Jumaat, 6 September 2013

47 Adakah kita bakal melahirkan generasi lembik?

Ada member aku share bentuk2 hukuman yang dilarang berdasarkan maklumat Unit Disiplin KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia). Aku tak tahu ia betul atau tidak, tapi kat bawah tu macam ada tandangan orang so aku rasa ini mungkin adalah surat pekeliling yang diberikan kepada guru2 dan sekolah2 daripada KPM.

Video selingan cikgu disiplin kena tumbuk pelajar.
Sumber Amazing Nara
Kat situ dinyatakan jenis hukuman yang dilarang dilakukan oleh para guru dan cikgu kepada muridnya yang melibatkan fizikal, mental dan emosi. Sebahagian daripada hukuman tu, aku dah pernah kena kat sekolah dulu macam kat bawah ni:

Hukuman terhadap fizikal:
Berdiri lama di tengah panas.
Lari keliling padang.
Berdiri lama dalam/luar bilik darjah.
Memukul diri sendiri/sesama sendiri.
Berdiri di atas kerusi/meja.
Menarik rambut/telinga.
Belasah dengan alat seperti tali pinggang atau pembaris.
Junjung kerusi atau buku.
Cubit.
Enjut/ketuk ketampi.
Ketuk/sekel kepala.
Lain2 - kena tempeleng dalam jamban sebab ponteng pergi surau.
Hukuman terhadap mental dan emosi:
Gunting rambut.
Berdiri membuat latihan.
Berleter.
Gantung tulisan dibadan.
Memalukan di khalayak ramai.
Kelas tahanan pada waktu rehat.
Memaki hamun.
Conteng muka dengan kapur.
Koyak buku latihan.
Menggugut atau menggertak murid.
Tidak menanda buku latihan.
Tidak menghiraukan murid.
Lain2 - komik, seluar jeans kena rampas dan bakar.

Walau aku pernah kena macam2 hukuman dulu dan aku sendiri pun tak suka dengan hukuman tu malah ada yang sampai sekarang masih terngiang2 di kepala hotak aku, tapi masa tu aku takde rasa nak report kat mak bapak aku, pukul cikgu, saman atau report polis bila kena sebab aku tahu aku kena disebabkan kebodohan dan kenakalan aku walaupun sesetengah tu memang kasar dan keras. Mungkin disebabkan tu juga, lepas tamat sekolah aku menjadi lebih keras, tabah dan berdikari.

Namun itu tidak bermakna aku menyokong hukuman disiplin yang terlalu keras kepada murid2 sehingga mungkin boleh mengakibatkan kecedaraan fizikal dan gangguan psikologi. Cuma ada sesetengah hukuman kat atas tu macam berdiri atas kerusi, berdiri luar kelas, junjung buku, lari keliling padang, ketuk ketampi dan gunting rambut tu aku rasa macam kalau itu pun dilarang, memang akan manja lah budak2 sekarang.


So apa hukuman yang dibenarkan? Aku jumpa satu surat pekeliling mengenai kuasa guru merotan murid di mana guru boleh menghukum murid mengikut jenis kesalahan:

BIL. JENIS KESALAHAN JENIS HUKUMAN
1. * Kesalahan Berat Rotan di punggung dengan dilapik pakaian dengan
menggunakan rotan ringan (maksima 3 kali sebatan)
2. ** Kesalahan Sederhana Rotan di tapak tangan dengan menggunakan rotan
ringan (maksima 3 kali sebatan)
3. *** Kesalahan Ringan Diberi Amaran dan sesi kaunseling
Kesalahan berat adalah termasuk menyimpan, membawa, mengedar, menghisap atau terbabit dalam kegiatan dadah, bahan tembakau, minuman keras, pergaduhan, memukul guru, pengawas dan murid, bawa senjata, zina, melacur dan lain2.

Kesalahan sederhana termasuk salahguna bekalan elektrik tanpa kebenaran, keluar sekolah tanpa kebenaran, meniru ujian, ponteng acara rasmi sekolah, fesyen rambut keterlaluan dan lain2.

Kesalahan ringan pula termasuk simpan janggut, misai dan jambang, berambut panjang, bermain dalam bilik darjah, keluar bilik darjah tanpa kebenaran, memakai barang kemas dan alat solek, makan minum dalam bilik darjah, tidak memakai pakaian sekolah lengkap, lewat datang sekolah dan sebagainya.

Kalau tengok jenis kesalahan berat tu bagi aku memang dah berat sangat, tapi hukuman yang dibolehkan hanya rotan di punggung dengan lapik menggunakan rotan ringan. Kalau zaman aku budak2 dulu, rasa dah kena pelempang sekali dua dah. Dan kalau seorang bapak pun, aku rasa kaki aku dah hinggap kat muka anak aku. Tapi yelah, mungkin menghukum dengan hukuman yang lebih keras bukan tugas seorang cikgu tapi ibu bapa dan juga pihak berkuasa.

Tapi adakah mungkin pendekatan ini akan menyebabkan generasi muda sekarang yang ditambah pulak dengan internet, media sosial, gajet, K-Pop dan lain2 pengaruh yang bakal menjadikan mereka generasi yang lembik, manja, lemah, gedik, tidak berdikari, terlalu bergantung, naik lemak, besar kepala, tidak menghormati orang lebih tua dan kurang adab. Apa kata anda?




tags: bakal melahirkan generasi baru yang lembik manja lemah gedik tidak pandai berdikari terlalu bergantung ibu bapa hormat orang tua kurang adab ajar jenis bentuk hukuman dilarang unit disiplin kpm kementerian pendidikan malaysia surat pekeliling memo pelajaran cikgu kena tumbuk pukul pelajar murid budak sekolah fizikal emosi mental psikologi kuasa rotan tampar lempang sepak terajang tempeleng

47 ulasan:

  1. Siapa lagi selain aku yang dok tekan kat kotak hukuman tu berkali2? aku sorang jer ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. ntah... ko sorang je kot. ko kan x betul sikit

      Padam
    2. radiobox tu ka?

      Padam
    3. aku pun klik jugak...x jadi apa pun....

      Padam
  2. aku pun pernah kena sebahagian yg noob rasa skrg aku OK je......
    mungkin pengaruh ibubapa terhadap tindakan disiplin oleh guru kepada anak mereka

    BalasPadam
  3. Tak best betul kenangan sekolah budak2 zaman sekarang...
    Nak buat sembang pun takde modal.

    BalasPadam
  4. aku rasa mak bapak zaman skarang ni fikir mereka hantar anak mereka ke sekolah bukan untuk dipukul tapi untuk belajar...
    dulu aku bkn je kene rotan sbb masalah disiplin, malah x dpt jawab soalan yg cikgu bagi pun aku kena...
    tp zaman skarang ni, anak kena rotan sbb isap rokok kat sekolah pun mak bapak nk back up anak dorang...
    manja sangat la...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku dulu paling takut cikgu math masuk.Hari-hari semua kena berdiri
      Siapa yang dapat jawab soalan je bleh duduk.Kalau salah jawab kena pulak berdiri atas kerusi.Siapa yang Last skali berdiri kena denda rotan.Bodo gak cikgu aku tuh,rotan budak sampai patah pembaris kelas kitorang.Last2 kitorang balik kena beli pakai duit kelas..Bukan nak ganti balik -.-

      Padam
  5. Pergh... kesalahan2 yg berat tu, biar betul stakat rotan berlapik? Seriously? ("0_o)
    Patutnya bukan masuk kategori dihukum oleh pihak sekolah lg dah tu, tu patut kena heret ke balai polis jer, pastu kena buang dari skolah biasa, hantar masuk skolah henry gurney, masuk pusat pemulihan akhlak... sekarang ni dah tukar teknik mendisiplinkan pelajar sampai begitu lenient skali? Peh... patutlah bebudak zaman sekarang macam... aishhh sedih aku memikirkannya noob...

    BalasPadam
  6. Nakal juga ko Noob hahaha..

    Aku pun tak paham sape punya idea lembut sangat macam tu..
    Cikgu kalau nak rotan pukul pun tahu la kemampuan ketahanan budak takan nak buat sampai mati..

    tapi jentik beleter pun tak boleh hahaha
    nampaknya kita telah melahirkan suatu generasi yang sangat fragile kena leter kena cubit pon boleh mati..

    aku rasa elok masa depan buat je apps atau software atau robot yang diprogram untuk ajar budak sekolah la..
    softwrae atau mungkin robot ni takda emosi nak rasa geram so ok la kan..

    kalau cikgu manusia yang ada emosi kalau lemak sangat budak tambah nakal jahat ata kurang hajar mau cepat mati kena sakit jantung atau tekanan darah tinggi.. nak marah tak boleh lagi nak bagi hukuman..

    BalasPadam
  7. elehh...bapok gay betul budak2 zaman sekarang...zaman aku dulu yg aku paling ingat pernah kena hempuk batu simen kat kepala sampai berdarah...xde pun repot polis...repot kat mak bapak, aku pulak yg kena marah...salah aku jugak nakal sangat...hehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. O.o hempuk batu gila melampau, tp hempuk berdarah makna lembut la hempuk tu, klu tul2 hempuk 2 je mati xpun koma...

      Padam
  8. aku cikgu..lepas baca ni yang siaran tu aku jadi sakit hati.sangat-sangat.nak berleter pun tak boleh tu aku tak faham.dia nak kita masuk kelas ajar bla bla bla bla lepas tu keluar..Mengajar tapi tak mendidik.

    BalasPadam
  9. untungnya bebudak skang..

    aku dulu pnah kene diri luar kelas sbb lupa bawak buku teks bahasa melayu..

    pastuh diri atas kerusi sebab lupa buat keje sekolah..

    &

    pnah kene lari satu padang dgn baju kurung sbb tak bawak baju sukan..

    LOL..

    untung untung~

    BalasPadam
  10. "..internet, media sosial, gajet, K-Pop dan lain2 pengaruh.."

    Noob, biasa ko tulis k-poop..hehe..

    Aku harap cikgu jangan tertekan..mungkin sebelum hukum, kena bagitahu dengan hikmah apa kesalahan yang budak2 ni buat sampai perlu ditegur..ala, budak2 sekolah sekarang memang manja..kat yutiub mcm gangster, padahal layan korea..

    yg benar,

    murid yg pernah dirotan dibelakang badan b4 solat subuh sebab pakai t-shirt instead of jubah/baju melayu..

    BalasPadam
  11. slalunya kena berdiri atas kerusi, penah 3/4 kena pasal apa aku pun tak ingat... rupanya tak dibenarkan.....

    BalasPadam
  12. kat skul aku dulu2, kena rotan kat punggung sebab failed time exam.. pastu kalau lewat datang skul, kena buat khidmat sosial iaitu mengutip sampah disekeliling skul. huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. klo denda kene kutip sampah, cuci jamban, cat dinding, aku sokong. haha.

      Padam
  13. patotler budak skrg naik kepala. hehehe. klo time zaman atok nenek dulu nk bcakap ngn cikgu pun x berani. sekarang siap pegi tumbuk cikgu lplak dah. huhu

    BalasPadam
  14. Dah lama beno aku jadi cikgu..dekat 30 tahun...Macam-macam perubahan dalam dunia pendidikan ada yang positif dan negatif.Masa darjah satu tak sampai sebulan dah kena rotan sebab menjenguk cikgu yang lambat masuk kat pintu belakang, kena gantung sekolah sebab dikatakan bersekongkol dengan kawan yang mencuri...masa sekolah memang rasa nak mengamuk tapi sebenarnya itu adalah proses yang membentuk personaliti dan ketahanan diri bila menghadapi tekanan.....kebanyakan kawan-kawan yang dlam kategori ganas tu menjadi pegawai yang di geruni di jabatan masing-masing....tapi cuba korang tanya camna keadaan staf baru yang terdidik di alaf baru nie.....apa komen diorang..

    BalasPadam
    Balasan
    1. budak² sekarang hampeh.. kena sound sikit.. lari sorok pastu nangis. Kejer sekolah tak siap pun cikgu x marah. Aishhh.. patut budak² sekarang banyak lemak

      Padam
  15. Aku pulak ada bekas pelajar yang datang jumpa..pertikaikan kenapa aku tak belasah diorang masa diorang bersekolah dulu...sampai ada yang kata kenapa cikgu x terajang sampai saya masuk longkang supaya saya sedar masa tu...sekarang bila baru sedar pentingnya rasa dah terlambat

    BalasPadam
  16. Bagi akulah keberkatan ilmu yang diberi oleh guru semakin terhakis disebabkan sikap ibu bapa dan murid yang tak lagi menghormati guru sebab itulah walaupun budak tu pandai tapi perangai buruk dan kaki maksiat bila bekerja lagi lah macam-macam masalah diorang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. masalahnya anak2 yg manja ni dibesarkan oleh ibu bapa sebaya generasi kita yg pnah dipukul dan didenda dulu...

      Padam
    2. yea betul juga..

      Yang buat pekeliling ni juga ibu bapa manjakan anak-anak mungkin adalah mereka yang lembik masa kena pukul dan denda dulu atau ada kenangan pahit semasa di bangku sekolah..

      Padam
    3. Bila cikgu denda kita. itu maknanya cikgu sayang kan kita. dia ambil berat tengtang kita. Aku rela anak aku didenda ,, biar dia tahu kesilapan yang dia lakukan.. Berulang kali aku cakap kat cikgu marahlah anak saya, pukullah (tp jgn sampai mati udahler).. cikgu tetap xnak buat.. cikgu cakap diaorg terikat dengan pekeliling.. nak nangis aku dengar..

      Padam
  17. aku pernah kena rotan dgn cikgu add math sbb tak siap keja skolah..dia kasi latihan 5 mukasurat utk disiapkan dlm masa 2 hari...which is korg tau la kan 5 mukasurat tu byk mana.....puiiiiii...aku dirotan 5 kali di tapak tgn dengan rotan buluh halus tu sekuat hati cikgu add math tu... utk kurg kn sakit, aku tukar2 tapak tgn..lps kena rotan tapak tgn rasa tebal jek dan panas selama beberapa jam..siap ada bekas rotan tu lagi dgn bengkak... Tapi aku bersyukur cikgu tu rotan aku sbb aku yg benak add math ni berjaya dpt result yg membanggakan aku sendiri (sbb aku pun xcaya ble dpt mcm tu)..... sebagai seorg pompuan, yup..aku malu. tapi sbb bukan aku sorg yg kena..jadi kitorg gelak2kan sesama sendiri... smpai skrg aku amat hargai pengajaran yg cikgu tu kasi..

    TERIMA KASIH SBB CIKGU ROTAN SY DLU...

    BalasPadam
  18. Budak -budak sekarang makin hancur disebabkan manja macam ni la. Aku masa kecik dulu bapak aku siap pesan kat guru besar, kalau aku nakal, pukul je, bapak aku tak kisah. Orang skang, org pukul anak sikit dah bengang nak pukul cikgu, macam bahangong je perangai.

    Korang please la follow plak blog aku katsini

    BalasPadam
  19. Hukuman terhadap pelajar biar pihak sekolah yg tentukan, bukan kementerian. Lain skolah, lain pendekatannya, mana leh pukul sama rata. Kalau macam ni gayanya, cikgu ni mmg profesion paling cikaila. Takde sapa pun nak respek. Semua org demand cikgu jadikan budak pandai, boleh kawal pelajar tapi kuasa mendidik x bagi. Takat suap silibus kt pelajar, astro tutor tv pun bleh buat.

    Kesian kt cikgu. Nampaknya taraf karier ni ok sikit je dari amah jaga budak.

    BalasPadam
  20. Msh igt lg waktu form 1 ckgu pnh rotan punggung aku smpai lebam. Blk rmh mak aku nmpk lebam tu, selambe je die ckp "pdn muka ko, len kali buat lg yee". Kene tampar ramai2 smpai bingkai spek aku hmpir patah d buatny. Member aku kene flying hya sbb dia sendawa waktu ckgu tgh mngajar. Tu sume knangan manis tu. XD

    Kalo skrg, siap pljr bwk henpon ke skola lg. Kalo ade ckgu denda rotan2 flying2 kick sume tu, konpem kene rakam pastu uplod. Dan ramai la kesian kt pljr tu pastu repot sana sni, kejam sana sni sdgkn kdg kala pljr tu sdiri yg patut kene ajar. Ibu bapa skrg nk jentik telinga pn xsgup. Mula la pljr tu naik kpala kat guru2. xkira la zaman mne pn, kalo kite nakal konpem rse bangga. Tp nakal cmne pn kt tetap hormat kt ckgu. Bkn cm skrg, nakal die cm tahi, mlawan ckp ckgu, d back up lg ole ibu bapa. Kn da jd prangai smpah.

    Kesian kt ckgu2. trutamanya ckgu disiplin.

    BalasPadam
  21. tapi ada gak cikgu yang tak berapa cerdik dalam bab denda..
    pernah kena ketuk kepala dengan tulang buku matematik yang keras sebab tak nak tarik hidung pelajar perempuan yang tak leh jawab soalan..

    BalasPadam
  22. tambah satu lagi: keje sekolah x siap, cikgu suruh duduk bawah meja sampai abes kelas.

    aku tengok drama cina/korea/jepun, selalu je ada babak cikgu sekeh kepala bebudak yang sengal.

    sepupu aku keje as cikgu kat felda chini dulu. ramai sangat budak nakal sampai setakat dia cekak kolar bebudak tu, baling buku/kapur/kerusi kat diorang, dah kira perkara biasa. tapi sekolah ngan mak bapak x amik tindakan (sebab sekolah kampung kot), lagi suka sebab bebudak samseng jadik cuak sikit nak meroyan kat sekolah.

    sepupu aku tu popuan.

    akak aku pun ada baling pemadam papan hitam ngan maki student dia sebab kurang ajar. tapi sebab sekolah tu memang sekolah budak nakal, cikgu2 lain faham je.

    aku rasa peraturan camtu ikut sekolah kot.

    BalasPadam
  23. The word guru, a noun, means "teacher" in Sanskrit and in other languages derived from or borrowing words from Sanskrit, such as Hindi, Punjabi, Tamil, Telugu, Kannada, Malayalam, Marathi, Oriya, Bengali, Gujarati and Nepali. The Malayalam term Acharyan or Asan are derived from the Sanskrit word Acharya. It is transliterated in different ways such as "Asaan", "Ashan", "Aasaan" etc.
    As a noun the word means the imparter of knowledge (jñāna; also Pali: ñāna). As an adjective, it means 'heavy,' or 'weighty,' in the sense of "heavy with knowledge," heavy with spiritual wisdom, "heavy with spiritual weight," "heavy with the good qualities of scriptures and realization,"[5] or "heavy with a wealth of knowledge."The word has its roots in the Sanskrit gri (to invoke, or to praise), and may have a connection to the word gur, meaning 'to raise, lift up, or to make an effort'.
    Sanskrit guru is cognate with Latin gravis 'heavy; grave, weighty, serious'[8] and Greek βαρύς barus 'heavy'. All Proto-Indo-European root *gʷerə-, specifically from the zero-grade form *gʷr̥ə-.
    A traditional etymology of the term "guru" is based on the interplay between darkness and light. The guru is seen as the one who "dispels the darkness of ignorance. In some texts it is described that the syllables gu (गु) and ru (रु) stand for darkness and light, respectively.
    Reender Kranenborg disagrees, stating that darkness and light have nothing to do with the word guru. He describes this as a folk etymology
    Another etymology of the word "guru" found in the Guru Gita, includes gu as "beyond the qualities" and ru as "devoid of form", stating that "He who bestows that nature which transcend the qualities is said to be guru". The meanings of "gu" and "ru" can also be traced to the Sutras indicating concealment and its annulment.
    In Western Esotericism and the Science of Religion, Pierre Riffard makes a distinction between "occult" and "scientific" etymologies, citing as an example of the former the etymology of 'guru' in which the derivation is presented as gu ("darkness") and ru ('to push away'); the latter he exemplifies by "guru" with the meaning of 'heavy'

    BalasPadam
  24. sekolah sekular hasil di asaskan oleh umno..hanya mementingkan kejayaan duniawi. melahirkan budak2 yg kurang ajar menyusahkan makbapak...

    baik anta anak masuk sekolah tahfiz lg bagus..

    BalasPadam
  25. Yang buat pekeliling tu tentu bukan cikgu kan
    dia tak tau macamana perangai murid2 hahaha..

    jadi baik mintak yang buat pekeliling tu ditukarkan jadi cikgu dan pergi mengajar murid-murid ni baru dia tahu macamana caranya nak ajar murid dengan penuh berhemah bila jentik, atau hukum bahkan leter pun tak boleh hahahaha

    musti penyabar orangnya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. mesti dulu die penah kene mcm tu kot,tu pasal trauma.....skrg mgkin dia jadi 'nyah' sebab trauma tahap melampau.....

      Padam
  26. Aku dulu kene cubit tetek..ha3 sakit siottt.. bengkak tak surut sampai skang ha3..

    BalasPadam
  27. Aduhai warga negaraku Malaysia... Budak2 la bagus dihukum, nanti bila besar jadi orang bukan jadi hantu

    BalasPadam
  28. klo dulu, ko buat salah lebih baik kena hukum dgn cikgu dari bagitau dengan mak bapak.. klo parents aq dapat tau aku kena hukum dgn cikgu habis disoal siasat lastly aku jugak yang berbirat dan bernanah taik telinga.. aku merayu gila gila dgn cikgu supaya tak bagitau kat parents aku.. ni berlaku sebab dah dimanjakan dari rumah jdi bila kat skolah kena sikit pun mengadu la kat parents.. pastu parents pulak tak siasat terus saman..

    BalasPadam
  29. budak zaman sekarang dah tak takut cikgu disiplintak macam zaman sekolah 90 an dulu

    Entri Terbaru : Semua Besar Dengan Samsung Galaxy Mega 6.3

    BalasPadam
  30. paling best time skolah,kene "sodok" rambut bahagian tengah kepala (sebab kntoi rambut panjang),malu gler..mengelupor cari gunting (lipat) 20sen nak "alter" bagi elok..balik umah kene plak dgn mak "padan muka" kata nya...

    skrng?...kene jentik pon xbleh....mmg betoi2 poyo..

    BalasPadam
  31. Dulu penah mse skolah ad ckgu bm suke cubit tetek guna kuku smp mlecet..bdk laki n pmpuan pn kne..xdpt bygkn bdk pmpuan yg dada br nk kembang mst skt giler kn..huhu

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.