Isnin, 17 Disember 2012

109 Kisah awek di sebuah arked game

Hari cuti semalam, seperti biasa aku mengunjungi pusat membeli belah berdekatan rumah untuk membuat windows shopping sambil cuci mata. Dan seperti biasa, setiap kali aku pergi shopping complex, aku takkan lupa untuk singgah di Pusat Permainan Keluarga (dulunya hanya dikenali sebagai kedai arcade game) untuk menghabiskan msa bermain game2 lama kegemaran aku seperti Daytona USA, King of Fighter, Marvel VS Capcom, Raiden, Street Fighter, Time Crisis dan lain2 serta game2 baru seperti Tekken 6, Initial D, DrumMania, GuitarFreaks dan lain2. Sekali pergi arcade biasa mesti habis dalam 20 30 ringgit lepas gian.


Nak dijadikan cerita, masa aku tengah nak main Daytona tu, lepas masuk token dan pilih mode Advanced, tetiba ada seorang awek duduk beberapa mesin dari aku join masuk. Dalam hati aku, alamak kacau daun betul, mesti dia nak pilih mode Beginner ni, main pun gear Automatic. Sekali rupa2nya dia pilih Advanced, dan pilih gear Manual. Aku pun sedikit impressed, hmmm boleh tahan juga awek ni. Lepas tu start race, ada 4 orang semuanya yang join race tu. Lepas habis aku dapat no. 2, aku bangun tengok awek tu dapat no. 1. Damn... ini pertama kali aku dikalahkan main Daytona oleh seorang awek.


Aku pun try perhati awek tu dari jauh. Rupanya tak la cun mana, tapi manis dan comel la jugak. Kulitnya cerah, solekan tak begitu tebal, pakaian pun tak vogue mana, pakai tudung putih, just sempoi2 gitu. Kemudian dia duduk kat mesin DrumMania pegang drum stick, dalam hati aku minah ni bajet main suka2 saja, ketuk drum tu pun mesti kelam kabut. Sekali dia select speed 2.5, main hebat nak mampus, dapat result A lagi tu. Serius saat itu aku speechless gila. Tak sangka wujud awek melayu yang hebat gila main game arked yang selama ini aku ingat hanya wujud dalam fantasi sahaja.


Habis sahaja dia main, aku cuba mendekati dia, ingat nak tegur, dalam kepala otak aku masa tu dah mula berangan macam2 mana tau boleh berkenalan ke, kalau langkah kanan mula2 dapat jadi kenalan dulu ke, lepas tu kawan ke, lepas tu teman rapat ke, lepas tu awek ke, lepas tu bini ke... sekali muncul seorang lelaki berbadan gempal bercermin mata dari belakang seraya berkata, "Bi dah habis main ke? Jom gerak balik.", "Ok bang...".

Saat itu juga fantasi aku musnah... nampaknya impian nak cari awek gamer masih lagi belum kesampaian, kalau ada pun mesti dah berpunya.


Notakaki: Sapa2 kaki game sila tonton filem animasi Wreck-It-Ralph, serious memang best. Banyak watak2 game jadi cameo dalam filem ni. Bagi aku movie ni adalah Animated Film of The Year.





tags: kisah kejadian video game arcade kedai game arked pusat hiburan keluarga family entertainment sega satellite universe capcom sg wang times square low yatt plaza perempuan gadis wanita awek gamer girl kaki game cun comel manis mata bulat besar console konsol ps nes snes playstation xbox 360 nintedo wii genesis dreamcast neo geo konami street fighter kof namco dah ada pakwe boyfriend bf suami laki balak movie film filem animasi animation of the year wreck it ralph review summary rumusan trailer direct download torrent

109 ulasan:

  1. hahaha..! as usual, aku akan cakap lagi, gi comic fiesta!

    tapi in the same time jangan la letak standard kat awek yg ko nak noob, just like her and accept her as she is, tak kesah la dia suka kumpul pinggan mangkuk ke ape ke

    BalasPadam
    Balasan
    1. LoL hime...pinggan mangkuk from china ka italy? XD

      Padam
    2. Lol.. tak. yang jenis pergi 'tupperware party'.
      Pe kejadah tu?
      XD

      Padam
    3. Nak awek yang baling pinggan made in china ker awek yang lempar grenade mcm dalam game?

      Geram jer test bazuka kat kereta. Ah~ itu sgt heaven kalau boleh buat. XD

      #mengarut.

      Padam
    4. aku pernah pergi comic fiesta hime, tapi as usual, aku segan nak tegur orang ahahaha. tapi aku tak kisah pun sebenarnya, kalau dapat awek gamer memang bonus, tapi kalau dia tak minat game atau komik pun as long dia sayang kat aku and accept aku seadanya... aku ok je, hatta dia minat najwa latip atau kpop sekalipun kakaka.

      Padam
    5. noob, jujurnya kalau ko dapat awek yang tak tahu pape pasal dunia otaku lagi best. ko ajar dia dari satu peringkat ke satu peringkat. kalau ko dapat awek mmorpg macam zaman ragnarok dulu, alamatnya sengsaralah ko. game lebih utama bagi dia.

      Padam
    6. Paling senang cari yg xde fb dgn twitter pun.
      Tapi plain pun xde dua benda tu.

      Ehem3!!! Plain?

      Padam
    7. Deedee Len, aiseh aku pulak yg ko kenakan? hahah XD

      Padam
    8. betul jugak kata cik Len kite tu.. plain calon terbaik!
      mantap ko plain.. maju setapakkk

      Padam
    9. isk sibuk la dik pizza nie ehehee ;p

      Padam
    10. aku rasa lama benor dah tak sakat kamu.. pe lagi plain.. set la time..

      Padam
    11. ohh..set time utk ape tu dik? kuar dating ke? opps sorry la ahkak tak reti la nak kuar berdating2 ni, ahkak ni kampong skit..jakun, fb pon x de apetah lg twitter...wahkakaka~ XD

      Padam
    12. eh apa lagi,buat la gathering, ngan plain je la, hehehhh

      Padam
    13. yeah gather2 date ngan Plain :P
      Noob sila buat gathering Buahsirotak yea..

      Padam
    14. Ya! Saya sokong jika plain83 ngn PON berkenalan secara nyata. Kalau tak ada jodoh tak mengapa. Yg penting dah mencuba. hehehehe

      *jgn marah Noob. Sila cool ya Plain83

      Padam
    15. Peh nampaknya noob bakal mendapat awex. tahniah noob. semoga idup ko xsuram lg seperti si patrick lurus bendul.

      p/s : dlm 200 awex yg ko terjah xkan ader yg bekenan kot hahaha

      Padam
    16. tak perlu jumpa, buang masa..firasat aku selalu tepat, intuisi supersonic aku mengatakan yg noob tak suka aku, dan aku pun tak suka noob..kalo jumpa, bleh jd lps tu aku tros unfollow blog ni ^^

      Padam
    17. mmg la plain takkan suka noob,sbb dia kan dah couple dgn zack kahkahkah

      Padam
    18. ler..jangan ler unfolo, membe2 oke what :">

      plain..........jom la turun comic fiestaaaaaaaa

      Padam
    19. @dek non 9.28pg,
      zack, berserk n beruk the hell tu member2 kat blog, aku tak tau langsung rupa dorang cmne..jgn timbulkan fitnah..berdosa ^^

      @hime s
      comic fiesta yg bulan ni tu ke? owh nmpaknya x dpt lah nk turun keyell this month, got somewhere else to go ^^

      Padam
    20. tak cuba tak tau laa noob, nak awek tapi langkah pertama tak buat. bulan takkan jatuh ke riba.


      apa2pun bila baca artikel nih, aku rasa awek tu adalah... plain83!! tak sangka cik plain dah berpunya, berbalak badan gempal + cermin mata pulak tuh.

      Padam
    21. Ntah2 balak badan gempal + cermin mata tu adalah Zack. Tak sangka encik Zack telah dipunyai oleh cik Plain83. Hmmmmm......

      Padam
    22. hahah aik makin rancak mengata aku kat sini?? sori la geng aku bukan kaki game kat game arcade..n aku blom buang tebiat nak pakai nickname 'Bi'..cam gampang XD

      Padam
    23. hahahah... pakai nickname 'Bi' semua pulak kan. Aku pun naik geli kot plain. Apa beza 'Bi' dgn 'babi'. ish~ x masuk!

      HAAAAAA~ aku tau muka zack camner!! Sape nak tengok? Sape nak Tengok??

      Confirm zack ugut nak buang aku masuk gaung pasni.

      Padam
    24. tak sangka plk aku ramai bantai ko plain.. sorry sgt tapi ko sgt cooooool... thumb up (y)

      Padam
    25. sekali tgk Zack korang terkedu karang
      wakakaka

      lol XD

      Padam
    26. @len
      ada member aku pggil boipren die 'boo', die plak 'bi'..hahaha, eloklah tu boo dan bi...boobi? XD
      wah siyes ko der pic zack? describe ckit cmne LoL! jeng3 XD

      @pizza
      hahah ilek2, dgn strategi provokasi ko yg sebegitu rupa, aku telah menjadi semakin popular walaupun nickname aku plain saja, dan ianya membuatkan aku sedar bahawa bleh tahan popular jugak aku kat sini sebenarnya yer LoL...dorang tak bantai tu, dorang gurau2 jer..biase la tue ^^

      Padam
    27. Rilek la Plain nanti aku ilustrasi gambo ko sikit
      tunggu...

      Padam
    28. Saya dakan kak Plain dapat jodoh yang terbaik
      Amen..

      Padam
    29. ~doakan

      Padam
    30. hakak pun doakan plain and anon comey dapat jodoh yang terbaik :)

      Padam
    31. sakit tekak pulak

      Padam
  2. Balasan
    1. selepas baca im .........aho- aho- aho- aho- *berlalu pergi*

      Padam
  3. noob, kalau nak awek sekepala dengan ko, tak perlu cari yang dah advance. dulu kawan ppuan aku langsung tak tahu main game n tak baca komik. tapi aku ajar dia main initial D arcade, psp, pc game, last last dia pun jadi pro. then dia pulak ajar aku sudoku dengan cube rubik. dia sendiri tak percaya dia kalahkan aku dalam initial D. dia ingat aku saja bagi chance.

    oh ya, lagi satu. sebelum puasa lepas kat midvalley ada ps3 n psvita exhibition by sony. aku main kalah dengan amoi cosplayer main tekken vs streetfighter.

    lagi satu, dulu-dulu ramai gak ppuan pro main rock fever. sekarang ni mungkin lagi ramai yang pro kot dengan adanya kinect dan wii.

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku rase kawan pompuan ko tu buat2 je x tau main game pebende,padahal die dah mmg terer,sbb tu bleh jd pro..kesian ko kne mainkan ngan pompuan..huahuahua

      Padam
    2. dia memang newbie. tapi lama2 jadi la pro. kene main dgn ppuan? biasala.

      Padam
    3. abih mecha, jadik awek ko tak? ntah2 last2 kena friendzone jadi kawan gamers jer.

      Padam
    4. haaaa tak longlasting gak. kesiannnnnn

      Padam
    5. weh. orang dan berkawin 25-30 tahun pun masih ada yang bercerai. apa kesah baru kenal setahun dua?

      lagi satu takda benda yang kekal dalam dunia ni kecuali kebaikan.

      Padam
  4. ko amik budak kecik la jadi awek PON

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul carik budak sekolah latih dan didik jadi awek :)
      hahaha

      Padam
    2. kecik2 latih dia hisap totey....

      Padam
    3. Itu leh jadi ketagih jangan latih selom kawin karang dia carik totey lain

      latih la benda lain

      Padam
    4. nokharom pedophiles...

      Padam
  5. cis...dari kecik sampai skarang aku x pernah main menatang ni..maklumlah aku x kaya macam ko noob....sampai 30 ringgit? aku x sanggup nak kluar duit sebanyak tu semata2 nak main game...tapi pasal awek gamer tu first time ke jumpa? bnyak kot awek gamer kat malaysia ni....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang, Setiap kali tgk token tu aku terasa sayang pulak nak buang duit maklomlah tak terer main musti lingkup punya.. kalau terer main macam Noob tentu rasa berbaloi nak habiskan sampai rm30.

      Padam
    2. token kof2002 kat terminal1 serembn rmi giler pro smpi budak kecik cina pun pro...guer main saolcalibur jak...

      Padam
    3. haha....betul tu.....noob dah la kaya, terrer main pulak....30 ringgit tu macam 30 sen je.....noob patut mendapat pingat dari dato seri najib razak sebab sudi menyumbang 30 ringgit untuk negara......korang tau tak, 30 rinngit noob tu telah meningkatkan pendapatan negara sebanyak 30 peratus dan telah menyumbang pada peningkatan ekonomi negara....tanpa duit 30 ringgit tersebut, tidak mungkin kita dapat hidup selesa seperti sekarang...berterima kasihlah kepada noob dan duit 30 ringgit beliau....

      "TERIMA KASIH NOOB"

      Padam
    4. sibuk la kau ahmad,butthurt cam nokharom...

      Padam
    5. aku tak hisap rokok, aku tak pergi clubbing, aku jarang tengok wayang, aku tak pergi pusat karaoke atau karaoke jamban. mende alah ni la aku buat sekali sekala untuk entertainment aku. dan yang paling penting aku pakai duit aku, tak pakai duit kau hatta duit mak bapak aku. so ada masalah?

      Padam
    6. noob, adakah ko saorang nerd/geek? ciri ciri tu ada kat ko. tapi bak kata seorang wanita cantik dalam perfect match, lelaki nerd/geek yang hensem dan cool hanya sesuai untuk gadis kolej, bila dia makin dewasa, lelaki maskulin/metrosexual tetap pilihan utama.

      Padam
    7. wah mecha, ko tngk perfect match yg china tu ke? hahahaha aku pn tngk gak. alah, ade yg laki2 hencem2 pn ramai pmpuan tup lampu.

      Padam
    8. ha ah. aku tengok sebab saja nak tahu yang ppuan cantik mahu dari seorang lelaki even kebarangkalian program tu telah "diprogramkan".

      aku tengok girl favorite masih no.9. dia pun jual mahal.

      Padam
    9. popuan pun cam laki gak, yg hensem sekadar cuci mata. yg diorg pilih akhirnya ikut hati budi

      Padam
    10. 2 mnggu lepas aku tngk sorang mamat ni betul2 datang utk favorite girl dia siap lukis potrait lg (nasib baik lawa!), mmg tak tunggu show habis la utk pilih awek. kalo aku jd pmpuan tu, aku tak tau samada nak rasa takut (sbb mamat tu mcm stalker) atau rase bangga sebab ade mamat snggup buat cmtu kt aku. nasib baik la mamat tu muka cute skit.

      aku tertanya gak ape prasaan prmpuan lain kalo ade mamat buat cmtu. siap tau dan rekod jadual pmpuan tu siot.

      Padam
    11. haha. boleh gak eh rasa bangga? yer kot. rasa macam orang tergila-gila kat kita kan? haha

      Padam
    12. anon 7:53, takutnya jumpe orang yang macam tu..

      Padam
  6. cari awek/pasangan ni samaada ko nak carik yang sekepala ngan ko atau jenis yang tak sekepala.. Maksud aku

    sekepala
    - jenis yang sama kegemaran memancing merempit etc.
    kebaikan: besh leh enjoy semsa dah sama minat..
    keburukan: kadang ko takleh fikir out the box dan kadang boleh memudaratkan juga kalau sesama jenis main game dedua main game sampai lupa nak kemas umah masak etc. hahaha..


    Tak sekepala/berlawanan
    - kalau ko jenis pemalas carik la yang rajin. atau jenis banyak duit tak suka shoping carik la jenis shoping dan perabih duit hahaha..
    kebaikan : melengkapkan hidup ko mana yang ko tak expert dia expert dan mana dia tak expert ko leh tolong
    keburukan : boleh menghalang minat ko kalau ko jenis suka mancing musti dia bebel manjang ko pi mancing.

    So terpulang la nak carik pasangan macamana semua ada kebaikan dan keburukan.
    Kalau nak best carik 2 satus ekapa satu lagi tak.. atau 4 dua sekepala 2 lagi berlawanan hahahaha.. :)

    p/s: sekadar renungan bagi yang mencarik lagi ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. yg penting akuy nak carik yg same2 nak ke arah kebaikan. kalo dua2 minat main game, tp disebabkan dua2 nak jadi suami isteri mithali, oleh itu lepas dh main game tu pi kemas dan masak same2 lak.

      Padam
    2. Tanpa Nama17 Disember 2012 6:50 PTG

      terlalu idealis. aku rasa ko masih di kerusi sekolah atau dewan kuliah.

      Padam
    3. aku ada gak jumpa pasangan dedua gamer kenal pon dari game hoho...
      la ni beranak pinak dah

      lama tak jumap diaorang ntah2 anak pon dah kaki game jugak dah mak bapak kaki game adeh..

      Padam
    4. lg best kalo dpt yg minat x same.. hehe...

      Padam
  7. Bhai Noob...

    Itu adek brother tue la... lu salah sangka... dan lu sudah terlepas chances terbaek... hahaha... tunggu la 15 tahun lagie... hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu mungkin Adik dia.. ada orang pangil gelpren Bi ke? :) Melepas la Noob tak masuk line

      Woha.


      Padam
    2. ada adik pggil akak die Bi ke?

      Padam
    3. haa? adik panggil akak? kalo dah pmpuan tu panggil "OK, bang" maknanya pmpuan tu la yg adik.

      aku rasa kalo noob nak masuk line, kena langkah abang si Bi dulu. yg rupa2nya adalah bouncer di arked tersbut.

      Padam
    4. 'Bi' tu nick name girl tu ar..namo eh Rubiah..!

      Padam
  8. alamak,, aku tak suka la main game,, asyk kalah je,, lagipun BAGI AKU, gaming tak best,, blogging is always the best,, kih2

    BalasPadam
    Balasan
    1. poyo la kau ni....blah lah....menyemak je....sakit mata aku tengok komen kau ni....ada je kat mana2.....

      Padam
    2. haha..korang dua ni memang sepadan ni.perangai pun lebih kurang.tahniah la,walaupun noob tak jumpe lagi pasangan dia..tapi korang dah bertemu kat sini.hah,sila la berkenalan lebih lanjut.

      Padam
    3. forever alone akhirnya ketemu jodoh.. alhamdulillah!

      Padam
    4. bravo2! tahniah sila berkenalan... semoga korang ada jodoh.. dgn terbuangnya status forever alone pasni takde la ahmad nak meroyan lg dkt sini.

      Padam
  9. serius wreck it ralph best gilak! kalah rise of guardian:)

    BalasPadam
  10. Slm
    hahahah Dpt bini kaki game alamat tak berasap la dapur, rumah pun tak bkemas. anak2 meraung pun tak di layan, pinggan mangkuk bertimbun atas sinki. Siang mlm lyn game. Game lbih penting dari rumah tangga wakakaka

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalo game lbh penting dr rumah tangga, baik takyah kawin cmtu. carik jer la kawan gamers, bukan pasangan gamers.

      Padam
    2. tak payah tunggu bini gamers, dapat bini cikgu atau yang berkerjaya pun rumah tunggang langgang.

      oh ya, zaman sekarang pakai maid.

      Padam
    3. biar kaki game ke cikgu ke bab kata noob kalu tiap2 ari kangkang gerenti aman bahagia. suami pun senyum keh keh keh.

      Padam
  11. muahahaha..teruskan mencari abam noob!

    BalasPadam
  12. paling minat game keta.. tak kira arrr nama apa game tu.. asalkan game keta...
    masalahnyer adik lelaki ada PS2 slim and takde plak game keta.. game FIFA plak.. alaaahhhh... nak maen game keta!!

    tak sempat nak tgk citer Wreck-It-Ralph!! kat kelantan takde wayang!! huhu...

    BalasPadam
  13. Isk korang ni Noob bersangka baik Memang laki/pakwe dia kot pangil Bi tu

    Mungkin nama dia Bibi Sabariah atau Babyrina.. So pangil Bi la..
    Ala-ala manje..

    Tapi bak kata kawan aku adapehal try la tanya kalau dah kawin ada pakwe takda la terkilan kemudian kan at least dah mencuba :P puas hati dari tertanya2..

    BalasPadam
    Balasan
    1. UAI kata jika kita berkenan dkt seseorang pegi dkt dia bagtau. kalo dia tak suka cari yg lain. laki2 xleh pemalu. kang sampai ketua tak berbini heheheh.

      Padam
  14. woah, saya xpndi sgt main game tp cuma tahu buat programmng game tmbk n rpg . dunno y guy always think that chicks who hve similar hobbies likr guy r intrestg .

    BalasPadam
    Balasan
    1. one of kinds :)
      Guy suka cabaran lagi kalau girls tu leh cabar dia suatu yang dia expert kununye.. :)

      Padam
    2. Guys sukakan cabaran? Huh! Aku dulu menembak kat lapangan sasar selalu dapat full score. Pastu guys yang selalu usha2 terus jauhkan diri. Suka cabaran la sangat....Setakat game bleh la kot...Pui!

      Padam
    3. anon 10:36, dorg nampak ko macam ganas sikit kot.. aaauuummm

      Padam
    4. Tu la..aku heran jugak. Nak cabar sana, cabar sini.
      Pastu kalau dak perempuan menang, lari jugak akhirnya.
      Terus rasa down dan dah xnak kat pompuan tu.

      bek aku berlakon jadi bodoh baru korang nampak jadi macam hero of my world. Feel good now?
      XD

      Padam
    5. don't la len.. sometimes people don't like someone yg kelihatan sgt2 la dungu.. just be urself. :)

      Padam
    6. Jadi kamu je jangan jadi orang lain..
      Macam orang cakap i'm nobody but i'm somebody
      kakaka ape ntah aku cakap nih

      Padam
  15. Anon Comey Lagi Oshem18 Disember 2012 pada 1:11 PG

    Abg Noob

    Nasihat saya takan nak tunggu awek usha Abg pulak..

    Masa dia dapat first kalahkan Abg Noob race tu patut dah masuk line congrats dia wanita pertama berjaya kalahkan abg Noob hik hik hik..

    Dia awek orang ka, wife orang ke tu filter kemudian, caya tak perempuan macam tu kadang lelaki gerun nak dekat :) so kemungkinan besar lelaki tu abang dia je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha.. biasalah.. bila nak take action, mesti berfikir2 dahulu. nak buat ke tak nak buat.. then tau2 je.. melepassss :p

      Padam
    2. kiranya masa "nak berfikir2 dahulu" patut fikir cepat, dan teruskan buat keputusan. kalau berlengah2 memang melepas...

      kadang2 kala tak perlu pun nak fikir2, terus ngap je.

      tapi ada gak situasi buat kita kaget/tergamam/ternganga seketika atau buleh tahan lama jugaklah, tapi akhirnya terlepas jugak.

      dalam kes sebegini, siapa cepat dia dapat la.


      Padam
    3. Terlalu berhati-hati :)

      kat tempat adventures macam kedai arked mana boleh tungu2 fikir lama-lama nanti game over habis token.

      Betul tak Abg Noob.

      Try your luck next time kay, Good luck.

      Padam
  16. Kenapa rasa dia kacau daun kalau dia main untuk beginner pun? dia main di mesin kau eh. hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sobab takdo awek pernah main kat situ
      Adakah itu awek atau mungkin transeksual?
      Owh tidak abg Noob..

      Padam
    2. fifi ko lagi noob tak reti main multiplayer daytona.bodo.diam ar.

      Padam
  17. sedey aku tengok mentaliti pengkomen2 di sini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. nape bi terase ke?ala jgn amik ati la dgn derang ni bi...

      Padam
    2. tu la.. apa yang sedey? ce cite sikit.. bi ada untuk abang.. muah!

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.