Isnin, 28 Oktober 2013

30 Kaitan harga gula dengan diabetes dan seks

Apsal negara kita ni dari pemimpin2 atas sampai la penyokong2 bawahan mostly suka bagi alasan dungu macam orang lain semua budak2 tadika? Nak kurangkan subsidi minyak ke gula lantaklah, cakap jelah untuk kebaikan ekonomi ke, untuk mengurangkan beban kerajaan ke, atau subsidi dapat disalurkan fokus kepada golongan miskin ke, tak perlu tokok tambah dengan alasan2 bangang.


  • Harga gula naik dapat kurangkan pesakit diabetes.

    Penyakit diabetes berpunca daripada berat badan berlebihan, keturunan, gaya hidup, corak pemakanan yang tidak terkawal, pengambilan glukos berlebihan dan kurang bersenam, bukan sebab harga gula yang rendah. Kalau harga gula rendah pun, orang tak makan gula macam makan nasi, orang pun tak berebut2 pergi supermarket beli gula. Adakah orang yang menghidap kencing manis memang suka makan gula sebab sebelum ni harga gula rendah? Malah gula bukan satu2 bahan yang menghasilnya glukos, karbohidrat yang terkandung dalam nasi dan roti juga menghasilkan glukos. So mungkin lepas ni boleh naikkan harga beras dan tepung dengan alasan yang sama.

    • Potongan subsidi gula baik untuk kehidupan seks anda.

      Memang pengambilan gula yang berlebihan boleh menjejaskan kehidupan seks seseorang, tapi adakah dengan naiknya harga gula yang sebanyak 38 sen sekilogram boleh membuatkan orang akan kurang makan gula? Adakah sebelum2 ni ramai orang mentekedarah gula sebab harganya rendah 38 sen? Dan perlu ke kaitkan kenaikan harga gula dengan aktiviti seks seseorang?

    • Mula2 jamin harga tak naik, tiba2 naik pula.

      Kalau rasa memang nak naikkan harga sesuatu, tak payah berjanji, tak payah jamin apa2, at least tak la nampak sangat macam hipokrit. Lepas ni tak payah la guna tema Janji Ditepati sebab cakap lain bikin lain, boleh buat tema baru Janji Dimungkiri.

    • Kaitkan dengan orang yang sudah meninggal untuk pertahan isu potong subsidi gula.

      Kenapa perlu mengaitkan dengan orang yang sudah meninggal untuk menghalalkan tindakan anda? Taulah orang yang dikaitkan tu dulunya musuh politik tapi perlu ke memburukkan2 beliau selepas ketiadaannya? Seriously memang perlu kaitkan ke? Sekurang2nya hormatlah orang yang dah meninggal dunia.



    Sebenarnya diorang tak perlu keluar kenyataan bangang2 ni pun. Kalau isu kenaikan harga barang kerana ekonomi, keluarkan kenyataan berkaitan fakta ekonomi sahaja, seriously mereka akan kelihatan lebih bijak tanpa perlu mengaitkan dengan benda lain sampai terserlahkan kebangangan diri. Dari atas sampailah bawah ramai yang dungu.



    Macam juga rokok, kalau harga rokok tu murah gila babi pun, tapi kalau orang yang memang mengamalkan gaya hidup sihat pasti tidak akan beli rokok. Tapi kalau dah bangang tu, harga rokok mahal macam mana pun akan beli juga. Sama juga dengan gula. Kalau memang orang tu memang jenis jaga kesihatan, dia akan control pemakanan dia walau harga gula murah. Tapi bagi orang yang tak kisah pasal pemakanan, harga gula mahal macam mana pun dia takkan control makan.


    Kalau nak juga bagi kesedaran kepada orang ramai yang gula ni berbahaya, letak gambar ngeri kat paket gula tu macam kat kotak rokok.


    Tapi tolong, walau macam mana sekalipun korang marah BN, jangan sekali2 korang undi PR, sebab PR ada DAP. Biar kita diperbodohkan oleh pemimpin2 Melayu UMNO macam mana pun, yang penting jangan undi DAP, ada faham?




    tags: harga gula naik kurangkan pesakit penyakit cegah diabetes kencing manis jantung potong subsidi baik kehidupan seks seksual pm najib razak jamin tak naik kesejahteraan rakyat menteri kpdnkk kait arwah bekas menteri besar kedah ustaz azizan orang meninggal pertahan tpm muhyiddin yassin logik macai status komen facebook

    30 ulasan:

    1. Balasan
      1. kadang2 saya pelik dengan statement, 'rakyat akan kurang beli gula, etc.' Gula boleh dikira sebagai barang keperluan, demand against supply gula tak akan berubah banyak hanya kerana beza harga/pengurangan subsidi.

        Padam
      2. mmg rakyat akan kurang beli gula sbb rakyat makan garam..back to old era..makan nasi dgn garam..ckp je kat najib...naikan harga keranda...nanti kurang la org mati..

        Padam
      3. Jom Lyn kita minum teh tanpa gula bagus untuk kita.. lol..

        p/s: guwau jo..

        Padam
      4. Saya bersyukur mempunyai Perdana Menteri yang begitu prihatin terhadap kesihatan kami rakyat jelata sehingga menaikkan harga gula..

        Namun saya juga percaya, rakyat malaysia turut prihatin dengan 'kesihatan' pemimpin kami di akhirat kelak. Bimbang sihat dan gembira di dunia tapi tenat di sana.

        Jangan risau, kami semua akan 'melawat' antum di sana. Bertanyakan akan hak2 kami..

        ------------

        Tanpa lupa utk mendoakan mereka dn kita supaya sntiasa diberi hidayah dan taufik di dunia..

        Allahu musta'aan.

        Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

      BalasPadam
      Balasan
      1. Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

        Padam
    3. darul kelakar..kenyataan pemimpin mcm ni memang menghiburkan :) walaupun bangang..

      BalasPadam
    4. Aku kagum dengan entry Nie.. dengan pemikiran die.. tapi ade buasir sikit pulak.. Ko da tau yang bodohkan kite tu Umno.. tapi ko masih undi dan setia diperbodohkan.. Sekarang aku dah paham kenapa macai suke diperbodohkan.. hehehe sore geng2 ayat sedikit kasar

      BalasPadam
      Balasan
      1. rela ditipu bangsa sendiri dari tipu bangsa lain

        Padam
      2. ko xtau ke yg tu sarkastik ditujukan kpd macai2 lembu yg sanggup dilembukan oleh umno sbb takut dgn cina dap

        Padam
      3. aku rasa psikik zero ni nak perli tanpa nama yg tulis komen kat post sblm ni kat sini http://buasirotak.blogspot.com/2013/10/live-streaming-pembentangan-bajet-2014.html -

        Tanpa Nama28 Oktober 2013 3:49 PTG
        bahaye woii undi PR ni, klau PR ni majoriti PAS ok la sgt2, ni yg mng pn byk cine DAP bodo2... mau kene ubah pelembagaan, pastu kite mlayu ni mmg jd macai la jwb nye...

        Padam
      4. problem sokong pembangkang ak pun rase bahane rmi org bukn islam x fhm islam... kebnykn persoalkn benda yg x sepatutnya persoal.. tapi memang betul org bukn islam bukn melayu x suke raja perlembagaan... sebb diorg xfhm.. tp org BN ambik kesempatan ni untuk penuhkan periuk nasik diorg... tolong melayu sket2 je... kira mcm 2 pilihan di stau lorong berbumbung ada 2 hala lari ke mulut buaya or lari ke mulut harimau... . final disizion hati bulat100% berserah diri pada Allah....

        Padam
    5. Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin
      menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan.
      Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar
      orang lain, maka komen akan dipadam
      untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

      BalasPadam
    6. Sejak akhir2 ni trlampau byk sgt knyataan n prlakuan bangang pmimpin yg kdg2 buat kita terpikir, layakkh mereka sbg pmimpin..?..kita plih mrk psl mrk war2kn yang mrklah pmimpin yg akn mmimpin kita tp knp plak tndakan n alsan mrk xubah mcm knak2 yg prlu dpimpin coz they dont know anythng??..bukan nk kt saya adlh seorg pmimpin, same mcm co, I got my own boss tuk manage sume decision making process..but I really do think that gov should come out with something yg jauh lebih bijak dr sume alasan bangang nk lpas diri 2..klaka..mmg klaka psl budak2 skolah mnengah pn boleh tau btp bodohnye alasan n ceteknye pmikiran mrk..ape yg kite boleh buat..???..akur n tggu lg 5taun....
      -jack n9
      -

      BalasPadam
      Balasan
      1. sebab dia mudah saja bos..$$$$$$

        Padam
      2. malangnya bkn kita yg pilih perdana menteri kita. yg pilih najib jd pm adalah pak lah & pengundi2 di pekan pahang. pemimpin2 lain pula ahli2 umno lembu yg lain pilih... last2 kita xdpt pilih pun pemimpin negara kita

        Padam
    7. satu lg.... 30 000 pngawal kselamatan tidak sah di klang... dok habaq warga asing xble jd pak guard...... dok watpa menteri2 kita ni....

      BalasPadam
    8. kan ? walau naik banyak mana pun harga gula , orang tetap akan beli sebab gula memang barang keperluan . oh ya , rokok tu kan tak elok untuk kesihatan , sepatutnya rokok ni tak perlu wujud kat dunia ni . dah la membazir duit dan bukannya dapat apa-2 faedah pun . kesihatan makin teruk ada lah .

      BalasPadam
      Balasan
      1. tu sebab harga rokok dinaikan sebab merbahaya demi kesihatan rakyat

        Padam
      2. kalau harga rokok tak naik pun tak mendatangkan bahaya pada aku sebab aku tak hisap merokok. orang yang hisap rokok harga rokok naik pun diorang akan beli rokok. tolong jangan buat statement bodoh. cukup2 la menteri je yg jadi lembu, kita tak perlu ikut sama

        Padam
    9. aku cuba bersangka baik...tapi ye lah, kalau diorang cakap kenaikan harga gula disebabkan ekonomi dan nak kurangkan beban kerajaan, nanti kena pulak jadi modal oleh PR. hahaha sebab tu maybe tak boleh nak cakap macam tu.

      BalasPadam
    10. Noob ! welcome back. we miss u alot. muah2..

      BalasPadam
    11. nowdays menteri2 umno ni banyak sangat bagi kenyataan bodoh... mungkin diorang lupa yg ramai rakyat malaysia yang tak bodoh macam diorang

      BalasPadam
    12. jangan menghasan malikkan diri sendiri...

      BalasPadam
    13. Statement org politik mcm 2..flip flop. Xde sape yg sebenar2 jujur n ikhlas nak tolong rakyat.

      BalasPadam
    14. nak kurangkan org mati... naikkan harga batu nesan... hahahahaha....

      BalasPadam
    15. Ini takdir tuhan terima ajelah..
      Undi lagi.padan muka.

      atas pagar kilang gula.

      BalasPadam

    Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

    * Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.