Sabtu, 11 Mei 2013

22 Isu perkauman yang tiada penghujungnya

Dah lepas2 pilihanraya ni isu perkauman sering dibangkitkan. Entry ini adalah sambungan entry sebelum ini "Akhbar cina boleh rasis, Utusan tak boleh?".


Pandangan dan komen aku mengenai isu2 tersebut:

1. Kenapa hanya Utusan sahaja yang dikatakan rasis, bagaimana dengan akhbar2 Cina ini? Bagi aku kedua2nya rasis, dan bagi aku DS Najib kena blame Utusan, akhbar Cina dan semua pihak yang bangkitkan isu rasis ni tak kira dia tu penyokong BN atau PR, tak kira dia bangsa Melayu, Cina, India dan lain2 serta mintak kita semua agar berhenti daripada terus rasis dan menuding jari masing2 sesama kita.




2. Isu rasis ni bukan baru, bukan hanya timbul selepas DAP mendapat banyak sokongan daripada majoriti Cina. Kenapa bila sokong DAP dikatakan rasis tetapi sokong MCA tidak rasis? Isu rasis ni dah lama sangat dan dah sebati sangat dalam jiwa masyarakat di Malaysia selepas kita dipecah2kan oleh British sejak zaman merdeka lagi.



3. Kartun akhbar Cina di atas tu walaupun dikatakan rasis, tapi ada kebenarannya. Realitinya dari dulu lagi memang orang2 Cina menguasai ekonomi, dan orang2 Melayu memiliki kuasa. Matematiknya mudah, para pemimpin Melayu masing2 ingin memancing hati orang Cina kerana mahukan ekonomi, manakala orang Cina akan menyokong pemimpin yang boleh bagi mereka kuasa. Sebab tu muncul lagu Warisan anak kecil main api tu, sebab nak mengingatkan kepada orang Melayu yang kini kita cuma tinggal kuasa yang akan menentukan bangsa (tapi lagu warisan tu dah diubah ke versi baru, sebab lagu versi asal ada yang kata rasis).



6. Selepas PRU13, ramai pemimpin BN kata orang Melayu kena bersatu padu. Bersatu padu macam mana tu? Dalam politik ada 2 je, sama ada bersatu padu tolak PR atau BN macam yang orang Cina buat? Malah ada juga yang cakap UMNO dan PAS kena bersatu. Sekali lagi aku nak tanya, bersatu tu maksudnya PAS join UMNO masuk BN, atau UMNO join PAS masuk PR, atau kedua2nya keluar BN dan PR tubuhkan parti baru? So macam mana sebenarnya ia boleh dilakukan sebab benda ni semuanya berkaitan politik semata2.



7. Bila majoriti Cina tidak menyokong BN, ramai mengatakan kaum Cina tak kenang jasa, dan ramai orang Melayu yang melancarkan kempen "Buy Chinese Last" untuk memboikot kedai orang Cina dan utamakan kedai Melayu. Namun sedar tak sedar, sebelum nak memboikot peniaga Cina, ramai peniaga Melayu kena ubah sikap mereka. Ramai orang Cina berniaga walau sometimes harga tak lah murah sangat, tapi mereka sangat pandai menjaga hati pelanggan.

Suatu ketika aku pernah buat sedikit renovation rumah dengan kontraktor, bayaran memang agak tinggi sikit tapi kerja2 mereka memang finishing bagus, siap ikut jadual dan kalau ada komplen memang diorang akan terus take action. Bayaran pun mula2 diorang amik deposit beberapa percent, dah complete baru langsaikan baki.


Ayah aku pula pernah upah seorang kontraktor Melayu untuk buat sedikit renovation bahagian hadapan rumah. Harga memang dia letak murah sampai ayah aku pun tanya "Cukup ke?", tapi dia cakap cukup. So mula2 dia minta deposit untuk start kerja. Dah buat sikit2 dia minta lagi duit. Lepas dah dapat duit tambahan dia continue lagi, pastu stop balik 2 3 hari. Dia kata dia takde duit nak continue, so ayah aku tambah lagi duit. Sampai la ayah aku dah bayar lebih kurang 3/4 daripada jumlah keseluruhan, masih tak siap separuh dari kerja malah dah lari jauh dari jadual. Last2 bila bapa aku kata nak tahan duit baki pembayaran sampai dia siapkan kerja, kontraktor tu terus tak muncul2, call telefon pun tak angkat.


Tu peniaga Melayu, belum lagi sesetengah pelanggan Melayu. Kawan aku ada bengkel kereta, aku pun selalu service kereta dengan dia. Dan aku pun ada perkenalkan bengkel kereta kawan aku ni kepada kawan2 dan jiran2 yang lain. Lama kelamaan makin ramailah customer dia, cuma yang tak bestnya, sebab bila dah ramai customer dia dah jadi macam kawan dia, mula lah nak mintak hutang, bila gaji masuk baru nak bayar, sampai ada tahap terus hilang langsung tak bayar.

Kadang2 bukan tak nak utamakan peniaga Melayu, tapi kadang2 sikap sesetengah orang Melayu sendiri yang suka ambil kesempatan ke atas sesama Melayu menyebabkan kita susah nak buat "Buy Malay First". So sebelum kondem Cina pegang ekonomi apa semua, orang Melayu sendiri kena banyak berubah.



7. Macam mana sebenarnya untuk hilangkan atau at least kurangkan rasis ini? Takde cara, melainkan buat naturalisasi bangsa macam Thailand dan Indonesia di mana kurangkan semangat kebangsaan dan meningkat semangat kenegaraan. Ini sebab sejak merdeka lagi British dah wujudkan pemecahan kaum itu. Orang Melayu diberi hak2 keistimewaan, orang Cina dan India juga diberi hak2 keistimewaan dengan mewujudkan sekolah mereka sendiri, mengamalkan bahasa mereka sendiri dan lain2. Malah BN sendiri wujud mengikut pemecahan kaum, Melayu dengan UMNO, Cina dengan MCA, India dengan MIC.

Sumber
Sebab tu untuk mewujudkan negara yang kurangnya isu perkauman, semua kaum kena berkorban. Orang Melayu kena berkorban dengan berkongsi kuasa dan keistimewaan yang mereka ada, orang Cina kena berkorban dengan berkongsi ekonomi dan kekayaan yang mereka ada. Orang Cina dan India juga kena berkorban untuk hapuskan sekolah jenis Cina dan Tamil, hanya satu jenis sekolah kebangsaan sahaja diwujudkan untuk semua kaum. Bahasa Malaysia kena dipelajari, diamal dan dipraktik oleh semua kaum bermula dari peringkat bawah sehingga atas. Perpaduan antara kaum perlu dibentuk sejak kecil lagi. Kalau dari kecil telah dipisah2kan, adakah kita boleh expect mereka akan bersatu tanpa sebarang prasangka bila sudah dewasa?

Dan persoalannya, adakah semua kaum hendak berubah dan sanggup berkorban?


8. Semua kaum bak Melayu, Cina dan India hanya nampak bersatu dari luaran sahaja, tapi dibelakangnya penuh prasangka antara kaum. Kita semua bersikap hipokrit. Di depan kita berbual, bercakap begitu mesra, tapi di belakang kita mengutuk kaum mereka, mereka kutuk kaum kita dan seterusnya. Kita dah lama hidup dalam hipokrasi seperti ini. Namun kita sebenarnya ada pilihan, dan pilihan inilah yang seharusnya para pemimpin kita tekankan kepada rakyat semua kaum, iaitu pilihlah untuk tidak menjadi racist. Berhenti bercakap buruk dan mengutuk kaum lain di depan dan di belakang, hatta kaum Melayu, Cina dan India. Belajar dari kaum2 di Sabah dan Sarawak di mana walau mereka hidup berbilang kaum, tapi mereka boleh hidup bersatu padu dengan aman dan harmoni tanpa rasa prasangka dan prejudis kepada kaum2 lain.



Bacaan lanjut - "Satu Bangsa", "Racist freak yang fobia kaum lain", "Ada apa dengan bangsa", "Bahasa Malaysia tidak bernilai di negara sendiri", "Hidup sentiasa berpuak2".




tags: komik kartun cartoon comic karikatur caricature rasis racist akhbar sin chew daily pemimpin melayu barisan nasional pakatan rakyat najib razak anwar ibrahim tunduk hormat kepada chinese community komuniti cina tarik undi sokongan lagu warisan versi lama baru anak kecil main api lirik pas umno bersatu perpaduan buy chinese last malay first peniaga cina melayu bisnes kontraktor renovate rumah workshop bengkel kereta hutang dulu naturalisasi bangsa indonesia thailand berkorban bumiputera sabah sarawak prasangka prejudis hipokrit  

22 ulasan:

  1. 1st la anjing....bawah ni semua bangla import jilat bontot najib....aku setuju dengan ulasan ko ni walaupun aku baca line pertama je.....anyway, hidop kena selamber.....tapi bangla x boleh selamber......bangla kena angkut simen.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. mana ada yg baca posting noob bangang ni smpai habis.

      Padam
    2. bagusnye budi bahasa awak
      teruskan lagi dan lagi usaha awak yang murni ni

      Padam
  2. itik gembo gembo

    BalasPadam
  3. tak guna duk siar hidup melayu, tapi melayu sesama sendiri pun bergaduh. mcm bangang. kesian melayu kat kelantan, selama 23 tahun dibawah PAS, macam2 kena kutuk.

    BalasPadam
    Balasan
    1. bukti sama melayu pun kena chong. kikiki

      Padam
    2. Nik Aziz step down gaduk pasal jawatan pulok doh..

      Padam
  4. racism is so endless it has become something lame...

    BalasPadam


  5. Melayu dh duduk malaya berabad lama dah, cine dtg sbhgian kecil masa zmn kesultanan melaka dan sbhgian besar masa brtish untuk melombong timah..diorg dtg sbgai org miskin juga asalnye..kenape diorg boleh kaya!smpi skrg dan menguasai ekonomi??? Sdgkan bangsa melayu lg lama wujud dan cine hanya pendatang dahulu...apa yg pemerintah buat slsma kite merdeka untuk memajukan ekonomi melayu? Hanya sekerat yg boleh bilang dgn jari yg betul2 mempunysi empayar pernisgaan yg luas..

    BalasPadam
  6. Balik2 macai akan ckp duk undi cine nnti jadi mcm sgpore lah t..ape nk heran dgn sppore sbb majoriti warga bangsa cine dan pemerintah dia cine..so negara dia sgt maju dah lah xde myk, tanah lagi sekangkang kera je..hssil galian bumi lain pun tiada tp kenspe boleh maju? Tp msia yg pemerintsh org melayu, raja2 jg org melayu yg akan jaga hak2 melayu tp kenape bangsa melayu x boleh jd bangsa yg maju jgk(compare cine sgpore & malay mslaysia)..siap byk lagi galian bumi termasuk myk..apa yg raja melayu dan pemerintsh melayu buat terhadap bangsa melayu????

    BalasPadam
    Balasan
    1. raja n pemimpin melayu? Hmmmm, masukkkkkkk poket sendiri adalah..

      Padam
    2. cai,mmng le sngapore xde hsil bmi,tapi diorang ade hasil judi berbillion ringit,mlebihi kdnk mlaysia

      Padam
    3. macai, sebelum singapore ada hasil judi, baik ko melawat sejarah genting dulu. gua nak tanya, genting dengan sentosa yang mana kenyang kaut hasil judi dulu? kah kah kah. once a macai, memang asal dari kampung!

      Padam
    4. Cai, sentap ke? Kui32x.dh xde modal nk bhujah ke?

      Padam
    5. kekeke. ko tu yg xde hujah. sejarah judi malaysia pun ko tak tau. tiba2 nk bash singapore.ni mst singapore pun xpnh jejak. kuikuikui.

      Padam
  7. Berhati hati dgn Red Bean Army di sini. Kewujudan mereka mmg sudah terbukti. Ada yg berpengkalan di KL , P.Pinang atau seberang tambak. Mereka menyamar mjd melayu dan memecahbelahkan melayu di laman sesawang. Berhati hati wahai anak muda.

    Pesanan dari org tua.

    BalasPadam
  8. Cina sudah memulakan kempen buy malay last. Barangan hiliran FGV syarikat FELDA telah mula di boikot. Sedarkah anda semua? Barangan jenama SAJI, Sun Bear dan sebagainya telah mula di letakkan di rak rak bawah dlm pasaraya mereka.

    BalasPadam
  9. hakikat: melayu sembang sama india - kutuk cina, melayu sembang sama cina - kutuk india, cina sembang sama india - kutuk melayu, melayu sembang sama melayu - kutuk melayu....hahahahahahaha

    BalasPadam
  10. noob mperjuangkan kesamarataan...

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.