang ke timur sangat

Tun Mahathir cakap Dasar Pandang ke Timur masih relevan. Negara timur yang dimaksudkan adalah Jepun dan Korea. Bab2 disiplin, etika kerja dan semangat patriotisme tu aku setuju sangatlah kalau kita belajar dan mencontohi mereka, tapi bab kebudayaan tu kureng sikit termasuk la dengan tabiat2 mereka yang kalau boleh jangan diikut sekali.



Sabtu, 23 Jun 2012

12 Mendefinasi budaya dan warisan

Apa sebenarnya yang boleh diistilah sebagai budaya dan warisan kita? Mungkin kena rujuk laman web Jabatan Warisan Negara dan Portal Pusat Maklumat Rakyat kalau nak tahu lebih lanjut. Selain daripada tu apa lagi yang boleh dan tidak boleh dikatakan sebagai budaya kita?



Jumaat, 22 Jun 2012

28 Gila banyak pasangan bercerai

Gila... tahun 2011 yang lepas saja ada 27,000 pasangan suami isteri Islam bercerai. Secara purata ada 74 pasangan bercerai setiap hari bersamaan 3 penceraian setiap 1 jam. Dan seperti politikfags yang lain, nak salahkan sape benda ni berlaku BN ke PR?