Isnin, 13 Mei 2013

59 Hari ini dalam sejarah: Peristiwa 13 Mei

Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 1969" merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.


Latar belakang 

Isu perkauman dalam pilihan raya 1969

Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik dari kalangan parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal Bangsa Malaysia berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah memberi kesempatan kepada ahli-ahli politik yang ingin mendapatkan faedah dalam pilihanraya.

Pada pilihanraya umum 1969 Parti Perikatan yang dianggotai oleh (UMNO-MCA-MIC) telah gagal memperolehi majoriti 2/3 diparlimen, walaupun masih berjaya membentuk kerajaan persekutuan. Hal ini disifatkan oleh parti pembangkang sebagai satu kemenangan yang besar buat mereka. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969.

Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi.

Pihak pembangkang yang memperoleh pencapaian gemilang dalam pilihanraya telah meraikan kemenangan mereka pada 11 Mei 1969. Perarakan tersebut sebenarnya tidak bermotif untuk menimbulkan isu perkauman. Malah terdapat segelintir pengikut perarakan (identiti mereka tidak dapat diketahui) telah mengeluarkan slogan-slogan sensitif berkenaan isu perkauman semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan turut dijalankan pada 12 Mei 1969 di mana kaum Cina berarak menerusi kawasan Melayu, melontar penghinaan sehingga mendorong kepada kejadian tersebut.[1]. Pihak pembangkang yang sebahagian besar darinya kaum Cina dari Democratic Action Party dan Gerakan yang menang, mendapatkan permit polis bagi perarakan kemenangan melalui jalan yang ditetapkan di Kuala Lumpur. Bagaimanapun perarakan melencong dari laluan yang ditetapkan dan melalui kawasan Melayu Kampung Baru, menyorak penduduk di situ.[2] Sesetengah penunjuk perasaan membawa penyapu, kemudiannya dikatakan sebagai simbol menyapu keluar orang Melayu dari Kuala Lumpur, sementara yang lain meneriak slogan mengenai tengelamnya kapal Perikatan — the coalition's logo.[3] Ia berlarutan hingga ke 13 Mei 1969 sebelum Parti Gerakan mengeluarkan kenyataan meminta maaf pada 13 Mei di atas kelakuan penyokong mereka. Menteri besar Selangor, Dato' Harun Idris telah mengumumkan bahawa perarakan balas meraikan kemenangan UMNO akan dijalankan pada pukul 7.30 malam, 13 Mei 1969.


Pembangkang meraikan kemenangan

Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969.

Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan telah menang besar di kawasan Batu, Selangor. Beliau minta kebenaran polis untuk berarak meraikan kemenangan parti tersebut di Selangor yang menyaksikan 50:50 di Selangor. Perarakan tersebut menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan hingga ke Jalan Campbell dan Jalan Hale dan menuju ke Kampung Baru. Sedangkan di Kampung Baru, diduduki lebih 30,000 orang Melayu yang menjadi kubu UMNO, berasa terancam dengan kemenangan pihak pembangkang. Di sini letaknya rumah Menteri Besar Selangor ketika itu, Dato' Harun Idris.

Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan. Ada pula pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu ('menyingkir') orang-orang Melayu ke laut. Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai konotasi yang negatif (sial). Ada yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan.


Perarakan kematian Cina
Akibat daripada rusuhan maut tersebut, kesesakan jalanraya turut berlaku.
Di Jinjang, Kepong, kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak sepanjang jalan dengan kebenaran polis. Namun perarakan kematian bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan raya dengan menghina Melayu.

Pada hari Selasa 13 Mei, Yeoh Tech Chye selaku Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia yang bertanding untuk Gerakan memohon maaf di atas ketelanjuran ahli-ahlinya melakukan kebiadapan semasa perarakan. Yeoh menang besar di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Tapi permohonan maaf sudah terlambat.


Rumah Menteri Besar Selangor

UMNO telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang mengakibatkan terjadinya peristiwa ini.

Orang Melayu berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor di Jalan Raja Muda Abdul Aziz di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Dato' Harun Idris selaku Menteri Besar Selangor ketika itu cuba mententeramkan keadaan. Rupa-rupanya, mereka yang berkumpul telah membawa senjata pedang dan parang panjang dan hanya menunggu arahan daripada Dato' Harun Idris untuk mengamuk. [perlu rujukan]

Ketika berkumpul, cerita-cerita tentang kebiadapan ahli parti Gerakan tersebar dan meluap-luap. Jam 3.00 petang datang berita kejadian pembunuhan orang Melayu di Setapak, hanya dua kilometer dari rumah Menteri Besar Selangor. Terdapat cerita-cerita lain mengenai seorang wanita mengandung dibunuh dan kandungannya dikeluarkan dari perut dengan menggunakan besi penggantung daging babi.Sebelum menghembuskan nafas terakhir wanita tersebut sempat memasukkan semula janin yang terkeluar itu ke dalam perutnya.

4.00 petang dua penunggang motosikal Cina yang melalui Jalan Kampung Baru telah dipancung. Sebuah van membawa rokok dibakar dan pemandunya dibunuh. Pemuda-pemuda Cina yang dikatakan dari PKM dan kongsi-kongsi gelap telah bertindak balas. Mereka membunuh orang-orang Melayu di sekitar Kuala Lumpur. Rupa-rupanya orang Cina dan pemuda Cina ini lengkap dengan pelbagai senjata besi, tombak dan lembing berparang di hujung seperti dalam filem lama Cina.

Cerita-cerita seperti ini yang tidak diketahui sama ada benar atau tidak telah menyemarakkan lagi api permusuhan di antara Melayu dan Cina. Rusuhan besar terjadi. Perintah darurat dikeluarkan, semua orang tidak dibenarkan keluar dari rumah. Pasukan polis berkawal di sekitar Kuala Lumpur. Tentera dari Rejimen Renjer lebih awal dikerahkan menjaga keselamatan sekitar Kuala Lumpur.


Rejimen Renjer
Anggota FRU semasa rusuhan 13 Mei berlaku.
Pasukan FRU di keluarkan dari Kampung Baru dan askar dari Rejimen Renjer ambil alih. Malangnya pasukan ini terdiri dari orang-orang Melayu, Iban, Cina,India, Sikh, Gurkha dan lain-lain turut menembak orang-orang Melayu dan ini menyebabkan kemarahan orang Melayu semakin meluap-luap. Menurut laporan, ketua pasukan Rejimen Renjer dikatakan berbangsa Cina.

Pemuda-pemuda Melayu yang mempertahankan Kampung Baru dan yang lain-lain mengamuk merasakan diri mereka terkepung antara orang Cina dengan askar Rejimen Renjer. Beberapa das turut ditujukan ke arah rumah Menteri Besar Selangor.


Askar Melayu

Akhirnya Regimen Renjer dikeluarkan dan digantikan dengan Askar Melayu. Beberapa bangunan rumah kedai di sekitar Kampung Baru, Jalan Tuanku Abdul Rahman masih terus terbakar. Pentadbiran diambil-alih oleh Askar Melayu. Malangnya beberapa askar Askar Melayu turut masuk ke kedai-kedai emas Cina dan mengambil harta benda di sana. Malah ada askar Melayu yang menembak ke atas rumah kedai orang Cina kerana mereka telah membaling botol ke arah askar Melayu tersebut.

Ramai orang Cina dibunuh dan dicampakkan ke dalam lombong bijih timah di Sungai Klang berhampiran lorong Tiong Nam, Chow Kit. Konon ada rakaman televisyen oleh pemberita dari BBC dan Australia, beberapa pemuda Cina ditangkap, dibariskan di tepi lombong dan dibunuh. Bagaimanapun, sehingga sekarang, tiada bukti yang diedarkan mengenai rakaman ini.


Panggung Odeon
 
Pemuda-pemuda Cina telah bertindak mengepung Panggung Odeon, di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Beberapa iklan disiarkan dalam bahasa Cina di skrin pawagam menyuruh penonton dari kalangan Cina keluar dari panggung. Penonton Melayu di panggung tersebut langsung tidak tahu membaca tulisan bahasa cina. Kesan daripada itu, pemuda-pemuda cina tersebut telah menyerbu masuk ke dalam panggung dan menyerang dan menyembelih penonton yang ada dan membakar pawagam tersebut. Hampir semua penonton di dalam panggung tersebut mati di dalam keadaan yang sangat mengerikan. Ini termasuklah dua orang Askar Melayu yang tinggal di Sungai Ramal, Kajang. Manakala di pasar pula askar melayu telah menembak orang cina yang melanggar perintah berkurung dengan kereta perisai mereka. Di lebuh raya persekutuan pula, penduduk melayu Kampung Kerinchi telah membuang pasu di atas lebuhraya tersebut dan mengakibatkan kesesakan lalulintas dan kemalangan. Pemilik kereta berbangsa cina ditetak dan dibunuh. Seluruh keluarga peniaga cina yang menjual bunga berdekatan habis dibunuh. Di lapangan terbang Sungai Besi waktu itu yang merupakan lapangan terbang antarabangsa, askar melayu telah menembak orang Cina yang baru balik dari luar negeri dengan tanggapan bahawa mereka melanggar perintah berkurung.[perlu rujukan]

Pemuda yang bernama Rahim Desa bersama seorang kawannya yang berjawatan kapten ketika itu yang tinggal di Kuala Lumpur yang turut menonton wayang di Odeon terkena tetakan di kepala dan berpura-pura mati. Beliau masih hidup hingga sekarang. Sementara Mohd Radzi mengalami pengalaman yang sama di Pawagam Federal, Jalan Chow kit, Kuala Lumpur ketika menonton filem They Came To Rob Las Vegas arahan Antonio Isasi-Isasmendi.

Abdul Rafai Alias bersama rakan-rakannya dari Semenyih yang datang ke Kuala Lumpur turut terperangkap dan terkejut dengan rusuhan kaum yang tidak disangka-sangka pada 13 Mei itu. Beliau turut melangkah-langkah mayat mereka yang telah terbunuh di atas jalan.

Khabar angin mengatakan Tentera Sabil dari Sungai Manik hendak datang ke Kampung Baru tetapi tersekat. Begitu juga dengan Tentera Selempang Merah dari Muar dan Batu Pahat tersekat dan disekat oleh polis di Balai Polis Kajang dan Cheras.

Ada 4 kiyai di sekitar Kampung Baru mengedarkan air jampi dan tangkal penebat, iaitu ilmu kebal dengan harga yang agak mahal. Sesiapa yang memakainya menjadi kebal dan boleh terbang. Apa yang pasti, Askar Melayu juga telah menyelamatkan orang Melayu di Kampung Baru ketika itu. Mungkin juga ramai yang pernah mendengar kisah parang terbang yang terbang di Kampung Cheras Baru dan penggal kepala orang Cina.

Namun rusuhan kaum tidak terjadi di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Di Perak, Kedah, Pulau Pinang serta Perlis tiada sebarang pergaduhan. Negeri Johor dan Negeri Sembilan juga tidak terjadi apa-apa kerana telah diberi amaran oleh PKM. Cuma ada sedikit kekecohan di Melaka. Di Betong ada tembakan dilepaskan oleh PKM dan mereka memberi amaran jika askar melayu menembak orang cina, mereka akan memberi senjata api kepada orang cina.

Ada yang menyifatkan pergaduhan ini sebenarnya adalah pergaduhan "politik" Datuk Harun dengan sokongan Tun Razak yang tidak berpuas hati dengan Tunku Abdul Rahman bukannya perkauman kerana pemimpin cina Parti Perikatan seperti, Tan Siew Sin, Ong Yoke Lin telah "lari" bersama dengan Tunku Abdul Rahman ke Cameron Highlands. Sebelum peristiwa itu masyarakat Melayu dan Cina boleh hidup dalam keadaan yang harmoni. Seperti dinyatakan pergaduhan tidak belaku di negeri seperti Kelantan, Pahang dan Kedah. Jika ia merupakan isu perkauman, pastinya pada hari itu orang cina dan melayu akan berbunuhan sesama sendiri di negeri tersebut seperti di selatan thai.


Persepsi

Kalangan orang melayu mempunyai pandangan yang negatif terhadap kaum cina yang dilihat sebagai tidak mengenang budi dengan taraf kerakyatan yang diberikan pada mereka pasca kemerdekaan. Persepsi negatif masyarat Melayu terhadap kaum Cina juga berlaku kerana orang Cina merupakan majoriti menganggotai pasukan Bintang Tiga yang ingin menjadikan negara ini sebagai negara komunis berpaksikan negara komunis China.

Pada tahun 2007, satu buku — May 13: Declassified Documents on the Malaysian Riots of 1969 yang ditulis oleh akademik, bekas ahli Democratic Action Party, dan bekas ahli parlimen Kua Kia Soong — telah diterbit oleh Suaram. Berdasarkan dokumen yang baru 'declassified' di pejabat maklumat awam London, buku tersebut mengatakan bahawa rusuhan tersebut bukannya disebabkan parti pembangkang sepertimana cerita rasmi yang diberikan, tetapi rusuhan tersebut dimulakan oleh "ascendent state capitalist class" di UMNO sebagai 'coup d'etat' untuk menumbangkan Tunku Abdul Rahman.[4]

Bagaimanapun ia hanyalah merupakan suatu pendapat sahaja atau cerita dari sebelah pihak lagi yang belum lagi pernah dibuktikan kesahihan atau sebaliknya.

Satu lagi persepsi yang kurang tepat disebarkan ialah penglibatan Lim Kit Siang dalam peristiwa 13 mei ini. Menurut Penasihat DAP itu, beliau tidak berada di Kuala Lumpur pada 11, 12 dan 13hb Mei 1969.[5]

"Saya masa itu bertanding di Bandar Melaka, dan berada di pusat pengiraan undi di Melaka sehingga awal pagi 11hb Mei 1969 kerana menunggu keputusan, hanya kembali kepada keluarga saya di Petaling Jaya pada 11hb Mei (hari Ahad)," kata Lim.[6]

Pada hari Isnin seterusnya, iaitu 12hb Mei 1969, beliau pulang ke Bandar Melaka untuk mengucapkan terima kasih kepada para pengundi di perarakan terima kasih kepada pengundi pada petang dan menghadiri satu rapat umum terima kasih kepada pengundi pada sebelah malamnya.
Kedua-dua acara itu katanya telah berlangsung secara aman.

"Saya mungkin merupakan satu-satunya wakil rakyat dalam tahun 1969 yang sempat mengadakan perarakan dan rapat umum berterimakasih kepada pengundi selepas pilihan raya kerana saya telah menempah tiket untuk terbang ke Sabah pada awal pagi hari Selasa, 13hb Mei 1969 untuk membantu dalam kempen pilihanraya calon-calon bebas di situ, kerana pada masa itu, hari mengundi Sabah dan Sarawak adalah diadakan seminggu selepas keputusan pilihan raya diumumkan di Semenanjung.

"Semasa saya berucap di rapat umum di Kota Kinabalu pada malam 13 Mei, barulah saya terima berita bahawa huru hara Mei 13 telah berlaku di Kuala Lumpur," kata Lim.

Beliau juga memberitahu, dalam ucapan pertamanya di Parlimen pada 23 Februari 1971 setelah beliau dibebaskan daripada tahanan ISA pertamanya, serta selepas Parlimen dipulihkan, semasa membahas Rang Undang-Undang Pindaan Perlembagaan 1971, beliau telah menyeru supaya satu Suruhanjaya Parlimen ditubuhkan.

"Saya meminta suruhanjaya ini yang keahliannya termasuk wakil-wakil bukan Ahli Parlimen yang dihormati dalam bidang mereka masing-masing, untuk antara lain, 'mengenal pasti punca rusuhan Mei 13' dan 'membuat cadangan bagaimana untuk mencegah berulangnya rusuhan kaum Mei 13 di masa depan, dan menghentikan masalah polarisai kaum di Malaysia'," kata Lim.


Angka korban
Polis dan tentera sedang mengawal Panggung Odeon yang menjadi sasaran rusuhan.
Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan. 211 kenderaan musnah.

Statistik tidak rasmi jumlah kematian:
  • Melayu  : 86 orang
  • Cina  : 342 orang
  • Lain-lain  : 3 orang
Statistik tersebut tidak begitu tepat kerana daripada kacamata orang ramai yang menjadi saksi, mereka melihat berderet-deret lori membawa mayat yang tidak sempurna ke balai polis Jalan Travers waktu itu.[perlu rujukan]


Lokasi Tunku Abdul Rahman semasa peristiwa 13 Mei

Ketika itu (13 Mei 1969), Tunku Abdul Rahman baru pulang dari Alor Star meraikan kemenangan beliau di sana.

6.45 petang Encik Mansor selaku Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur memaklumkan kejadian pembunuhan kepada Tunku Abdul Rahman. Darurat diisytiharkan pada jam 7.00 malam 13 Mei 1969.


Mageran

Negara diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969. Dengan pengistiharan ini, Perlembagaan Persekutuan telah digantung. Negara diperintah secara terus oleh Yang DiPertuan Agong dibawah undang-undang tentera. Dalam pada itu, Majlis Gerakan Negara (Mageran) telah dibentuk. Tunku Abdul Rahman telah menarik diri dari mengetuai majlis tersebut. Tempat beliau telah digantikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak. Berikutan itu, Parlimen juga digantung.

Sepanjang tempoh darurat, Mageran telah melakukan pelbagai tindakan untuk mencari punca dan penyelesaian agar tragedi tersebut tidak berulang. Antara tindakan yang diambil ialah membentuk satu Rukun Negara bagi meningkatkan kefahaman rakyat tentang perlembagaan negara. Turut dilakukan ialah melancarkan Dasar Ekonomi Baru untuk menghapuskan pengenalan kaum dengan satu aktiviti ekonomi dan membasmi kemiskinan tegar dan membentuk Barisan Nasional yang bersifat sebagai sebuah kerajaan perpaduan.




Sumber dipetik daripada Wikipedia. Lain2 bacaan di sini dan sini. Kita belajar pasal peristiwa ini dalam subjek Sejarah masa sekolah dulu. Ramai di antara kita tak lahir lagi zaman tu termasuk aku, so tak tahu pun apa yang sebenar2nya berlaku pada ketika itu, malah sumber2 dari Internet pun kita masih tidak boleh pasti kesahihannya. Namun banyak perkara yang kita boleh pelajari daripada peristiwa tersebut, salah satu daripadanya adalah pentingnya perpaduan dan keharmonian antara kaum. Tapi kalau pembaca ada apa2 yang nak dikongsikan pasal peristiwa 13 Mei boleh bincangkan di bawah.


Pasal peristiwa parang terbang tu, aku pernah dengar dari orang2 lama yang parang tu bukannya boleh terbang ke sana ke mari merodok, tikam perut, tetak kepala orang dengan sendiri, tapi apa yang dikatakan parang terbang ni adalah orang2 Melayu pada ketika itu ada yang mempunyai hikmat ghaib, so apabila mereka mengghaibkan diri dan menjadi halimunan, yang tinggal kelihatan hanyalah parang, so orang lain nampak seakan2 parang itu sedang terbang, tetapi sebenarnya ada orang yang sedang memegang parang itu. Tapi sejauh mana kebenarannya hanya Allah Taala yang tahu.


Btw, Happy Birthday to Plain83.




tags: sejarah hitam peristiwa 13 mei may 1969 pergaduhan melayu cina anasir komunis selendang merah parang terbang

59 ulasan:

  1. sejarah oh sejarah. sejarah ditulis oleh mereka yg menang. dicipta sejarah juga oleh mereka yg menang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. akhirat org yg bertakwa pemenangnya

      Padam
    2. Nuar Gaytua Al-Juboorit mungkin boleh terlepas mahkamah dunia, tapi tidak mahkamah akhirat.....

      Padam
    3. Mat_hip-hop13 Mei 2013 9:00 PTG
      ini lah kesan mak bapak tk ajar berkata dengan sopan dan betul. Anwar Ibrahim mungkin boleh terlepas mahkamah dunia, tapi tidak mahkamah akhirat. baru la sopan sikit dan betul.
      -cikgu bahasa melayu.

      Padam
    4. Tak kira siapa pun kamu jangan la jadi fasik..

      Al-Hujurat Ayat 11 : Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim. "

      Padam
  2. ingatkan ada ulasan tntg papagomo tadi

    BalasPadam
  3. aku dah mula mindblown ingatkan noob yg tulis semua ni hehe

    btw aku penah dgr gak pasal parang terbang tu ilmu hitam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bro ko kan orang Banjar,Aku dengar lagenda Parang terbang dan keris terbang ni dimulakan oleh orang Banjar di perak semasa krisis perkauman 1969.

      Padam
    2. owh itu banjar kurang islamik LOL

      Padam
    3. Banjar diambil dari perkataan banjan atau terbaliknya jamban. oleh kerana sebutan xberapa sedap jamban ditukar kpd banjan seterusnya banjar

      sumber: ahmad(presiden KOTE)

      Padam
    4. noob mana ada masa nak tulis panjang2....dia tau ciplak blog orang je.....

      Padam
    5. mungkin bukan parang tapi kapalterbang control bentuk parang agaknya... ataupun mercun roket bentuk parang....

      Padam
    6. adik beradik transformer la tuh..
      nama dia goloktron.. lol..

      Padam
  4. AHLI SEUMUR HIDUP PARTI KOTE13 Mei 2013 pada 1:36 PTG

    APAKAH KETAHIAN SEMUA INI????!!!!!! SUNDAL SIAL!!!!!!!!!! INI SEMUA POYO!!!!!!!!!!!!!!! 13 MEI TAK PERNAH WUJUD!!!!!!!!!!!!!!!FUCK YOU!!!!!!!!!!!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Astaqfirullah..maaf jika salah..ayat macam orang kafir..

      Padam
  5. kalo dilihat dgn situasi skrg.. rata2... yg mengeluarkan statement racist adalah dr org melayu.... tidak mustahil pada tahun 1969 juga didalang oleh org2 melayu...

    ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Di atas ni adalah red bean army... sila berhati hati wahai anak muda.

      Padam
    2. Ada 10 kejadian Rasialis terbesar yang berlaku di Indonesia melibatkan Pribumi dengan orang2 cina, kenapa? Last kes pada tahun 1998.

      Di Malaysia ada Baru ada 1 kes kejadian rasialis terbesar.

      Di filipina pun ada kes pertembungan Pribumi Vs Cina..tapi tidaklah sebesar mana.

      Di Thailand juga ada.

      Malah Di Australia sendiri juga ada.

      Saya hairan,kenapa orang cina selalu jadi sasaran,malah semasa era ww2 dahulu..orang2 cina juga jadi sasaran utama orang2 jepun,zaman kegelapan orang2 cina adalah di zaman jepun..sampai sekarang sifat dendam itu masih wujud diantara cina-jepun.

      Kenapa?Kenapa orang cina selalu jadi sasaran..mesti ada sebab kan?

      Padam
    3. mahal red bean army ni gaji 3k ke atas walaupun jadi tukang like je hahahaha

      Padam
    4. ada x nak join aku, kita buat pasukan militari siber/cybertrooper.....sama2 kita berjuang membantai red bean baby habis2an....

      Padam
    5. Kenapa Jepun tak suka Cina? perkauman jepun?

      Padam
    6. Green Bean Army 13 Mei 2013 4:48 PTG

      sebab cina ni pandai berlakon..depan cakap lain, belakang cakap lain..

      Padam
  6. Isu perkauman, Rakyat yang menjadi magsa. Pemimpin2 hanya memikirkan kepentingan peribadi dan bersenang-lenang je...

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku sokong penyataan disini. bagus skali dituju pada yang berkenaan.

      Padam
  7. ini semua adalah komplot terancang untuk menjatuhkan tunku dan didalangi oleh "u know who" bg mendapatkan takhta PM dengan cara 'u know how'... tempat lain chill je.. so tgulah nt org no2 potong org no 1.. tok din vs tok jib

    BalasPadam
  8. ahli UMNO sejati..13 Mei 2013 pada 2:55 PTG

    Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ini dia yg kita mahu~~~

      Padam
    2. cube ko translate apa yg dia tulis tu...

      Padam
  9. eloklah umno bergabung dengan dap secepat mungkin cm umno gabung dgn gerakan dulu. barulah aman malaysia ni.

    BalasPadam
  10. terkenang selalu sepanjang masa ya gan

    BalasPadam
  11. Ya tuan noob, hari kelahiranku jatuh pada tanggal ulangtahun tarikh penuh tragedy yang menjadi titik hitam dalam sejarah negara Malaysia... namun begitu kejadian aku ini sepatutnya melambangkan perpaduan kaum yang harmoni, kerana yang mengalir dalam sistem badan aku ini adanya darah melayu, cina dan india (moyang aku chindian dan melayu).

    Thanks for the birthday wish and link ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku pun ada darah jepun (atok sebelah bapak aku) dan melayu (mak aku).....sebab itu aku racist gila-gila dengan orang china ni....kalau aku jumpa orang china, aku maki hamun dorang sampai dorang nangis.....klau x puas maki, aku pukul sampai berdarah......darah yg mengalir dalam tubuh ku ini adalah darah perwira dan bersifat berani mati seperti orang2 jepun...

      Btw, mana cik lynn?? cik lynn dengan noob org yg sama ke?? semalam aku tengok komen blog cik lynn update, pastu aku bukak blog noob ada entri baru....macam diupdate pada jam yg sama....hm....musykill....

      Padam
    2. Plain-San.

      O-tanjoubi omedetou gozaimasu.

      Padam
    3. cik lynn komen pasal PAS je..yang lain tak layan..

      Padam
    4. Mesti moyang hg kna rogol dgn jepun kan masa atok hg kluar noreh getah..sbb tue hg ada darah jepun

      Padam
    5. @ tanpa nama 14 mei 8:23pg

      Doumo arigatou ne ^^

      Padam
  12. orang2 china x payah nak tunjuk terer la kat tanah melayu....ko ingat orang melayu x kenal ko sapa??? satu asia ni tahu orang2 china ni adalah ''sick man of asia''.....loser abadi.....rakyat berbilion tapi kena bantai oleh jepun yg rakyatnya berapa kerat je......seluruh rakyat china cuma boleh tergamam melihat tanah mereka dijajah jepun, rakyat mereka pula dibunuh setiap hari......rakyat china ramai tapi sayang semua bodoh dan penakut....berkat makan daging babi......pastu datang tanah melayu nak tunjuk taikun, nak tunjuk gangster, nak suruh hormat kat dorang.....dah lah menumpang kat tanah orang, nak tunjuk biadap pulak....dasar kaum x tau malu!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. nabi tk ajar suruh berbuat begitu..jadi la orang yg beragama islam dan mengikut panduan Al Quran dan Sunnah.

      Padam
  13. Pergi balik china lah!!! Puiihhh!!!

    BalasPadam
  14. klau aku jadi piem, memang aku lucutkan kewarganegaraan orang2 cina dan india kat malaysia ni....pastu hantar dorang balik ke negara asal naik bot pancung......

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sapa la yg bengap nak undi hang jd pm mat. hang layak join perkasa jd org kanan pak berahim froggy ehew hewhew

      Padam
    2. dah tu masuk la bertanding masuk umno masuk pemilihan jadi majlis tertinggi pastu boleh l ajdi pem kalau umno masih menang la..

      Padam
    3. ahahha.. jubo pr x dpt terima kenyataan umno masih mengekalkan kemenangannya!

      Padam
    4. betul tu, dah bodoh kena kelentong anwar dapat jadi PM, mcm tu la.. melalak sana-sini pasal dah takdak wakil cina dalam kabinet.. masuk kabinet dapur je la..

      Padam
    5. bodoh punya Melayu. malu sebab ada melayu mcm kau. kalau melayu bodoh kau ni campak mana? neraka je shaiton.

      Padam
  15. Ini ada lah tahi! tahi yg diciptakan oleh umnu utk
    memecah belahkan umat manusia. fuck you mann!!

    Mari lah kita hidup dgn aman harmoni bak kata pm
    najid razak 1malaysia! 1malaysia! 1malaysia! uhuhuhu
    huhuwwww

    BalasPadam
  16. baru aku tahu parti GERAKAN juga terlibat juga dgn perarakan utk meraikan kemenangan pilihanraya,selama ni aku ingat DAP je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. buta buta ko dgn org kampun kene tipu dgn umno. parlimen batu tu sape yg menang masa tu.apa pun aku setuju muzakarah UMNO dengan DAP seperti muzakarah UMNO dan Gerakan. hidup melayu!

      Padam
    2. betul tu, baik UMNO muzakarah ngan DAP banding muzakarah dgn PAS.. Tak pasal2 dikafirnya UMNO sebelum muzakarah bermula!

      Padam
    3. Sila carik utusan Malaysia UMNO yang kata DAP ni kapir Harbi sekarang nak bermuzakarah dengan DAP pulak?

      Padam
    4. lebih baik muzakarah dgn dap kafir harbi dr muzakar dgn parti ajaran sesat. hidup melayu! huhu

      Padam
    5. UMNO mudah lupa dulu dah muzakarah ajak PAS lepas tu tendang PAS sekarang nak ajak PAS berpadu-padu pulak.. Sama lepas tuduh DAp kapir harbi lepas tu ajak DAP join BN.. adeh sakit BN ni..

      Padam
    6. Rasanya DAP takan ikut jejak PAS join BN yang pernah kena tendang dengan umno.. hingga berpecah belah penyokong PAS dan terpaksa mengambil masa yang lama menyusun balik parti itu..

      ikut sejarah PAS sebenarnya antara parti asal yang membentuk BN (nama baru Parti Perikatan) selepas insiden 13 Mei 1969. Gabungan PAS dan UMNO berakhir pada 1978 apabila timbulnya isu dan darurat di Kelantan. Penyokong PAS mengangap UMNO mengkianat mereka manakala penyokong UMNO mengangap PAS tidak patut kepada ketetapan UMNO.


      Padam
    7. dah tahu lama dah cina yg rasis datangnya dari gerakan tapi Bn(penipu)€asyik tuduh DAP sebab gerakan sekarang parti komponen sendiri. trak yang bawak penyapu (lambang sapu melayu)tu pun gerakan punya (sila google utk gambar)

      Padam
  17. Aku rasa rosak BLOG ko ni kalau biarkan Ahmad / mat hip-hop ni berleluasa memberi komen.
    Kita memang dah tau pun kewujudan orang camni so tak payahla nak biarkan dia bermaharajalela..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Keseratus lima puluh juta kali da.. :)
      Noob dah delete tapi tak larat nak delete..
      nak dissable anon dia bukannya anon.. lol..
      nak ban dia create id baru haha.. sama aje..


      Padam
  18. sejarah oh sejarah. Kadang2 kita terlupa mengenainya..T_T

    BalasPadam
    Balasan
    1. macam mana dgn sejarah hidup u? cite la kat i...

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.